RAHSIA (BAB 9)

BAB 9 : KEJUTAN
Adam melangkah dengan penuh perlahan sambil memerhatikan barangan yang dipamerkan di setiap kedai di gedung membeli belah itu. Dia berasa gembira apabila barangan tempatan yang dahulunya tidak mendapat perhatian warga asing mahupun warga tempatan kini mampu bersaingan dengan produk tempatan yang sudah mendapat tempat di hati masyarakat. Dia berasa sungguh gembira dilahirkan di negara ini dan menjadi warganegara pada negara yang kian maju.
Sambil fikirannya melayang melihat barangan, Adam mulai terbayang akan Amran. Kini dia berasa sungguh gembira dengan keadaan dan perasaannya kerana mengetahui bahawa dia mempunyai seseorang yang begitu menyayangi dirinya. Adam menyedari bahawa perasaan yang dimilikinya kini adalah salah dan dipandang serong oleh masyarakat setempat. Namun, dia mulai menyayangi Amran setelah hampir tiga bulan mereka bersama.
Adam mulai berasa rindu dengan kekasihnya itu apabila melihat pasangan yang sedang hangat bercinta berada di gedung membeli belah itu. Dia begitu berharap agar Amran ada bersama dengannya ketika itu. Akan tetapi dia menyedari bahawa dia mencintai suami seorang wanita yang begitu baik kepadanya. Dia perlu menyedari bahawa Amran bukalah seorang lelaki yang akan lari dari tanggungjawabnya walau apapun yang akan terjadi.
Melihat situasi Amran sekarang membuatkan dia perlu memamahi dengan situasi Amran yang masih terhimpit dengan perasaannya dan Adam perlu memastikan bahawa dirinya tidak akan membebankan lagi fikiran Amran yang telag sedia kusut.
Adam tidak pernah meminta perkara yang berlebihan daripada Amran. Dia tidak pernah meminta dimewahkan dengan kemewahan yang dimiliki oleh Amran kerana dia telah di didik oleh kedua orang tuanya supaya tidak mengharap pada pemberian orang dan berusaha dengan upaya sendiri sekiranya kita menginginkan sesuatu. Didikan itulah yang dipegang oleh Adam selama dia berhijrah ke Kuala Lumpur.
Adam begitu bersyukur apabila Amran mengambilnya bekerja kerana dengan kerja yang Amran beri sedikit sebanyak membantu kedua orang tuanya. Kini, pembelajaran Hafiz dan Hafizah ditanggung sepenuhnya oleh Adam. Manakala, ibu dan ayahnya kini tidak lagi berada dalam situasi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Amran pernah menyatakan ingin membantu Adam menyara keluarganya kerana dia merasakan keluarga Adam kini menjadi keluarganya serta dia merasakan begitu terhutang budi dengan  layanan yang diberikan keluarga Adam kepadanya ketika datang ke kampung Adam. Namun, Adam tidak mahu keluarga Amran merasakan bahawa dia hanya menginginkan kemewahan yang dimiliki oleh Amran.
Adam yang sedang merehatkan diri disebuah kerusi tersenyum sendiri memikirkan telatah Amran yang begitu ingin membantu dirinya dan keluarga. Adam teringat apabila Amran menyatakan begitu ingin membantu Adam menyara persekolah Hafiz dan Hafizah. Ketika Adam menolak bantuan Amran, Amran mulai berkelakuan seperti kanak-kanak kecil yang merajuk tidak mengikuti kehendaknya.
Adam sedar begitu banyak kenangan manis yang terjadi selama dia berkenalan dengan Amran dan dia juga sedar bahawa ketika dia bersetuju untuk menjalinkan hubungan terlarang ini dengan Amran pelbagai masalah akan mulai hadir dalam perhubungan mereka. Jadi Adam perlu menyediakan diri untuk menghadapi masalah dan cabaran yang akan dihadapi oleh mereka kelak.


Adam pulang ke rumah dengan hati yang masih merindui Amran. Dia begitu berharap Amran dapat meluangkan masa dengannya hari ini. Akan tetapi dia harus memahami bahawa Amran mempunyai tanggungjawab yang lain.
Fikiran yang masih bercelaru memikirkan Amran menyebabkan dia tidak perasan akan kehadiran seseorang di dalam rumahnya. Dia tidak menyedari bahawa Amran sudah lama menunggunya di dalam rumah.
“Amboi. Shopping tak ajak abang pun kan?” kejut Amran.
“Astafirullah. Nak gugur jantung saya abang. Abang buat saya terkejut je.” jelas Adam sambil mengurut dada yang masih terkejut.
“Bila abang sampai? Lama dah ke abang tunggu?” sambung Adam.
“Lama dah abang sampai. Abang sampai tengok Adam takda dekat rumah. Jadi abang masuk guna kunci Adam bagi dekat abang tu. Adam marah ke abang main masuk je?”
“Ish. Buat apa saya nak marah. Cuma abang wat saya terkejut je. Lain kali bagi salam.” kata Amran sambil ketawa.
Adam yang selesai meletakkan barang yang dibelinya tadi di dalam bilik, kembali di ruang tamu. Adam duduk di sebelah Amran untuk melepaskan penat yang masih tersisa di badannya tetapi itu semua hilang dengan sekelip mata apabila melihat Amran disisinya.
Adam berasa gembira Amran dapat meluangkan masa dengannya hari ini. Adam meletakkan kepalanya di bahu Amran sambil memegang tangan Amran. Amran hanya membiarkan perlakuan Adam itu kerana sudah hampir seminggu mereka tidak berjumpa selain pada waktu pejabat. Amran harus membahagikan masanya antara Anis dan Adam. Amran mengetahui bahawa Adam amat mengerti akan situasinya. Oleh itu Amran mencuba sebaik mungkin untuk menjaga hati Adam.
“Kenapa abang tiba-tiba datang sini hari ni? Kak Anis tak tanya apa-apa ke bila abang keluar rumah tadi” tanya Adam.
“Kenapa? Macam tak suka je abang datang?” Amran menjawab dengan pertanyaan.
“Bukan tak suka. Saya ingat kalau abang tak datang tadi nk cari skandel lain.” gurau Adam.
“Amboi. Dah ada niat ke nak cari yang lain? Kak Anis kamu tak ada dekat rumah. Dia pergi Terengganu tiga hari dengan ahli persatuan dia. Itu yang abang datang sini tu.” jelas Amran.
Adam yang mendengar penjelasan Amran hanya mengangguk kegembiraan. Lantas Adam mendaratkan ciuman di pipi Amran sebelum berlaki anak menuju ke bilik air untuk mandi. Amran hanya ketawa dengan telatah Adam yang kelihatan seperti anak yang manja.
Adam hanya tersenyum dalam diam apabila melihat kekasihnya itu mengenakan celana hitam bersama kemeja biru muda yang begitu padan dengan rupa parasnya yang masih kelihatan seperti orang muda. Adam juga tidak kalah dengan memakai celana biru gelap dengan kemeja putih yang dihadiahkan oleh Amran sebelum mereka keluar dari rumah tadi.
Ketika dalam kereta, pelbagai persoalan yang bermain di fikiran Adam kerana sebelum mereka keluar dari rumah Amran tidak memberitahu kemana destinasi mereka pada malam itu. Apabila ditanya, Amran hanya tersenyum sinis tanpa mengeluarkan perkataan. Adam yang sudah masak dengan fikiran Amran hanya mengikuti kehendaknya tanpa banyak soalan kerana Adam mengetahui bahawa mesti ada kejutan yang disediakan oleh Amran kepadaya. Walaupun pada zahirnya Amran kelihatan seperti seorang lelaki yang tidak gemar akan kejutan dan suasana yang romantik.
Hampir dua puluh minit mereka dalam perjalanan, kereta Audi Amran menyusur perlahan di salah sebuah hotel yang mempunyai restoran mewah bertaraf lima bintang. Hotel ini terletak jauh dari kawasan tempat tinggal Amran dan juga Adam. Mereka masih mengawal tingkah laku mereka walaupun mereka begitu menyayangi antara satu sama lain kerana tidak ingin imej Amran yang begitu dikenali oleh masyarakat jatuh akibat perhubungan terlarang mereka ini.
Amran yang sudah memberhentikan kenderaannya mulai keluar dari kereta sambil membetulkan pakaiannya yang mulai kelihatan tidak kemas. Adam yang melihat Amran lantas mengikuti keluar dari kereta. Seorang lelaki yang ditugaskan untuk meletakkan kenderaan pengunjung membawa pergi kereta mewah Amran.
Adam hanya mengikuti Amran daripada belakang tanpa suara kerana semua ini merupakan rancangan Amran dan dia tidak tahu apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh Amran. Lantas seorang lelaki yang segak berpakaian tuksedo lengkap membawa kami menuju ke sebuah meja yang telah tercatat nama Amran di atas sebuah kad.
Adam terus mengerti bahawa ini kejutan yang disediakan Amran iaitu membawanya makan malam di restoran mewah. Adam tersenyum sinis apabila Amran melihatnya. Amran tahu bahawa Adam tidak begitu gemar makan ditempat yang mewah kerana dia berasa begitu kekok dengan situasi yang begitu formal baginya.
Amran mulai memesan makanan yang dia inginkan dan dia juga turut memasankan makanan untuk Adam kerana dia begitu tahu akan selara Adam. Jauh disudur hati Adam dia begitu gembira bersama dengan Amran yang begitu cukup mengenali dirinya.
“Macam mana? Suka dengan tempat ni?” tanya Amran.
“Suka tapi saya tak biasa la tempat mewah-mewah ni.” jawab Adam.
“Bukan selalu kita dapat makan malam berdua dekat tempat yang macam ni. Betul tak?”
Adam hanya tersenyum sambil menundukan mukanya kebawah.
“Abang tak kesah berapa mahal sekalipun makan kat tempat tu asalkan Adam suka dan selesa.” tambah Amran.
Perbualan mereka pada malam itu dihiasi dengan gelak ketawa. Baru kali ini Adam melihat riak wajah Amran yang begitu menggembirakan selama hampir satu tahun mereka berkenalan. Selama ini, kebanyakan masa Amran kelihatan begitu kusut dan sukar untuk mengukirkan senyuman diwajahnya. Mungkin kerana tanggungjawab yang dipikul oleh Amran di pejabat dan sebagai ketua keluarga membuatkan dia sukar untuk menggembirakan hatinya.
Namun, malam ini Adam dapat merasakan kelainan pada sikap Amran. Amran kelihatan begitu gembira berbanding hari yang sebelumnya. Bagaikan segala masalah yang berada dibahunya telah hilang kesemuanya. Terlintas di benak Adam untuk bertanya kepada Amran apa yang membuatkan dia begitu gembira. Akan tetapi persoalannya itu segera dihapuskan dari fikirannya kerana dia tidak mahu kegembiraan yang sedang dia alami sekarang hilang disebabkan soalannya itu.
Ketika itu, dalam hati Amran terasa begitu gembira apabila dapat meluangkan masanya dengan Adam. Dalam beberapa hari ini dia merasakan seperti begitu bebas dan tidak perlu memikirkan masalah-masalah yang sedang dihadapi. Sekarang Amran merasakan dia begitu gembira dengan perasaan yang dimiliki olehnya. Amran kini tidak berasa malu atau takut lagi dengan perasaan yang sekian lama dipendam.
Namun, dia masih perlu menjaga tingkah lakunya ketika berada dikhalayak ramai kerana dia tidak mahu keluarga dan dirinya dipandang hina oleh masyarakat. Walaupun dia kini mulai selesa dengan perasaannya itu, Amran masih menjaga adab orang timur kerana dia mengetahui bahawa hubungannya itu tidak diterima oleh masyarakat timur.
Ketika asyik berbual sambil menjamu selera dengan makanan yang cukup mewah, sesekali Amran memegang tangan Adam yang terletak di atas meja. Namun sentuhan itu hanya berlaku beberapa saat kerana Adam tidak mahu orang sekeliling memandang serong dengan apa yang sedang mereka lakukan. Amran yang hanya melihat apa yang Adam lakukan hanya akur. Amran faham bahawa Adam melakukan itu semua kerana tidak mahu nama baik yang dimiliki olehnye terjejas akibat sesuatu perkara yang kecil.
Pintu lif mulai terbuka dengan perlahan. Kaki Amran mulai melangkah keluar dari lif apabila sampai di tingkat yang paling atas bangunan hotel itu. Amran telah menempah sebuah bilik suite yang mewah sebelum mereka sampai ke restoran hotel tadi. Amran sering membawa pelabur-pelabur asing menginap di hotel itu yang menyebabkan pengurus hotel tersebut kenal dengan Amran. Lantas tiada maslah yang dihadapi sekiranya Amran menginginkan tempahan bilik secara tiba-tiba.
Amran melangkah dengan penuh perlahan sambil melihat nombor disetiap pintu bilik untuk mencari nombor bilik yang tertera dikunci yang dipegang Amran. Adam hanya mengikuti Amran dari belakang kerana dia tidak mengetahui apa yang dirancangkan oleh Amran pada ketika itu.
Pada mulanya, Adam menyangka kejutan Amran sudah berakhir apabila mereka selesai menjamu selera di restoran tadi. Namun apa yang disangka oleh Adam salah jauh sekali. Setelah selesai menjamu selera, Amran terus menuju ke kaunter penyambut tetamu. Amran hanya memberikan senyuman nakal kepada Adam apabila Adam mencubitnya apabila mengetahui rancangan sebenar Amran.
“Apa sebenarnya rancangan abang sekarang ni?”tanya Adam sambil mencubit pinggang Amran.
“Apa? Abang tak ada buat apa pun?”jawab Amran sambil ketawa.
“Ye la tu. Tadi surprise saya dengan makan malam dekat restoran. Sekarang kenapa tiba-tiba boleh tempat suite pulak?”tanya Adam lagi sambil menjeling manja.
“Apa salahnya. Bukan selalu kita datang tempat macam ni.”jawab Amran sambil membuka pintu.
Setelah pintu bilik dibuka, Amran menarik lembut tangan Adam sambil memeluk pinggangnya supaya semakin rapat dengan tubuhnya. Pintu bilik ditutup oleh Amran sejurus mendaratkan ciuman di bibir Adam. Ciuman Amran membuatkan nafas Adam dihembus dengan begitu kencang seiring dengan degupan jantungnya.
Adam tersandar di dinding bilik sambil terus melumat bibir Amran. Adam hanya menerima ciuman yang Amran berikan. Adam mulai menjalarkan jarinya membuka satu persatu butang baju kemeja yang terlekat di badan Amran. Setiap lekuk di leher Amran dicium oleh Adam dengan penuh rakus. Amran yang berada dalam keadaan yang ghairah hanya mampu menahan kenikmatan yang dialami.
Suasana bilik mereka yang romantik membuatkan  mereka berpelukan sehingga sang mentari muncul menandakan pagi sudah hadir. Pelukan mereka begitu erat seperti tidak mahu melepaskan satu sama lain. Adam yang terjaga dari tidur akibat cahaya matahari yang memancari wajahnya bangun menuju ke bilik air. Air yang sejuk mulai mencurah sinki batu marmar putih. Adam menadahkan air di tangannya untuk membasuh muka menghilangkan ngantuk yang begitu berat.
Setelah selesai Adam keluar dari bilik air menuju kembali ke katil untuk membangunkan Adam yang masih terlena dibuai mimpi yang indah. Kucupan yang begitu mesra mendarat di dahi Amran sambil tangan kirinya membelai lembut rambut Amran. Amran yang terkejut mulai membuka perlahan matanya.
“Selamat pagi sayang.”ucap Amran sambil mencium tangan kanan Adam.
“Selamat pagi, abang. Bangunlah mandi. Dah pukul 10 pagi ni,”
“Awal lagi. Kejap lagi la. Adam, abang nak tanya sikit boleh tak dekat Adam?”jawap Amran.
“Tanya apa abang?”
“Selama kamu bersama dengan abang, kamu bahagia tak? Maksud abang, kamu okey dengan situasi abang sekarang?”tanya Amran untuk kepastian.
“Kenapa tiba-tiba abang tanya soalan ni?”tanya Adam kehairanan.
“Bukan apa, abang Cuma tak mahu Adam terasa terpinggir atau abang tidak adil dengan Adam disebabkan keluarga abang.”
“Abang, memang benar kadang-kadang saya terasa hati bila ingatkan abang bergembira dengan keluarga abang. Tapi saya sudah kuatkan hati dan perasaan saya untuk menerima segala buruk atau baik situasi abang sebelum saya terima kasih sayang abang. Saya tidak mahu abang semakin runsing kerana saya.”jelas Adam.
Amran hanya mampu menatap mata Adam dengan penuh kasih sayang kerana memahami masalah yang dihadapi olehnya. Amran terus menatap mata Adam lantas menarik tangan Adam. Adam terus kembali terbaring disamping Amran. Lantas, Amran terus memeluk erat tubuh manja Adam sebelum mendaratkan ciuman berat ke bibir Adam.
Adam yang kembali dengan perasaan ghairahnya, membalas ciuman Amran dengan penuh perasaan. Pagi itu mereka kembali memadu kasih. Mereka memulakan pagi itu dengan perasaan yang penuh gembira dan ceria.



Comments

Popular Posts