TIGA VENUS (Clara Ng)
TAJUK: Tiga Venus
PENULIS: Clara Ng
PENERBIT: PT
Gramedia Pustaka Utama
TAHUN TERBITAN:
2007
Novel Clara Ng ini seperti biasa masih menggunakan bahasa
Indonesia yang santai yang tidak memerlukan penggunaan otak yang terlebih hanya
untuk mentafsir apa yang ingin disampaikan terutama bagi aku yang tidak fasih. Seperti
biasa juga, setiap buku Clara Ng mempunyai idea yang begitu segar yang berbeza
dalam setiap novel nukilannya. Tetapi dalam novel Tiga Venus ini mempunyai
kelainan yang agak berbeza.
Novel ini mengesahkan tiga orang wanita yang mempunyai
masalah yang berbeza, latar belakang yang berbeza, pekerjaan yang berbeza.
Namun, kejadian pada satu malam telah membuatkan mereka tersedar dan berusaha
untuk mengembali pada keadaan asal.
Lintasan tahi bintang telah membuatkan tiga wanita ini
saling bertukar badan antara satu sama lain. Juli yang merupakan seorang wanita
yang sepenuh masa mengendalikan rumah tangga yang terdiri dari Kevin, sang
suami dan dua anak kembar yang sering aktif dan hampir masuk yang ketiga
terpaksa bertukar badan dengan Lies.
Manakala Lies yang merupakan seorang wanita yang bergelar
janda terpaksa menempuhi alam status tersebut yang begitu berat dan juga
kehidupan seorang guru yang sering berusaha yang terbaik untuk anak murid
terpaksa bertukar tubuh dengan Emily.
Bagi Emily pula, seorang wanita muda yang masih tidak
bernikah yang mempunyai kerjaya yang kini berada dipuncak kejayaan dan dengan
hidup yang bebas dan tanpa masalah terpaksa bertukar tubuh dengan Juli.
Pelbagai kejadian aneh dan keadaan yang luar dugaan yang
berlaku sepanjang mereka berada dalam tubuh satu sama lain sambil terus
berusaha memnuhi kehidupan satu sama lain tanpa pengetahuan orang sekeliling
dan novel ini menekankan konsep hak asasi, persahabatan dan keluarga.
# Seperti biasa, aku masih mencuba untuk menghabiskan
kesemua buku Clara Ng yang masih ada dalam tangan aku semenjak aku pulang dari
Medan, Indonesia hari tu. Aku cuba untuk habiskan walaupun hampir sebulan aku
tidak sentuh buku-buku ni. Hahaha. Teruskan usaha Ezad Marzukiā¦
Comments