LEBIH DUKA DARI SUKA (Regina Ibrahim)



JUDUL : LEBIH DUKA DARI SUKA (Kisah Maknyah Malaysia)
PENULIS : REGINA IBRAHIM
TAHUN : 2016
TERBITAN : GERAKBUDAYA ENTERPRISE


Dalam tahun ini, buku yang dituliskan oleh penulis Regina Ibrahim sudah tidak asing bagi diri aku. Gemar menjadikan gologan maknyah sebagai latar belakang dalam penulisan beliau membuatkan nama ini menjadi salah satu kegemaran aku.

Cara penulisan yang begitu mudah untuk difahami dan mudah untuk diikuti, membuatkan aku mula menerokai satu demi satu buku yang dituliskan oleh beliau yang dimulakan dengan NOOR hinggalah yang terbaru dilancarkan iaitu BUDIMAN.

Pada para pengikut beliau pasti sudah tahu siapa dirinya, bukan dengan niat untuk mendewakan golongan ini, Regina Ibrahim telah dapat membuatkan kita sebagai masyarakat yang tidak ambil peduli  walau sedikit bagaimana golongan ini menjalani kehidupan yang hakikatnya dua kali ganda lebih sukar.

24 cerita pendek dalam antologi ini menceritakan pelbagai kisah yang mampu membuka minda orang sekeliling termasuk diri aku. Tidak perlu pembukaan minda yang luar untuk memahami dangan membaca dengan penuh teliti.

Buku yang mempunyai kisah-kisah menarik yang hanya mampu difahami oleh sang pembaca. Terbaik...

"Hatta, Maknyah di mana-mana ceruk dunia ini tidak pernah memohon HAK ISTIMEWA, mereka tentunya akan menghargai HAK SAMA RATA"

Comments

Popular Posts