PRIA TERAKHIR (GUSNALDI)
TAJUK : PRIA TERAKHIR
PENULIS : GUSNALDI (Indonesia)
Seperti yang kowang semua tau. Aq ni kalau novel cinta
cintun yang biasa dan yg selalu da kat kedai tu, aq kurang baca sikit. Soe pada
yang peminat tu. Hehehe…
Dekat sini aq nk kongsikan satu buku novel terbitan seorang
penulis indonesia yang baharu sahaja meningkat naik dan novel ini merupakan
novel pertama beliau. Beliau adalah Gusnaldi Sebelum beliau menulis buku ini,
dia merupakan seorang juru mekap artis yang begitu terkenal di Indonesia dan
sering mendapat permintaan daripada artis2 terkenal.
Sebelum aq menceritakan mengenai novel ini secara lebih
lanjut, aq nk bagi tau pada kowang yang cerita ini bercanggah dengan adat dan
agama kita kerana percintaan ini sama sekali tidak patut kita ikuti tetapi aq
hanya berkongsi mengenai novel ini berdasarkan jalan cerita dan hasil penulisan
kali pertama seorang lelaki yang tidak pernah menulis sebelum ini telah
membuatkan Indonesia gegar dengan karyanya yang sulung. (jadi jangan jatuh kan
hukuman ssecara buta tuli)
Pria Terakhir merupakan sebuah novel homoseksual yang telah
menceritakan hubungan percintaan antara Bobby dengan Diddy. Perhubungan mereka
ini terjalin apabila Bobby kembali mencari sahabat lamanya itu setelah dia
termimpi akan paras Diddy ketika berada di Singapura. Pertemu mereka pertama kali
telah meruntuhkan hati Bobby apabila dia mengetahui bahawa Diddy sudah
berkahwin dengan Intan dan mempunyai dua cahaya mata perempuan. Penceritaan
mereka bermula apabila Diddy melihat akan kebaikan sahabat lamanya itu dan
mengingati akan semua perihal dia ketika masa kecil dulu.
*Pada pandangan aq ini merupakan sebuah cerita yang bagus
dengan jalan cerita yang baik dan best. Aq x suruh kowg membaca buku ni tapi
aku Cuma nk share apa yang telah aq baca. Hehehe….
Comments