99 CAHAYA DI LANGIT EROPA
Judul : 99 CAHAYA DI LANGIT EROPA (Perjalanan Menapak Jejak Islam di Eropa)
Penulis : HANUM SALSABIELA RAIS & RANGGA ALMAHENDRA
Tahun : OGOS 2012
Terbitan : PENERBIT PT GRAMEDIA PUSTAKA UTAMA
Berlatar belakangkan Eropa, Istanbul, Cordoba dan negara berhampiran dengannya membuatkan sesiapa sahaja yang membaca buku ini buat pertama kalinya akan terus membacanya hingga habis untuk terus memperlihatkan keindahan dan keunikan yang ada pada tempat-tempat tersebut.
Hanya dari pemilihan tajuk dari sang penulis, pembaca sudah pasti dapat mengetahui yang buku ini akan memaparkan jalan cerita berlandaskan ISLAM dan juga SEJARAH.
Tetapi, selain memperjelaskan akan keindahan Islam itu sendiri, penulis dengan penuh bangga telah mengambarkan kehidupan seorang Muslim yang terpaksa berperang dengan diri dan agama apabila berada di satu tempat yang mempunyai majoriti penduduk yang tidak mempunyai agama dan tidak mempercayai agama.
Lantas, buku ini tuliskan dengan begitu indah bagaimana Islam itu sendiri begitu indah untuk dijalani dan begitu tinggi usaha yang dilakukan untuk menjadi contoh Muslim yang terbaik.
Sejarah, agama, pengetahuan dan kemanusiaan telah dimasukkan dengan sempurna. Terbaik.
"Menjadi egen Muslim yang baik"
(ps: setelah hampir berbulan aku tinggal hobi membaca, akhirnya aku menpunyai masa untuk aku habiskan buku ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.
Jadi, pada sesiapa yang minat untuk mengetahui akan sejarah Islam, aku galakkan korang untuk banyak buku ini dan buku-buku dari penulis yang sama.
Tapi aku tak tahu yang buku ini ada dalam versi bahasa melayu atau tidak sebab yang aku baca ini memang dalam versi bahasa indonesia. Jadi, satu kelebihan untuk aku.
Pendapat aku secara keseluruhan adalah seperti diatas. Okey, buku seterusnya?)
Comments