RAHSIA (BAB 12)

BAB 12 : PENDEDAHAN
Anis yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu hanya menatap wajah Amran yang duduk terdiam tanpa bersuara di hadapannya. Amran yang sedang membawa surat khabar tidak mempedulikan kehadiran Anis di hadapannya.  Anis yang kini sudah berada di puncak kemarahannya hanya menunggu masa untuk meletuskan kemarahannya yang selama ini dipendam dalam dirinya.
Kini Anis tidak lagi mempeduli akan dosa jika dia memarahi suaminya itu kerana jika dia masih mendiamkan diri atas apa yang berlaku, perasaannya tidak akan menjadi tenang. Sedangkan Anis melihat Amran tidak mempedulikan keretakan yang berlaku dalam hubungan perkahwinan mereka.
“Abang saya sudak tak sanggup lagi nak mendiamkan diri atas apa yang terjadi sekarang ni.”teriak Anis sambil berdiri.
Amran yang sedang asyik memerhatikan isu utama yang terdapat di surat khabar itu terkejut dengan teriakan suara yang dikeluarkan Anis.
“Saya sudah tak sanggup lagi tengok hubungan perkahwinan kita yang dulunya bahagia kini semakin retak, semakin renggang akibat saya menyimpan rahsia dosa abang tu!”tambah Anis.
Amran terasa bagaikan dilempar dengan batu yang besar apabila mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Anis. Tubuh Amran mulai mengeluarkan peluh sejuk yang tidak dapat lagi dibendung. Amran mulai kelihatan pucat dan pelbagai persoalan mulai keluar di fikirannya.
“Apa maksud Anis?”
Anis yang sudah tidak tahan dengan rahsia yang selama ini dipendamkan terasa bagaikan gunung berapi yang akan meletuskan laharnya yang panas.
“Abang, saya tahu selama ni abang kahwin dengan saya semata-mata nak tutup dosa yang abang buat. Saya tahu rahsia yang abang cuba nak sembunyikan dari saya.”
“Rahsia apa? Apa yang awak mengarut ni?”. Amran cuba memastikan rahsia yang dimaksudkan oleh Anis.
“Abang, saya tahu yang selama ni abang mempunyai perasaan pada semasa jenis abang. Saya tahu yang selama ni abang homoseksual!”teriak Anis kuat membuatkan suaranya mulai bergema seluruh rumah.
Amran semakin terkejut dengan apa yang Anis katakan sebentar tadi. Amran yang sebelum ini duduk di atas kerusi mulai berdiri. Jauh dibenak Amran bersyukur kerana anak-anaknya tiada dirumah ketika itu untuk mendengar kenyataan yang bakal terbongkar.
“Apa yang awak cakap ni? Apa yang awak mengarut ni? Sapa yang bagi tahu awak benda yang bukan-bukan ni?”. Amran cuba menafikan apa yang Anis katakan.
“Abang tak payahlah cuba menegakkan benang yang basah. Abang tak perlu menafikan perkara yang benar. Saya sudah lama tahu rahsia abang tu. Saya Cuma mendiamkan diri sebab saya ingat abang akan berubah dan mula menyayangi saya denga sepenuh hati abang. Tapi apa yang saya harapkan dari abang tidak mungkin akan berlaku sama sekali. Semakin saya berharap, semakin jauh harapan saya itu pergi.”jelas Anis.
Amran hanya terdiam mendengar penjelasan Anis. Mulai terduduk sambil menutup wajahnya yang mulai malu dengan kenyataan yang bakal dihadapinya. Anis hanya memandang Amran dengan perasaan yang masih memarahi sikap Amran.
“Memang selama ni saya menuduh abang curang pada saya kerana saya tidak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan kesal saya atas perbuatan abang itu. Saya cuba menjadi isteri yang baik pada abang dengan menyediakan semua keperluan abang, menjaga makan minum abang tapi itu membuatkan abang makin jauh dengan saya. Abang makin membuat tidak kisah atas kehadiran saya dalam keluarga ni.” Semua yang disimpan dalam hati Anis mulai dikeluarkan satu demi satu.
“Sebab saya dah tak sanggup nk tengak keretakan yang terjadi dalam hubungan kita, saya menjauhkan diri dari abang. Biarlah abang lihat saya yang bersalah dalam masalah kita ini. tapi sekarang saya sudah tidak sanggup menanggung salah yang bukan salah saya.” Anis terduduk menahan sesak nafas akibat tangisan yang mulai menitis di pipinya. Tangisan Anis membuatkan Amran berdiri menuju ke samping Anis.
Amran berlutut sambil memegang tangan Anis yang bergetar menahan marah dan geramnya. Amran berasa bersalah akan perbohongan yang disimpannya selama ini. Amran yang berasa bersalah dengan perbuatannya mulai kelihatan butiran air mata lelaki yang jarang dilihat pada wajah Amran.
“Anis, abang mintak maaf pada Anis sebab abang bohong dan mempergunakan Anis selama ini untuk menutup segala kesalahan yang abang lakukan. Abang jujur pada Anis yang abang pernah mencuba berulang kali untuk berubah menjadi seorang lelaki yang mampu menjadi ketua keluarga, imam dan ayah yang baik kepada keluarga ini. Macam-macam yang abang dah lakukan untuk pulih dari penyakit yang dibenci oleh agama ni. Abang tahu yang apa yang abang lakukan ni bercanggah dengan agama dan dipandang rendah oleh masyarakat tapi abang tak mampu Anis. Abang jujur dengan Anis yang abang dah buat macam-macam untuk berubah.”jelas Amran sambil menundukkan wajahnya dilutut Anis.
Air mata Anis tidak dapat dihentikan daripada terus mengalir dipipi gebunya itu. Anis tidak dapat menahan sebak dihatinya. Namun, kemarahan Anis yang sebelum ini memuncak tinggi semakin berkurangan. Anis hanya menatap rambut Amran yang sedang tertunduk di lututnya.
“Walaupun abang menyukai kaum sejenis tapi abang cuba sedaya upaya menahan nafsu abang. Abang tidak pernah melakukan hubungan dengan lelaki mahupun wanita sejak kita mendirikan rumah tangga. Abang cuba menjauhkan diri dari perasaan yang tidak sepatutnya berada dalam diri abang.”tambah Amran.
“Abang, saya nak abang jujur dengan saya. Sekarang ada sesiapa di hati abang selain saya dan anak-anak?”tanya Anis.
Soalan yang Anis ajukan kepada Amran membuatkan Amran terdiam seribu bahasa tanpa mengeluarkan sebarang suara untuk mengiyakan atau menidakkan soalan yang diajukan Anis. Amran hanya tertunduk diam dipangku Anis menitiskan air mata.
Anis yang melihat Amran turut terdiam melihat perlakuan Amran. Anis mengetahui dengan diamnya Amran menandakan ada seseorang lelaki yang berada di tengah hubungan mereka itu. Anis tahu disebabkan itulah Amran mulai berubah dari seorang lelaki yang tidak mementing gaya dan personaliti menjadi seorang yang pandai mengenakan pakaian ditubuhnya.
Anis mengesatkan air mata yang mengalir di pipi Amran dengan penuh kelembutan. Memang di hati Anis terasa begitu sakit dengan jawapan yang diberikan Amran. Namun dia tidak pernah menjatuhkan kesalahan kepada Amran mahupun lelaki yang berasa dalam perhubungannya itu.
Anis amat percaya bahawa cinta yang tulus tidak dapat dipaksa walau apa pun yang kita lakukan. Seperti mana yang Anis cuba lakukan dalam hubungannya dengan Amran yang akhirnya menemui jalan buntu dalam usahanya.
Anis mendaratkan satu kucupan yang penuh kasih sayang di dahi Amran yang sedang menatap wajahnya itu. Kelembutan wajah Anis membuatkan Amran semakin menyesal dengan apa yang telah dilakukannya kepada Anis. Tiba-tiba soalan yang diajukan Anis membuatkan jantung Amran kembali berdegup kencang dan semakin laju.
“Abang, saya redho dengan apa yang abang ingin lakukan tetapi dengan satu syarat. Saya nak abang lepaskan saya. Ceraikan saya. Saya tak mampu menanggung dosa lagi selepas mengatahui perlakuan abang itu. saya juga ingin berjumpa dengan lelaki yang berjaya menewaskan saya dalam menawan hati abang.” Anis hanya melemparkan senyuman kepada Adam ketika menyatakan niatnya itu.
Hatinya Amran terasa bagaikan berkecai menjadi kepingan yang amat kecil apabila mendengar keinginan Anis tadi. Walaupun Amran mencintai Adam, Anis masih tetap berada dihatinya dan menginginkan Anis sentiasa berada di sampingnya. Namun, segalanya telah berlaku. Amran juga tidak mahu Anis menanggung beban dosa yang menggunung atas perlakukannya dengan Adam. Cukuplah dengan apa yang Anis rasakan selama Anis mendiamkankan rahsia Amran. Amran hanya mengangguk kecil sebagai tanda setuju dengan syarat Anis.
“Tapi Abang jangan risau. Saya tidak akan cuba menjatuhkan atau memberitahu sesiapa mengenai perkara ini termasuklah kepada anak-anak kita. Saya lakukan ni sebab saya sayang akan abang dan mahu abang hidup bahagian dengan orang yang abang sayang dan abang cinta.
Hati Anis yang masih hancur dengan masalah dia dengan Amran, menguatkan diri untuk berjumpa dengan lelaki yang berjaya bertahta di hati Amran. Walaupun berat untuk melihat wajah lelaki itu, tetapi dia perlu lakukan sebelum dia berpisah dengan Amran. Anis bukanlah bertujuan untuk memarahi atau menyalahkan lelaki itu. Anis Cuma ingin memastikan lelaki yang begitu dia cintai bersama dengan orang yang betul dan bukan dengan orang yang hanya ingin menggunakan Amran.
Anis menunggu dengan penuh kesabaran di salah sebuah kafe yang terkenal di ibu negara sambil meninjau sekeliling mencari susuk tubuh Amran dari jauh. Samping itu, Anis mencari juga susuk tubuh lelaki yang ingin Amran kenalkan dengannya.
Dari jauh Anis dapat melihat susuk tubuh Amran yang sedang menuju ke tempat dia sedang duduk. Walaupun Anis tidak dapat melihat susuk tubuh itu dengan jela tetapi dari gaya berjalan Anis begitu pasti bahawa lelaki itu adalah Amran. Anis juga berasa begitu kenal dengan lelaki yang sedang berada disisi Amran hingga menyebabkan mata Anis mulai berkaca kembali.
Amran dan Adam kini berada di hadapan Anis yang sedang menunggu mereka. Amran duduk di bangku yang berada di sisi Anis dengan tidak bersuara. Manakala Adam memberikan senyuman mesra kepada Anis sambil menarik bangku yang berada di hadapan Anis.
Adam begitu terkejut melihat mata Anis yang mulai berkaca. Perasaan bersalah dalam diri Adam kini kian timbul. Dia berasa berslah kerana hadir dalam kebahagian keluarga Anis dan Amran. Adam melihat Amran hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan suara apa pun. Kini, Adam hanya menunggu masa untuk menerima segala hukuman dan tomahan yang bakal dilemparkan Anis kepadanya.
“Abang, jadi Adamlah yang kini berada dalam hati abang?”ucap Anis memecahkan kesunyian dengan suara yang menahan kemarahan.
Amran yang mendengar hanya mengangguk bertanda benar apa yang dikatakan oleh Anis. Amran tidak mampu bersuara dan tidak mampu menghalang apa sahaja yang akan terjadi semasa perjumpaan itu. pada saat itu, Amran dan Adam hanya menerima apa sahaja yang dikatakan oleh Anis kerana bagi mereka penderitaan yang ditanggung oleh Anis lebih berat dari apa yang Adam dan Amran rasakan.
Sebelum amran membawa Adam datang berjumpa dengan Anis, Amran telah menjelaskan perkara yang sebenar kepada Adam akan pengetahuan Anis akan perhubungan mereka itu. Lantas membuatkan Adam berani hadir untuk berjumpa dengan Anis kerana Adam juga tidak sanggup untuk terus menjadi perosak kepada hubungan mereka.
Pada ketika itu Adam hanya pasrah akan segala yang bakal berlaku termasuklah sekiranya ditakdirkan Anis menyuruh Adam meninggalkan Amran, adam sanggup lakukan apa sahaja untuuk memastikan hati Anis yang sungguh suci tidak terus disakiti oleh mereka.
“Adam, akak jemput Adam untuk berjumpa sekarang ni bukanlah untuk marah atau mencaci Adam dikhalayak ramai ni. Akak rasa Adam tentu dapat rasakan apa perasaan akak sekarang?”ucap Anis.
Adam hanya mengangguk kecil kepada Anis sambil melemparkan senyuman. Mata Adam lantas melihat Amran yang truk terkejut dengan keadaan Anis yang tidak menunjukkan apa-apa kemarahan kepada Adam.
“Memang akak rasa sedih apabila mengetahui abang Amran mempunyai orang lain selain akak. Tambahan pula orang itu merupakan seorang yang sama jenis dengannya. Tetapi akak tidak akan dapat menawan kembali hati abang Amran. Bagi akak cinta kepada seseorang tidak mungkin dapat dipaksa.”jelas Anis.
“Walaupun akak menghalang hubung kamu berdua dan paksa abang Amran untuk tetap bersama dengan akak sekali pun, ia tetap menyeksakan abang Amran dan juga akak. Oleh itu, apabila melihat Adam yang dibawa oleh abang Amran membuatkan akak berasa lega kerana akak akan meninggalkan lelaki yang akak cintai kepada lelaki yang betul-betul boleh dipercayai.”tambah Anis sambil memegang tangan Adam dan juga tangan Amran.
“Akak, saya tahu saya yang membuatkan hubungan akak dengan abang Amran menjadi semakin teruk. Jadi saya mintak maaf sangat-sangat dengan akak atas apa yang saya dah buat pada akak.”jelas Adam dengan tatapan penuh iklas ke mata Anis.
“Adam akak tak marahkan Adam ataupun Abang Amran. Dalam hal ni masing-masing ada buat salah. Kamu janganlah risau, akak redho dengan apa yang berlaku. Akak harap setelah akak pergi meninggalkan kehidupan akak sebagai isteri abang Amran, kamu dapat menjaga abang Amran dengan sebaik mungkin dan terus bersama dengan dia. Okey?”
Adam menganggguk sambil menggenggam erat tangan Anis yang sedang dipegangnya. Amran hanya melihat apa yang sedang dilakukan oleh Anis dan Adam. Dalam kepala Amran, macam-macam yang ingin dikatakan tetapi lidahnya menjadi kelu secara tiba-tiba apabila melihat hati Anis yang begitu suci.
“Abang, macam yang telah kita janjikan selepas saya berjumpa dengan lelaki pilihan abang, saya nak abang lepaskan saya dengan iklas. Saya harap abang akan bahagia dengan pilihan abang. Saya maafkan abang atas segala apa yang abang lakukan. Saya juga nak mintak maaf dengan apa atas apa yang lakukan kepada abang selama ini dan halalkan segala makan dan minum yang abang berikan kepada saya.”ucap Anis lantas mencium tangan Amran buat kali terakhir sebagai isterinya.
“Abang pun nak mintak maaf lagi sekali atas dosa yang abang lakukan kepada Anis. Abang nak mintak maaf kerna tak mampu untuk menjadi suami, imam, sahabat dan juga ayang yang baik untuk keluarga kita. Abang juga berterima kasih kepada Anis kerana sabar dengan situasi abang ni.”balas Amran sambil meletakkan telapak tangan kirinya di atas rambut Anis.
Anis yang begitu sebak dengan situasi ini meninggalkan Amran dengan Adam yang masih berada di kafe itu. Setelah meninggalkan mereka, kepala Anis tidak lepas dari memikirkan cara bagaimana yang harus dilakukan untuk memberitahu tentang penceraian Anis dan Amran.
Amran dan Adam yang masih terduduk diam  setelah Anis pergi. Amran dan Adam terdiam seribu bahasa memikirkan perkara yang telah terjadi sebentar tadi dan perkara yang bakal terjadi kepada mereka kelak. Walaupun masalah mereka dengan Anis telah selesai tetapi mungkin masalah baru akan menjelma dalam hubungan mereka.
“Adam, sekarang abang sudah tak ada sesiapa dalam hidup abang. Abang Cuma ada Adam dalam hati abang. Abang telah memilih Adam untuk terus bertahta di hati abang. Sekarang pilihan Adam pula. Sekiranya Adam ingin juga meninggalkan abang, abang terima dengan pilihan Adam.”tanya Amran kepada Adam.
Amran hanya tertunduk dan tidak mampu melihat Adam dengan wajahnya yang penuh dengan bekas air mata yang bercucuran. Kini, Amran hanya menerima apa sahaja pilihan Adam sama ada terus bersama dengannya atau meninggalkannya.
Adam hanya tersenyum sinis apabila mendengar Amran berkata seperti itu. dia tidak percaya bahawa Amran boleh mengatakan kata-kata itu kepadanya. Namun, Adam tidak ambik kisah kerana mungkin masalah yang menimpa Amran membuatkan dia mengeluarka kata-kata yang sepertinya tidak mempercayai kesetiaan Adam kepadanya.
“Abang, saya nak abang tahu yang saya telah siap sedia terima apa sahaja yang bakal berlaku kepada saya sejak saya terima abang masuk ke hati saya. Saya tidak akan meninggalkan abang walau apa pun yang terjadi dan Cuma mati yang akan membuatkan saya meninggalkan abang.”ucap Adam sambil menggegam erat tangan Amran.
Mendengar kalimat yang dikeluarkan Adam membuatkan hati Amran kembali pulih dan kembali sedikit ceria berbanding sebelumnya. Amran percaya bahawa semua masalah yang bakal berlaku dapat ditempuhi dengan adanya Adam disisinya.



Comments

Popular Posts