HLOVATE

HLOVATE

Mungkin smua tak tau atau kurang mendengar nama HLOVATE disebabkan pengunaan bahasa inggeris dalam novel dia yang membuatkan sesetengah golongan tidak gemar untuk membaca hasil karyanya. Namun jalan cerita yang baik dan kajian yang mendalam dalam sesebuah watak dalam novelnya itu membuatkan sesetengah orang yang meminati karya akan trus membaca daripada novelnya yang pertama iaitu 5 TAHUN 5 BULAn hinggalah ke ATHEM. Tapi yang lebih menarik minat pembaca (terutamanya AKU), sikapnya yang LOWPROFILE membuatkan kita terasa begitu ingin mengetahui siapakah gerangan penulis ini. Namun, tempat asal beliau iaitu Perak sahaja yang menjadi satu maklumat yang dikongsikan dengan peminatnya. Cara penulisan yang mengunakan gaya bahasa pasar dan santai membuatkan aku terasa begitu mudah untuk memahami jalan cerita dan nasihat yang cuba dia sampaikan kepada peminat melalui penulisannya.

setakat ini aku baru lepas habis baca 3 buah karya hasil penulisannya iaitu: 5 TAHUN 5 BULAN, Aa+Bb, dan TUNAS.

5 TAHUN 5 BULAN
Menceritakan Ana yang dlam proses menyambung pembelajarannya telah bekerja dirumah encik LUTFY sebagai pembantu rumah sementara selama 3 minggu. namun dalam tempoh masa itu, dia telah berkenalan dengan ALONG yang mempunyai sikap yanng suka membulinya dan juga sikap suka memerintah. Namun, perkenalan mereka tidak terhenti disitu kerana masih terus berterusan sehingga Ana menyambung pembelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.


Aa+Bb
Nukilan HLOVATE ini pula menceritakan Addin yang terpaksa berkahwin dengan musuhnya sejak zaman persekolahan di KOLEJ TUNAs lagi iaitu BEnz akibat aturan abang kembangnya sendiri iaitu, KUCAI. hubungan mereka masih dalam keada TAUFAn walaupun mereka telah mendirikan rumah tangga, namun sedikit demi sekit mereka telah melalui perubahan sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.


TUNAS
novel ini pula menceritakan tujuh tahun kembali masa ketika ADDIN dan BENZ berada dizaman persekolahan di KOLEJ TUNAS. dan menceritakan bermulanya pertelingkahan mereka yang telah dibawa ke alam perkahwinan mereka di dalam novel sebelumnya (Aa+Bb). dalam pada masa yang sama menceritakan mengenai rakan2 persekolah mereka dan juga ahli kumpulan yang turut berkongsi cerita dengan Addin iaitu MAGNIFICANT SEVEN..

Comments

Popular Posts