LISA (BAB 2)

BAB 2
Senyuman seorang ayah masih tidak lekang daripada bibir Kasim. Dia masih bersyukur dengan kurniaan-Nya yang begitu besar maknanya bagi diri sendiri dan juga Kasih. Dia tidak menyangka pernantiannya dengan Kasih selama tiga tahun ini, akhirnya telah berakhir dengan kehadirannya seorang bayi perempuan yang sungguh comel dan putih iaitu Lisa.
Hai anak ayah yang comel sangat tu. Rindu ayah tak?”ucap Kasim kepada Lisa yang sedang terbaring disisi Kasih. Kasim terus melihat anaknya itu setelah pulang daripada melawat ladangnya pagi itu.
Abang, Mak Bidan cakap kalau kita baru balik dari tempat yang jauh atau tempat yang berutan, mandi dulu sebelum sentuh anak. Sekarangkan abang baru je balik dari ladang, jadi sebelum abang nak sentuh Lisa abang kene mandi dulu.”perintah Kasih kepada Kasim dengan manja sambil mengukirkan senyuman di raut wajahnya.
Laa… Tak kan sentuh sikit pun tak boleh?
Kasih menggelengkan kepala sambil menutupkan matanya sebagai tanda tidak benarkan permintaan Kasim itu.
Cium sikit pun tak boleh?”tanya Kasim lagi. Kasih masih menggelengkan kepalanya.
Kalau anak tak boleh, mak anak boleh ke?”gurau Kasim.
Kalau anak pun tak boleh, mak anak lagi la tak boleh. Sebab badan abang tu busuk bau peluh?”balas Kasih.
Kasim yang mendengar kata-kata Kasih mencium bau bajunya yang jelas dibasahi dengan penuh akibat panas teriknya matahari. Lantas membuatkan Kasim sedar bahawa usahanya mengusahakan ladang getah peninggalan arwah ayahnya dulu telah membuatkan kulitnya menjadi semakin hitam akibat dibakar cahaya matahari. Mungkin sekiranya ini berterusan, kulitnya akan sama seperti jiran sebelah rumahnya Muthu.
Setelah Kasim mencium bajunya yang telah bertukar bau menjadi masam, berdiri meninggalkan Kasih dan Lisa dengan wajah yang sedih kerana tidak dapat melepaskan rindu kepada anak dan juga isterinya. Namun, dia segera berlari menuju ke bilik air yang dibina di sebelah dapur untuk membersihkan dirinya dan setelah itu dia akan mencium Lisa sepuas hatinya.
Kasih yang sedang melihat gelagat Kasim yang berlari-lari anak menuju ke bilik air ketawa kecil kerana semenjak kehadiran Lisa dalam keluarga mereka, perubahan pada diri Kasim semakin kelihatan. Kasih dapat membezakan antara perwatakan Kasim ketika mereka sedang berusaha mendapatkan zuriat dengan perwatakan Kasim setelah kehadiran Lisa dalam rumah tangga mereka.
Sebelum kehadiran Lisa dalam keluarga mereka, Kasim sering kali termenung sendirian memikirkan sesuatu yang bagaikan tiada jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang lamunan Kasih membuatkan Kasih berasa khuatir kerana lamunan yang sering akan mendatangkan bahaya. Namun, segala kerisauan Kasih telah terjawab akhirnya apabila Kasim termenung melihatkan gelagat anak-anak kecil yang sedang bermain di laman rumahnya yang menjadi tumpuan anak-anak kecil jiran-jirannya. Senyuman kecil mulai terukir secara sedikit demi sedikit di bibir Kasim pada ketika itu.
Semenjak Kasih melihat keadaan Kasim pada ketika itu, Kasih membuat keputusan untuk terus berusaha untuk mendapatkan zuriatnya sendiri setelah berbincang secara matang dengan Kasim. Cadangan untuk mengambil anak angkat daripada keluarga yang tidak mampu juga pernah diajukan oleh Kasim. Namun, Kasih masih mahu berusaha untuk mendapatkan anak dari kandungannya sendiri dan sekiranya mereka masih tidak mampu untuk mendapatkan zuriat barulah mereka akan mengambil anak angkat.
Beberapa bulan yang berikutnya, Kasim dan Kasih mencuba pelbagai cara untuk berusaha mendapatkan cahaya mata. Mereka telah berjumpa dengan ustaz bagi mencuba cara ubatan Islam dan mereka telah menggunakan cara tradisional dengan pengambilan akar kayu serta herba sehinggalah berita yang mereka harapkan akhirnya berkunjung jua akhirnya.
Kasim adalah merupakan insan yang paling gembira apabila mendengar berita itu dan gelagatnya semakin bertugar menjadi seorang yang periang sehingga Lisa dilahirkan. Kasih sungguh bersyukur kerana memang benar kata orang bahawa kehadiran seorang cahaya mata dalam sesebuah rumah tangga akan mengeratkan lagi hubungan mereka.
***
Kasih, awak tengah fikirkan apa tu?”tanya Kasim dari balik pintu.
Kasih yang sedang terbaring diatas katil kayu yang berada didalam bilik yang paling besar di dalam rumah peninggalan arwah ayah dan ibu Kasim berasa terkejut apabila mendengar suara Kasim. Kasih yang sebelum ini sedang menepuk pelan tubuh Lisa yang sedang lena dibuai mimpi yang indah mengalihkan tangannya untuk mengusap dadanya yang masih terkejut.
Maafkan abang, Kasih. Abang tak sengaja nak takutkan Kasih.”jelas Kasim.
Kasim yang sebelum ini hanya menjengukkan kepala sahaja di muka pintu, berjalan perlahan dengan hanya tuala putih yang dililit dipinggangnya menuju ke sebuah almari kayu yang berada disudut bilik itu. Pada pandangan Kasih pada ketika itu bahawa suaminya itu baru selesai membersihkan dirinya. Bau sabun yang wanggi mulai merebak ke seluruh ruang bilik itu. Namun, Kasih masih bertanya soalan yang sememangnya sudah dia ketahui jawapannya.
Abang baru lepas mandi ke?
Taklah. Abang baru lepas menebas rumput dekat belakang tu. Ni nak ambik baja pulak dekat dalam bilik ni.”jawab Kasim diselang dengan gelak ketawa. Kasih yang mendengar jawapan Kasim yang tidak sirius itu, memalingkan wajahnya kembali kearah Lisa kerana tidak mahu melayan gurauan Kasim.
Ye la. Abang baru je lepas mandi. Gurau sikit pun nak merajuk. Tadi dia jugak yang suruh orang mandi. Kata tak elok la untuk Lisa. Kata busuk la. Tapi bila orang dah siap mandi, dia boleh tanya pulak lagi.”balas Kasim dengan jawapan yang betul.
Kasim yang sudah membuka pintu almari kayu itu, mencapai sehelai kain pelikat yang sudah dilipat cantik oleh Kasih. Kain itu dibuka dan dikibas terlebih dahulu sebelum disarungkan pada tubuhnya. Setelah diikatkan kain pelikat itu dipinggangnya, Kasim mengambil tuala yang dipakai olehnya sebelum ini dan melimparkan ke arah muka Kasih sebagai gurauan kepada Kasih yang tidak melayan gurauannya sebelum ini. Kasih yang terkejut dengan perlakuan Kasim hanya mampu memarahi Kasim tetapi dengan nada yang penuh manja. Selama Kasih bergelar sebagai isteri Kasim, dia tidak pernah meninggikan suaranya kepada Kasim kerana dia tahu seorang isteri yang solehah harus menghormati lelaki yang bergelar imam serta ketua keluarga.
Lantas, Kasim hanya ketawa sambil mencapai sehelai kemeja yang digantungkan di dalam almari dan disarungkan di badannya yang gelap itu. Kasim pernah membanggakan keadaan tubuh badannya itu di hadapan Kasih kerana dia berbeza dengan rakan-rakannya yang lain yang kini telah menjadi boroi atau gemuk setelah berkahwin. Akan tetapi tubuh badan Kasim masih sama seperti ketika waktu dia masih remaja. Tubuh badan yang tinggi dan mempunyai bentuk tubuh yang cantik itu sering menjadi kegilaan ramai gadis dikampungnya. Namun, dihatinya pada ketika itu telah dihuni oleh seorang gadis yang begitu dia cintai, Kasih.
Setelah Kasim mengenakan butang baju kemeja yang diambilnya tadi, Kasim mengambil kopiah yang terdapat diatas meja tulis yang diletak di sebelah katil dan mengambil tikar sejadah yang digantungkan di sebelah almari untuk menunaikan solat fardu Zohor.
ALLAHU AKBAR!”suara Kasim memenuhi ruang bilik itu.
***
Assalammualaikum! Assalammualaikum!
Kasim yang baharu sahaja selesai menunaikan solat fardunya, terdengar suara seorang wanita sedang memberi salam halaman rumahnya. Kasim cukup mengenali suara yang sedang memberi salam itu. Kasim lantas keluar daripada biliknya sambil menuju ke pintu hadapan rumahnya untuk membukakan pintu.
Walaikumsalam. Kamu rupanya Hamidah. Hamid pun ada. Jemput la masuk.”jemput Kasim.
Hamidah merupakan adik perempuan kepada Kasih. Kasih hanya mempunyai dua orang adik-beradik iaitu dirinya dan juga Hamidah. Hamidah cukup berbeza dengan Kasih dari segi tingkah laku. Walaupun Kasih mempunyai kelembutan dan kesopanan yang sering menjadi keinginan penduduk kampung untuk mempunyai anak seperti Kasih, Hamidah pula adalah berlawanan.
Hamidah mempunyai riak wajah yang sombong dan dia kurang menghormati orang tua tidak kira sama ada mempunyai hubungan yang rapat ataupun tidak. Hamidah sering bercakap lepas sekiranya dia tidak menyukai sesuatu perkara. Lantas membuatkan sesetengah penduduk kampung tidak menyenangi kehadirannya dan berasa tidak selesa untuk bersama dengannya.
Abang buat apa? Lambatnya buka pintu. Panas Dah kat luar tu.”balas Hamidah dengan nada yang sombong.
Maaf, Dah. Abang tadi tengah solat. Jadi lambat sikit bukak pintu. Kakak kamu tengah tidur. Kamu dah solat ke?”balas Kasim sambil memperli.
Hamidah yang masih belum sempat melabuhkan punggung diatas kerusi rotan yang terletak di tengah ruang tamu menjadi berubah. Wajahnya yang sebelum ini kelihatan santai menjadi merah setelah mendengar pertanyaan Kasim tadi. Tiba-tiba telinganya berasa panas dengan kata-kata perli abang iparnya itu.
Dah uzur. Dah saja je datang sini dengan abang Hamid. Ingat nak datang melawat kak Kasih tapi kalau kak Kasih tengah tidur, Dah balik dululah. Nanti Dah datang lagi.”balas Hamidah dengan nada marah.
Duduklah dulu. Biar abang panggilkan kak Kasih?
Tak apalah abang. Nanti-nantilah Dah jumpa kak Kasih tu. Lagipun tiba-tiba pulak Dah rasa panas.”balas Hamidah sambil pergi meninggalkan ruang tamu rumah Kasim.
Baiklah. Nanti kak Kasih dah bangun, abang bagi tahu dia kamu datang. Assalamualaikum.”jawab Kasim.
Hamidah hanya berlalu pergi dengan menaiki motosikal C70 milik Hamid tanpa menyahut salam Kasim tadi. Kasim menyedari bahawa adik iparnya itu berasa marah serta malu dengan apa yang dikatakan tadi. Perasaan marah Hamidah kelihatan jelas pada wajah dan tingkah lakunya sehingga membuatkan Kasim hanya tersenyum didalam hati apabila melihat raut wajah Hamidah tadi.
Hati Kasim tidak berniat untuk menghalau atau tidak menerima kehadiran adik iparnya itu dan jauh sekali untuk membuatnya marah. Namun, Kasim berbuat begitu kerana Kasim berasa itu merupakan tanggungjawabnya untuk menasihat adik iparnya itu walaupun Hamidah sudah mempunyai suami.
Setiap kali Hamidah datang ziarah ke rumah Kasim, dia akan bersembang dengan Kasih sepanjang masa tanpa mengira waktu sehinggakan tidak mempedulikan waktu masuknya solat fardu. Kadang-kadang Kasih yang turut melayan sembang Hamidah terlalu leka sehinggakan terlupa dengan masa yang sedang berlalu pergi.
Kasim teringat ketika dia memerahi Kasih yang begitu leka berbual dengan Hamidah sehinggakan kepulangannya dari ladang tidak dipedulikan dan makanan yang sepatutnya disediakan oleh Kasih tidak kelihatan diatas meja makan.
Kasih! Awak mari sini kejap!”teriak Kasim dari dapur rumah.
Kasih yang sedang berbual dengan Hamidah di ruang tamu berasa terkejut dengan teriakkan Kasim kerana selama dia mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu, Kasim tidak pernah meninggikan suara atau mengangkat tangan padanya. Kasih yang mendengar suara tinggi Kasih buat pertama kali berlari meninggalkan Hamidah yang turut berasa terkejut sendirian di ruang tamu.
Ye abang. Kenapa menjerit-jerit ni?”tanya Kasih dengan lembut.
Awak kalau dah sembang dengan adik awak tu langsung tak ingat dunia? Saya yang penat baru balik dari ladang ni langsung awak tak pedulikan. Saya yang tengah penat ni tak ada awak nak sediakan air. Awak ingat saya tunggul?”teriak Kasim pada Kasih sambil memukul meja makan yang berada di hadapannya.
Sekarang saya nak tanya pada awak, awak sudah solat Asar belum?”tambah Kasim.
Belum, abang.”balas Kasih sambil menundukkan kepalanya.
Astafirullah al azim! Awak sanggup tinggalkan perkara yang wajib awak buat semata-mata nak bersembang kosong dengan adik awak? Sekarang saya tak kira, sebelum saya makin naik angin, awak pergi suruh adik awak balik rumah dia sekarang dan jaga suami dia. Lepas tu saya nak awak pergi bersihkan diri dan terus pergi solat Asar. Faham?”teriak Kasim dengan penuh marah.
Kasim yang sudah tidak mampu menahan kemarahannya, meninggalkan Kasih yang sedang tertunduk diam dengan linangan air mata. Kasih tidak menyangka bahawa Kasim akan memarahi dirinya kerana Kasim tidak pernah berkelakuan sebegitu. Namun, Kasih sedar bahawa apa yang dikatakan oleh Kasim adalah benar. Dia sepatutnya tidak patut meninggalkan perkara yang wajib dia lakukan semata-mata untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Lantas dengan pantas Kasih menuju ke ruang tamu untuk bertemu kembali dengan Hamidah dan melakukan apa yang disuruh oleh Kasim sebentar tadi. Hamidah yang sudah terlebih dahulu mendengar perbualan Kasim dengan Kasih, sudah siap sedia untuk meninggalkan rumah Kasim untuk pulang. Dia khuatir sekiranya dia masih berada di dalam rumah itu, dia pula yang akan menjadi bahan marah Kasim yang sedang meradang itu.
Tak apalah akak. Aku dah dengar tadi. Aku balik dululah.”ucap Hamidah sebaik sahaja Kasih sampai dihadapannya.
Baiklah. Hati-hati jalan tu. Assalamualaikum.”ucap Kasih kepada Hamidah yang berjalan kaki dari rumahnya yang tidak jauh dari rumah Kasih.
Walaikumsalam.”jawab Hamidah dengan nada sombongnya.
Setelah Hamidah sudah hilang dari pandangan matanya, Kasih kembali masuk ke dalam rumah. Lalu Kasih mendapatkan Kasim yang baharu sahaja keluar dari bilik air.
Abang, Kasih mintak maaf kalau Kasih buat abang marah. Kasih tak sengaja. Kasih janji yang Kasih tak akan buat lagi. Kasih janji.”ucap Kasih memohon maaf dari Kasim.
Baiklah, abang maafkan. Abang pun nak mintak maaf dekat Kasih sebab abang tinggikan suara dekat Kasih tadi. Abang bukan apa, abang cuma tak suka bila abang balik rumah Kasih buat tak peduli je, dan Kasih lewatkan solat semata-mata nak sembang dengan Hamidah.”jelas Kasim kepada Kasih.
Sekarang Kasih pergi ambik wuduk kita jemaah bersama. Pergilah.”pinta Kasim.

Kasih yang mendengar kata-kata Kasim, hanya mengikut tanpa sebarang suara kerana takut dimarahi oleh suaminya itu lagi.

Comments

Riesna Zasly said…
susunan plot ada perkembangan...

teruskan berkarya
anakmarzuki said…
thanks bro... insyallah aku akan truskan smpai cter ni siap.... amin...
anakmarzuki said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts