Tuesday, August 1, 2017

Gantung 2 (NADIA KHAN)

Pada ssiapa yang mambaca novel fixi yg tegar, pasti akan pernah membaca novel hasil nukilan Nadia Khan yng dulu seperti Kelabu, Gantung, Pakar dan satu cerpen dalam Cerpen. Pada yang pernah baca tu, mesti tahu cara penulisan dia yang mnggunakam bahasa santai dan campuran bahasa Melayu dan juga English.

Dengan menggunakan cara penulisan yang sedang untuk difahami, membuatkan aku seprti berasa dalam scene cerita itu sndiri. Walau jalan cerita yg rumit skit, tapi masih mudah untuk difahami.

Sekarang, Nadia Khan telah kembali dengan satu novel fixi yang merupakan sambungan dr GANTUNG yg edisi pertama iaitu GANTUNG 2 (yahooo... Siap beli n cari kat ipoh tu...). Masih menceritakan mengenai Ray, Gibbs, Kj dan Troll yg sahabat paling rapat dan ahli MUSKETEERs.

Tapi aku tidak akan bagi sinopsis buku ni, yang aku akan tlis skrang adalah knp korang kne baca buku ni.

Pertama, korang kne baca buku ni kalau dah pernah baca Gantung yg pertama.

Kedua, kalau korang jnis berangan atau sudah dapat sahabat yg terbaik, korang ptut baca buku ni. Pasal satu hubungan persahabatan yg kekal dr hidup hinggalah ke alam yng satu lagi.

Ketiga, mmg kene baca buku ni kalau minat smua nukilan Nadia Khan.

"Maybe it was them settling their unfinished business - to make sure you'll be alright."

Dan apa yang boleh aq kongsilan sambungan dia mmg trasa membuatkan menghargai sahabat yang berada dngan kita bukanlah satu pembaziran, krn sahabat yng terbaik akan kenang kita walau tiada di sisi.

Monday, August 3, 2015

AKU RINDU 90's (Wan Shafiq)

Tajuk : AKU RINDU 90’s
Nukilan : Wan Shafiq
Tahun terbitan : APRIL 2012
Penerbitan : LEJEN PRESS

Sinopsis :
“Itulah harga nasi di sekolah pada tahun 1996 di sebuah sekolah kebangsaan di Kelantan. Kalau di Shah Alam hari ini, apa yang boleh dibeli menggunakan 20 sen. Air kosong di restoran mamak. Harga nasi hari ini RM 1.50, ayam RM 2.50, tambah kuah, keseluruhannya RM 4, tapi tak semua restoran dan kedai makan menjual dengan harga begini, sebabnya ini adalah kategori murah. Paling muranh RM 4.”


(bagi aku yang Alhamdulillah dilahirkan pada tahun 1994, mungkin tidak pernah merasai pengalaman atau cara hidup pada tahun 90’an. Cara pakaian, cara permainan, cara kehidupan dan macam-macam lagi. Jadi bagi aku yang tidak pernah merasai ini, merasakan Wan Shafiq dapat menceritakan suasan kehidupan pada tahun itu dengan baik. Aku dapat merasai keriangan kehidupan seorang kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa yang sedang mempelajari semua yang sedang ada pada zaman sekarang, dengan usaha sendiri dan persekitaran. Jalan cerita yang simple dan mudah untuk difahami, membuat enjoy untuk dibaca sambil kembali hidup pada zaman ini pada yang pernah melaluinya.)

RESTART (Nina Ardianti)

RESTART
Nukilan : NINA ARDIANTI
Terbitan : GAGAS MEDIA
Tahun Terbitan : 2013
Bahasa : INDONESIA

Sinopsis :
Aku terlalu mengira tak akan bisa hidup tanpa cintanya. Aku lupa, semua luka perlahan-lahan akan sembuh juga. Biarkan saja waktu yang jadi obatya.

Saat itu akan tiba, ketika aku benar-benar menerima kenyataan bahwa kini tak ada lagi ‘kita’. Sekarang hanya aku, minus dirinya. Dia pergi terlalu lama dan aku terlalu bodoh terus-terusan memikirkan dirinya. Aku bisa hidup tanpa kenangan dan senyumannya. Kalau sebelum mengenal dia saja aku bisa bahagia, apa bedanya bahagisa setelah tanpa dirinya?

Aku pasti akan jatuh cinta lagi. Suatu hari nanti… dan dengan yang lebih baik dari dirinya.

(Menjadikan kejujuran dalam tonggak utama dlam perhubungan, membuatkan Syiana menderita dipertengahan perhubungan dengan mantan pacarnya apabila dicurangi. Penderitaan yang dibawa di Bangkok membuatkan Syiana bertemu dengan Ian yang merupakan ahli kumpulan Dejavu.
Walau mempunyai jalan cerita yang menarik, tapi aku cukup susah nak habisakan buku ni. mungkin sebab bagi aku yang jarang membaca kisah cinta yang terlalu romantik macam ni, membuatkan aku fikir yang jalan cerita dia terlalu biasa tetapi masih menarik untuk dibaca.

Diakhiri dengan happy ending membuatkan sesiapa yang membacanya akan menginginkan ia terjadi dialam nya. Dan itu bukan aku. Hahaha.)

Friday, July 17, 2015

BAYANG (Nami Cob Nobbler)

BAYANG
Nukilan : NAMI COBB NOBBLER
Penerbitan : LEJEN PRESS
Tahun terbitan : MAC 2012

Sinopsis:
Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenali Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua: yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.


(pernindasan, percintaan, penderaan, perkauman dan juga pembelaan. Semua ini aku baca dalam sebuah karya yang begitu terperinci dalam setiap penceritaan. Cerita yang membuatkan aku juga terasa perit apabila Faris dilibas, ditendang dan juga dimaki. Semua itu menceritkan apa yang ada didunia ini yang kadang-kadang membuatkan kita ttup mata tanpa kita sedar. Dalam masa yang sama, seseorang yang ditindas tidak bermakna tidak perlu bangkit untuk melawan. Satu cerita yang menarik, penuh semangat dan membuat aku teringin mengetahui apa yang berlaku pada Faris. Tetapi mungkin silap pada aku, aku terasa begitu lambat untuk habiskan kerana mungkin kurang menarik minat aku seperti BAU SEMANGAT ANAK MUDA.)

Thursday, July 16, 2015

BAU SEMANGAT ANAK MUDA (Nami Cobb Nobbler)


BAU SEMANGAT ANAK MUDA
Nukilan : NAMI COBB NOBBLER
Penerbitan : LEJEN PRESS
Tahun Terbitan : DISEMSER 2012

SINOPSIS :
Novel ini menceritakan mengenai seorang anak muda bernama Nizam. Kehidupan yang dimulai dengan seperti kanak-kanak lain telah berubah apabila berjumpa dengan kumpulan musik yang diberikan gelaran Paku Tekan.

Minat yang mendalam dalam musik grunge membuatkan Nizam kembali meneruskan keinginannya untuk menubuh sebuah kumpulan musik apabila bertemu dengan rakan lamanya iaitu Hafiz.

Sejak pertemuan dengan Hafiz, kehidupannya kembali dirasai lebih bermakna dan lebih diterokai dengan pelbagai jalan cerita mengenai persahabatan, keluarga dan juga cinta lama.

Pelbagai yang perlu dilakukan demi menjadikan impiannya satu kenyataan.


(bagi pendapat aku yang baru ni pula, buku ni amat menarik sebab dia membawak aku ke tahun 2000 yang aq tidak tahu macam mna cara kehidupan anak muda pada zaman itu. Novel ini membuka minda aku menganai muzik2 yang aku sendiri tidak pernah tahu dan kumpulan2 musik aku tidak pernah dengar lagunya. Jadi bagi aku sementara aku membaca dan berimaginasi, buku ini boleh bagi aku ilmu walau sedikit.)

BUDAK LEJEN (Aisa Linglung / Boy)


BUDAK LEJEN (adaptasi SPERMA CINTA)
Nukilan : AISA LINGLUNG
Karikatur : BOY
Penerbitan : LEJEN KOMIK
Cetakan : MAC 2015 (terhad)

Untuk buku yang kali ini, aku tidak akan memberi sinopsis yang berlebihan kerana kalau tidak salah aku aku pernat memasukkan ENTRY SPERMA CINTA dalam blog aku ni. Jadi aku hanya akan mencerikan sedikit sahaja.

Seperti SPERMA CINTA, kesemua cerita-cerita yang berada dalam buku atau novel itu dipetik dari satu blog yang dimilik oleh AISA LINGLUNG. Satu blog yang menceritakan cerita-cerita atau kehidupan dirinya ketika kecil hingga ke besar dan juga diselitkan juga dengan cerita-cerita sekeliling.

Jalan cerita yang santai serta mudah untuk difahami membuatkan aku mudah untuk memahami jalan cerita yang ingin disampaikan dalam setiap cerita pendek yang ditulisnya.


Tetapi, yang lebih baiknya sekarang ialah, pihak LEJEN PRESS telah menerbitkan SPERMA CINTA dalam VERSI KOMIK membuatkan aku lebih seronok untuk membaca. 

Saturday, February 21, 2015

PENULIS YANG AKU MINAT

Assalamualaikum...

mungkin bila dengar benda ni, akan trasa pelik tapi inilah kenyataan dan kebenarannya. aku sebenarnya sebelum ni tak pernah suka bca novel walaupun aku sebenarnya seorang pengawas pusat sumber kat sekolah rendah dan juga menengah. aku tak tahu apa kaitannya, tapi orang selalu cakap yang kalau masuk je jadi pengawas pusat sumber sekolah, mesti budak tu ulat buku atau pun suka dengan buka. tapi kenyataannya aku lain. aku tak suka baca buku. sedangkan program nilam aku, tak pernah penuh. paling banyak pun aku ada buat sepuluh je buku dalam program nilam tu.

tapi lagi pelik, aku mula berminat dengan buku bila aku masuk form6. aku rasa mungkin aku dah matang dan boleh pkir skit berbanding sebelumnya yang buatkan aku mula suka buku. tapi aku tak tahu apa kaitannya. tapi yang pasti aku mnat baca buku macam novel ni, bila aku kanal dengan seorang yang juga boleh dikatakan sebagai ulat segala buku. jadi dia yang tarik aku untuk turut menjadi pembaca novel.

tapi yang pelik juga, aku tak pernah suku buku novel melayu. aku mintak maaf, tapi aku bukan nak burukkan buku novel penulis yang sama bangsa dan agama dengan aku. tapi aku cuma kurang berminat dengan novel yang lebih menekan genre seram, sedih, mengembangkan anak tekak dan lebih-lebih lagi genre romantik atau cinta (tapi tengok jalan cerita dulu la.) aku sendiri puntak tahu kenapa tapi aku susah nak habiskan buku-buku mcam ni.

dekat Malaysia, aku cuma suka dua je penulis yang boleh kena dengan selera aku buat masa sekarang (masa akan datang mungkin ada yang lain.) yang pertama HLOVATE. aku tak tahu siapa dia, apa jantina dia, berapa umur dia dan jug mcam mna rupa dia. sebab apa yang aku dengar, novelis ni merupakan seorang penulis yang penuh rahsia. tak ada siapa pun yang tahu bagaimana dia yang sebenarnya. yang orang semua tahu hanya hasil karya dia seperti '5 Tahun 5 Bulan', 'Aa+Bb' dan banyak lagi. apa yang aku suka pasal novel2 dia ni ialah kisah cinta dia buatkan aku tak rasa malas nak baca. sambil jalan cerita yang diselitkan dengan nasihat dan motivasi yang berguna, turut ada snarai lagu2 yang bagi aku amat menarik. itu yang buatkan aku suka buku2 dia.

Yang kedua pula, ialah NADIA KHAN. dia ni tak macam Hlovate sebab dia ni semua orang pernah nampak dan semua orang knal dia. dia pernah masuk tv dan selalu hadir bila lncarkann buku dia (aku tak pernah prgi).seorang penulis yang mempunyai Master's degree dalam Psychology ni terkenal dengan buku pertamanya yang diterbit pada tahun 2011 yang berjudul 'KELABU'. tapi sebelum tu lagi dia banyak menulis cerpen-cerpen dan juga skrip cinta pendek yang sekrang ada dalam kompilasi 'CERPEN' dia, dan benda yang membuatkan aku suka dengan jalan cerita yang dia tulis ialah dia pandai membuat aku yang membaca ni mula berfikir dan kadang-kdang terasa tertipu dengan jalan cerita dia yang akhr cerita novel dia baru kita tahu yang slama kita membaca tu kita telah ditipu (dalam cara yang baik.). itu membuatkan aku fikir yang dia seorang penulis yang lain dari yang lain.

untuk penulis luar negara pulak, aku suka penulis dari sberang ni. dia banyak menulis buku-buku yang berkisah kan dewa, cerpen dan juga cerita dogeng, sampaikan ada diantara novel-novel beliau pernah dijadikan filem setelah diterbitkan seperti salah satunya 'PINTU HARMONIKA' (aku rasa mesti ada yang terngok kan?) iaitu CLARA NG. aku suka dengan dia ni pula sebab walaupun dia menggunakan baha Indonesia dalam novel-novel dia, tapi aku masih mampu untuk faham dengan menggunakan bahasa Indonesia yang begitu simple selain jala cerita yang perlbagai dalam setiap novelnya. sampaikan aku rasa yang dia begitu banyak idea yang aq rasa x penah aku fikir.

jadi, buat masa sekarang hanya tiga ni sahaja penulis yang buat aku tertarik untuk selalu baca karya mereka (tapi ada juga yang aku tak baca kalau tak menarik minat aku). karya mereka yang membuatkan aku berfantasi menjadikan semuanya kenyataan. (terima kasih pada orang yang selalu bagi pinjam buku-buku dekat aku dan mnjdi orang yang pertama buat aku suka buku. terima ksih bro)