LISA (BAB 3)


BAB 3
Dia ingat dia tu baik sangat ke? Dia tu alim sangat ke? Sampai nak mengajar orang? Sampai nak perli orang sesuka hati? Kalau dia tu alim sangat, kenapa tak jadi imam je kat masjid tu? Dapat pahala lebih sikit.”teriak Hamidah dengan marah.
Sejak dari atas moto lagi Hamidah tidak habis memarahi Kasim disebabkan apa yang dikatakan kepada Hamidah tadi. Hati Hamidah terasa bagaikan dibakar apabila mendengar kata-kata Kasim yang begitu panas.
Saya belu sempat nak duduk, belum sempat nak jumpa kakak saya, dia dah buat hati saya panas. Geram betul saya dengan perangai dia tu.”marah Hamidah seorang diri.
Hamid yang sedang mengelap moto lamanya itu di halaman rumah hanya mendiamkan diri kerana dia sudah malas hendak mendengar leteran Hamidah yang tidak kene tempat. Sikap Hamidah yang selalu memarahi orang tanpa usul periksa, tanpa mengira perasaan orang disekelilingnya membuatkan dia sudah merasa rimas.
Lantas membuatkan Hamid hanya mendiamkan diri kerana bagi dirinya itulah pilihan yang terbaik bagi menjaga rumah tangganya. Hamid pernah menasihatkan Hamidah atas perbuatannya itu kerana kadang-kadang dia berasa malu dengan sikap Hamidah yang sentiasa memaki hamun orang lain. Namun apabila dia bersuara, kekecohan pasti akan berlaku dalam rumahnya itu. Paling tidak pertengaran mulut pasti berlaku selain barang beterbangan. Kalau itu berlaku, banyak barang rumah yang dipecahkan oleh Hamidah seperti disampuk oleh jembalang. Hamidah juga pernah memaki hamun rakannya sehingga membuatkan rakan Hamid nyaris ingin menampar muka Hamidah sekiranya dia tiada disitu.
Sebelum ini, rakan-rakan Hamid sering bertandang ke rumahnya untuk berbual dan menghapiskan masa lapang mereka apabila mereka tidak bekerja. Kekerapan kehadiran mereka itu membuatkan Hamidah tidak suka dan tidak selesa kerana kehadiran mereka sering menganggu aktiviti hariannya iaitu tidur petang. Kehadiran mereka semua membuatkan Hamidah mengamuk tidak tentu pasal.
Korang semua ni tak ada rumah ke nak balik? Asyik datang menyemak je dekat rumah aku ni kenapa?”jerit Hamidah yang muncul didepan pintu.
Hamid dengan rakan-rakannya yang sedang duduk bersembang di atas tangga batu pintu hadapan rumah terdiam seketika apabila mendengar sergah Hamidah. Pada awalnya mereka beranggapan bahawa Hamidah sedang bergurau dengan mereka tetapi apabila mereka melihat raut wajah Hamidah yang bengis tanpa ada sebanarang senyuman yang terukir membuatkan mereka sedar bahawa Hamidah sedang serius.
Awak ni kenapa, Dah? Dah buang tebiat ke jerit-jerit ni?”balas Hamid.
Maaflah, kak. Kami ganggu akak tapi kami bukan buat apa pun Cuma bersembang dengan abang Hamid je.”terang seorang rakan Hamid untuk menenangkan Hamidah.
Ada aku tanya ke korang buat apa dekat sini? Tak adakan? Kisahnya sekarang korang semua ni menyemak je. Sakit mata aku tengak korang semua ni.”teriak Hamidah lagi.
Apa awak ni? Cakap macam tu dengan kawan-kawan abang ni? Tak malu ke?
Lantakkan. Apa saya peduli. Ni mesti mak bapak korang ni tak pernah nak ajar korang adap datang bertandang dekat rumah orangkan? Apa? Mak bapak korang ni bodoh sangat ke sampai tak reti didik anak?”maki Hamidah sambil menunding jari kearah rakan-rakan Hamid.
Agak-agak sikit akak. Mak bapak jangan nak mainlah. Mak bapak kitaorang semua dah tak ada. Jadi janganlah nak main sebut-sebut.”balas rakan Hamid yang sudah semakin hilang sabar dengan sikap Hamidah.
Bagus pun mak bapak korang dah mampus. Kalau tak, aku rasa mereka tentu malu dengan perangai dengan rupa korang semua ni.
Akak jangan melampau, saya ni masih hormatkan akak sebab akak ni isteri kawan kami tau? Kalau orang lain sentuh pasai mak bapak kami, dah lama saya tumbuk muka dia.”teriak rakan Hamid itu sambil berdiri menghadap Hamidah.
Kalau kau berani sangat, sinilah tanpar muka aku. Apa? Mak bapak kau pun tak ajar kau jadi jantan ke?”maki Hamidah lagi.
Rakan Hamid yang sudah hilang sabar dengan sikap Hamidah yang tidak pernah menghormati mereka, meluru kehadapan sambil tangannya kini sudah berada dibelakang kepalanya untuk siap sedia mendaratkan tamparan dimuka Hamidah yang sombong itu. Kini dia sudah tidak memikirkan siapa Hamidah walaupun Hamidah merupakan isteri kepada rakan baik mereka sejak kecil lahir.
Hamid yang sedang berada di antara Hamidah dengan rakannya itu, mencuba untuk menenangkan pertelingkahan yang semakin menjadi-jadi ini. Hamid yang terkejut dengan gerakan rakannya itu, memeluk tubuh rakannya dan menjauhkan dari Hamidah yang sedang berdiri dibelakangnya menyorok melindungi mukanya.
Karim, sabarlah. Tolonglah bawak bertenang. Tolong abang, Karim. Jangan buat macam ni. Malu abang dengan jiran-jiran abang.”bisik Hamid di telingga rakannya itu supaya sedikit sebanyak dapat menenangkan marah rakannya.
Kini, Hamid dapat melihat dimata rakannya itu semakin reda kemarahannya yang sebelum ini menaik tinggi dalam diri dia. Namun, Hamidah yan masih tidak puas hati masih mencuba memaki lelaki itu.
Apa? Takut nak tanpa muka aku ke? Ni ke jantan yang selalu dibanggakan? Kau ada telur ke tidak?”maki Hamidah sambil membuat riak wajah bongkak dengan tangan memeluk tubuh.
Diam! Awak diam, Dah. Jangan sampai saya pulak yang pergi sana tampar muka awak. Awak pergi masuk rumah sekarang sebelum saya buat apa yang saya cakap!”teriak Hamid sambil menunging jari kearah Hamidah yang sedang berdiri dimuka pintu.
Hamidah terus memalingkan badannya ke belakang sebelum melangkah memasuki ke dalam rumahnya. Hamid yang masih memeluk rakannya itu, mencuba memastikan marah rakannya itu sudah reda.
Karim, kamu maafkan abang ye? Abang mintak maaf bagi pihak isteri abang. Abang mintak maaf dengan apa yang dia katakan pada kamu tadi.”pinta Hamid.
Seorang lagi rakan Karim yang turut bersama dengan mereka, hanya melihat sahaja pertengkaran itu dan hanya bersiam sedia sekiranya pertengkaran itu menjadi besar. Karim yang mendengar maaf dari mulut Hamid, menjadi semakin reda dan pulih dari kemarahnya tadi.
Sudahlah abang. Benda ni bukan salah abang. Bini abang yang bersalah. Saya tak marah pada abang dan saya pun nak mintak maaf pada abang sebab saya tak dapat kawal marah saya tadi. Sepatutnya saya kena faham dengan sikap bini abang tu.”jelas Karim sambil memandang ke muka pintu rumah Hamid yang sudah tertutup rapat.
Mereka mengakhiri pergaduhan mulut itu dengan satu pelukan mesra seorang sahabat lama. Hamid bersyukur kerana apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin. Sejak pergaduhan Hamidah dengan Karim, rakan-rakan Hamid sudah tidak lagi mengunjungi rumah Kasim dan sekiranya mereka ingin berjumpa atau berbual mereka akan pergi ke kedai kopi yang terletak dihujung jalan rumah Hamid.
Pergaduhan itu turut memberi kesan kepada rumah tangga Hamid. Sehinggakan Hamid hampir untuk menjatuhkan talak kepada Hamidah kerana tidak tahan dengan sikapnya itu, Namun, memandangkan kehidupan Hamidah yang kini hanya mempunyai dirinya dan kakaknya, Kasih membuatkan Hamid melupakan niatnya itu. mereka bermasam muka sehingga seminggu dan ketika itu Hamid menjadi orang bujang.
***
“Abang! Abang dengar tak apa yang saya cakap tadi?”jerit Hamidah kepada Hamid apabila dia merasakan Hamid tidak mendengar apa yang sedang dia perkatakan tadi.
“Abang dengar. Abang tengah sibuk ni. Awak janganlah kacau abang.”jawab Hamid yang sudah tidak larat hendak mendengar Hamidah merepek. Dia lebih selesa menghabiskan masanya bersama rakan atau dengan motosikalnya itu daripda mendengar Hamidah menceritakan mengenai hal orang lain.
“Ishh. Abang ni tak pernah nak dengar apa yang saya cakap. Asyik dengan moto buruk dia tu je.”jawab Hamidah merajuk.
“Moto buruk? Moto ni yang selalu bawak awak kehulu kehilir tau? Jangan nak mengata pasal moto ni.”jawab Hamid menegaskan kata-katanya.
“Yang saya kata tu dengar pulak? Kalau cakap pasal moto dia, dari tak dengar terus dengar.”
Hamidah yang malas hendak melayan suaminya yang selalu tidak mengambil peduli apa yang dia perkatakan, mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya yang tidak berapa besar. Hatinya menjadi semakin sakit apabila melihat rumahnya yang tidak sebesar rumah milik kakaknya.
Rumah yang sedang diduki oleh Hamid dan Hamidah tu adalah merupakan rumah peninggalan ibu bapa Hamidah dan Kasih. Ibu dan ayah mereka memberikan rumah itu kepada Hamidah kerana Hamidah tidak mampu dan hanya hidup dengan apa yang mampu sahaja. Kehidupan Hamidah jauh berbeza dengan kehidupan Kasih yang dikelilingi kemewahan yang diwarisi oleh Kasim. Hal ini membuatkan Hamidah menjadi semakin cemburu dengan kehidupan Kasih hingga membuatkan perasaan iri hati mulai timbul dalam diri Hamidah hari demi hari.
“Kasih! Kau ingat kau akan hidup dalam kemewahan buat selama-lamanya? Kau ingat semua itu akan terus menjadi milik kau. Tidak, Kasih. Aku akan pastikan satu hari nanti semua harta dan kemewahan yang sedang kau rasai sekarang akan menjadi milik aku dan akan terus menjadi milik aku. Aku akan pastikan kau akan menjadi seperti aku. Hidup dalam kemiskinan. Itu janji aku.”monolog Hamidah seorang diri di dalam biliknya.
Sejak kematian ibu dan ayah mereka, Hamidah menjadi semakin cemburu dan iri hati dengan Kasih yang mempunyai segalanya yang dia inginkan. Namun, cemburunya semakin menjadi apabila Kasih sudah mendapat cahaya mata sedangkan dia yang sudah berkahwin dengan Hamid selama dua tahun masih tidak mendapat seorang pun cahaya mata yang mereka inginkan. Perasaan itu membuatkan Hamidah berusaha untuk mendapatkan segala harta yang dimiliki oleh Kasih dan Kasim. Itu janjinya.
***
Sesekali kepala Hamid dipanjangkan sambil melihat sekeliling kawasan rumahnya yang tidak begitu besar seperti rumah Kasim. Matanya tidak lepas daripada melihat setiap ruang rumahnya untuk mencari susuk tubuh isterinya itu. Hamid yang sebelum ini berpura-pura tidak mendengar marah Hamidah, baru perasan akan ketiadaan isterinya itu. Aktivitinya itu membuatkan dia tidak perasaan bahawa isterinya sudah tenang dari kemarahan dan kembali masuk ke dalam rumah.
Hamid yang sudah pasti isterinya sudah tiada di ruang tamu, mula menghidupkan kembali enjin motosikal buruknya itu. Pemulas minyak dipulas beberapa kali sambil kedengaran bunyi ekzos yang sudah semput itu. Kelihatan pada ekzos motosikalnya keluar sekepul asap yang menandakan motosikal itu sudah dimamah usia.
Hamid tidak pernah terlepas aktiviti hariannya setiap petang untuk datang ke kedai kopi dihujung simpang rumahnya itu untuk duduk bersembang dengan rakan-rakannya. Kedai kopi itu menjadi tempat Hamid bersama rakan-rakannya berjumpa dan bertanya khabar mengenai hari mereka pada hari itu.
Sejak kejadian yang berlaku antara Hamidah dengan rakannya, Hamid tidak lagi menjemput rakan-rakan kampungnya itu untuk datang kerumahnya kerana dia khuatir sekiranya mereka datang kerumah pada ketika Hamidah masih ada dirumah akan menyebabkan pergaduhan kali ke dua dihalaman rumahnya itu. Hamid sudah tidak sangguh untuk menanggung malu yang disebabkan oleh Hamidah. Baginya cukuplah malu yang dia terima akibat mulut isterinya itu dan setakat ini dia masih mampu bersabar dengan sikap Hamidah itu.
Karim yang sudah siap berada di kedai kopi itu bersama seorang lagi rakannya, Abu melihat dari jauh motosikal berwarna hijau tua milik Hamid dari jauh lagi. Karim sudah hafal bunyi ekzos motosikal Hamid itu kerana motosikal itulah yang digunakan oleh sahabatnya itu sejak zaman remaja lagi. Sudah berkali-kali Karim menasihatkan Hamid untuk membeli motosikal yang lebih elok untuk kegunaannya pada hari akan datang kerana keadaan motosikal yang sudah uzur itu mungkin akan membahayakan diri Hamid sekiranya terus dipakai. Namun Hamid dengan selamba menjawab bahawa dia sayang akan motosikalnya itu dan susah untuk dilepaskan. Rakan-rakannya yang mendengar jawapannya itu gelak terbahak-bahak.
Ketika Karim begitu leka teringat akan soalan yang diajunya dahulu kepada Hamid, tidak menyedari bahawa kini Hamid sudah duduk dihadapannya sambil mengetuk meja makan yang diperbuat daripada buluh itu untuk menghentikan lamunan rakannya itu.
Woi! Berangan ke apa? Ingat buah hati ke? Sampai aku duduk kat depan kau ni pun tak sedar?”jerekah Hamid.
Ish! Tak adalah. Mana nak ingatkan buah hati pulak? Yang dekat rumah tu aku nak campak dengan mana? Kalau dia mengamuk mahu riuh kampung ni dibuatnya. Silap-silap boleh jadi perang.”jawab Karim dengan wajah yang malu.
Kalau jadi peperangan dekat kampung ni, kau hantar je bini kau tu dekat rumah aku, biar aku yang jagakan?”gurau Abu dengan Karim sambil disambung dengan gelak ketawa antara mereka. Karim sudah biasa dengan gurau Abu yang kadang-kadang kedengaran begitu sensitif. Namun persahabatan yang terjalin antara mereka bertiga itu membuatkan mereka memahami antara satu sama lain.
Kau jangan marah aku pulak, Karim? Aku hanya bergurau je.”terang Abu yang sadaya upaya menjaga hati rakannya itu kerana sedar akan kesilapan mulutnya itu.
Aku dengan kau tak boleh nak marah. Aku dah faham  benar dengan sikap kau tu yang mulut tak reti nak selidung sedikit pun.”jawab Karim dengan ketawa yang besar bersama Hamid. Abu yang mendengar hanya tertunduk berpura-pura merajuk dengan mereka.
Dengan aku pun kau nak merajuk ke? Bukan selalu aku dengan Hamid ni dapat bergurau dengan kau?
Tak adalah. Aku tahu. Aku pun hanya bergurau.”balas Abu.
Kau macam mana pulak hari ni, Hamid?”tanya Karim kepada Hamid.
Aku? Aku biasa-biasa je. Macamlah korang berdua tak tahu. Aku kalau duduk dekat rumah tu, mahu keluar darah telinga aku ni.”jawab Hamid dengan selamba sambil tersenyum.
Kenapa pulak ni? Apa masalah dengan bini kau pulak kali ni?? Kau gaduh dengan dia ke?”celah Abu yang turut ingin mengetahui apa yang terjadi.
Tak adalah sampai kami gaduh, Cuma dia dekat rumah tu asyik bising-bising je. Mulut dia tak habis-habis marahkan abang ipar aku tu.
Abang ipar kau? Kasim tu? Apa pulak dia buat dengan bini kau? Setahu aku Kasim tu baik orangnya. Tak pernah pulak nak sakitkan hati orang. Orang kampung semua suka dan selesa dengan dia?”tanya Kasim bertubi-tubi.
Tadi kami pergi rumah Kasim tu. Ingat nak tengoklah Kasih yang baru je bersalin. Ingat nak melawatlah anak buah aku tu. Tapi bila kami sampai je depan pintu rumah, Kasim perli Hamidah. Dia tanya yang Hamidah dah solat ke belum? Tu yang buat Hamidah panas hati tu. Terus Hamidah ajak aku balik rumah. Jadi dari keluar je rumah Kasim sampailah ke rumah, mulut dia tak berhenti-henti marahkan Kasim tu.”jelas Hamid.
Habis? Kau tak ada cakap apa-apa ke kat Kasim masa dia cakap dekat bini kau tu?
Aku nak cakap apa? Apa yang Kasim tanya tu memang betul. Bukan dia saja nak sakitkan hati Hamidah tu. Dah kami datang rumah dia masa Zohor. Siapa pun kalau kita datang rumah orang masa owang tengak solat, mesti tanya benda yang sama. Jadi tak ada punca untuk akau marahkan si Kasim tu?
Betul jugak cakap kau tu. Tapi biarlah. Mana tahu dengan apa yang Kasim cakap dengan bini kau boleh buat bini kau tu berubah. Tak banyak, sikit pun jadilah.”tambah Karim lagi bagi menenangkan hati Hamid.
Insyallah. Manalah tahu bukan?
Betul-betul.”jawab Abu dan Karim dengan serentak.
Selang beberapa minit, kedengaran laungan azan Mahgrib dari surau di kampung itu. Kedudukan surau yang berada dihadapan kedai kopi itu membuatkan laungan azan itu kedengaran jelas di telinga mereka yang ada di kedai kopi itu. Penduduk kampung yang sebelum ini sedang duduk berhampiran dengan Hamid dan rakan-rakannya dikedai kopi itu mulai bangun sambil meletakkan duit bayaran makanan dan minuman yang mereka pesan tadi di atas meja sebelum menuju ke surau yang berada dihadapan mereka itu.
Pak Kamal yang merupakan tuan kedai kopi itu bersiap sedia untuk tutup kedai kopinya sebentar untuk menunaikan solat Mahgrib yang menjadi kebiasaannya. Pelanggan tetap yang sering datang ke kedainya sudah tahu akan aktivitinya itu. Lantas membuatkan mereka memahami sekiranya laungan azan Mahgrib dilaungkan, mereka akan segera meninggalkan kedai kopi itu untuk menunaikan solat disurau atau pulang sahaja ke rumah. Namun, kedai kopi Pak Kamal kembali dipenuhi dengan penduduk kampung selepas solat Isyak kerana Pak Kamal akan kembali membuka kedai kopinya itu untuk penduduk kampun berlepak dan berbual kosong sehingga tengah malam.

Hamid! Karim! Abu! Kamu semua tak pergi solat ke?”tanya Pak Kamal.
Pergi. Ni kami tengah tungguk Pak Kamal la ni. Nak pergi sekali.”jawab Hamid yang kini sudah berdiri di samping Pak Kamal.
Kalau macam tu, jomlah kita. Karang takut terlepas pulak solat berjemaah.

Pak Kamal bersama Hamid dan rakan-rakannya berjalan seiring menuju ke tempat mengambil wuduk yang terletak di sebelah kanan surau. Kelihatan ramai penduduk kampung yang berusaha untuk memenuhi rumah Allah S.W.T itu.

Comments

Popular Posts