LISA (BAB 4)

BAB 4
Abang! Abang gembira kita dapat zuriat ni?”tanya Kasih kepada Kasim yang sedang cuba melelapkan mata di sebelahnya.
Kenapa awak cakap macam tu?”tanya Kasim hairan dengan nada suara yang tinggi.
Setelah mendengar soalan Kasih itu, Kasim cuba membetulkan kedudukannya yang kini bersandar di kepala katil sambil memerhatikan raut wajah Kasih yang menjadi sedih setelah mengajukan soalan itu. Kasim berasa khuatir sekiranya nada suaranya tadi membuatkan Kasih terasa hati.
Kenapa awak tiba-tiba sedih ni? Awak terasa hati dengan abang ke? Abang mintak maaf kalau cara abang cakap tadi buat awak terasa hati.”ucap Kasim sambil cuba memujuk Kasih.
Tak abang. Abang tak salah. Sebenarnya saya yang salah. Saya yang patut mintak maaf pada abang.”titisan air mata Kasih mulai menitis.
Mintak maaf? Kenapa? Apa yang awak buat samai awak nak mintak maaf bagai ni?”tanya Kasim dengan wajah kerisauan. Hatinya mulai berdegup kencang kerana khuatir sekiranya Kasih membuat sesuatu perkara yang tidak sepatutnya di belakang dia. Namun, dia tidak mahu melatah terlalu awak kerana berkemungkinan apa yang difikir olehnya tidak benar.
Saya nak mintak maaf pada abang sebab saya tak mampu untuk melahirkan zuriat yang ramai untuk abang seperti yang abang hajatkan dulu semasa kita mula-mula berkahwin dahulu. Saya tahu yang semua ini memang salah saya.”jelas Kasih.
Dengup jantung Kasim yang sebelum ini berdegup laju mulai berdegup perlahan setelah mendengar penjelasan Kasih. Hendak runtuh hatinya apabila Kasih berasa sedih dengan perkara yang bukan salah dirinya. Kasim hanya mampu mendiamkan diri sebentar untuk mengatur kata-kata supaya Kasih tidak bertambah sedih sekiranya dia terlasak kata.
Kasih! Benda ni semua sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak awal lagi. Kita didunia yang sementara ini tidak mampu untuk mengubah apa yang telah ditetapkan. Kita ni hanya manusia biasa. Kita sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka apa yang telah diberikan oleh-Nya kepada kita. Mungkin dengan seorang anak ini lebih bermakna dan lebih mendoakan kita di akhirat kelak berbanding kita mempunyai anak yang ramai. Ada hikmahnya dengan apa yang terjadi ni.”kata Kasim yang cuba untuk menenangkan Kasih.
Memang betul yang semua ini merupakan ketentuan Allah S.W.T, tapi Kasih masih berasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan apa yang abang hajati. Kasih tetap rasa bersalah abang. Maafkan Kasih, abang.”ujar Kasih dengan linangan air mata yang makin deras keluar dari kelopak matanya.
Kasim tidak mampu untuk berkata-kata lagi kerana didalam hatinya masih rasa terkilan dengan apa yang terjadi kepada keluarganya. Memang benar yang pada permulaan perkahwinan mereka, Kasim pernah menyatakan yang dia menginginkan sepasang anak iaitu seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Namun, dia harus menyangkal segala yang dia inginkan dahulu kerana dia tidak mampu untuk mengubah apa yang telah ditentukan oleh-Nya sejak awal lagi. Sebagai hamba yang soleh, dia seharusnya bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada keluarga mereka.
Sudahlah, Kasih. Apa yang telah berlaku, biarkan dia berlalu. Usahlah kita ingatkan lagi. Sekang kita sepatutnya kene bersiap sedia untuk menjadi ibu bapa yang sebaik atau yang terbaik untuk Lisa. Kita perlu utamakan dia mulai sekarang. Tak perlulah kita kesali dengan benda yang tak sepatutnya dan awak tak perlulah minta maaf kepada saya kerana awak tak pernah buat salah dekat saya. Selama awak bergelar isteri saya, awak dah menjadi wanita istimewa untuk saya dan dah buat macam-macam untuk saya. Jadi tak perlulah awak mintak maaf pada saya.
Kata-kata Kasim membuatkan tangisan Kasih mulai reda. Hatinya yang penuh dengan peraaan bersalah sebelum ini mulai berkurangan setelah mendengar isi hati Kasim. Bukan Kasim sahaja yang berasa seperti itu kerana Kasih juga turut berasa bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang begitu memahami dirinya yang kekurangan itu. Rasa bersyukurnya tidak terhingga.
Weeekkk!!! Uweeekkkk!!!
Tangisan Lisa yang begitu kuat membuatkan perbualan Kasim dengan Kasih terhenti. Sebuah katil kecil dengan palang yang dibina di setiap bahagian sisinya menjadi tempat baharu untuk Lisa beradu. Katil bayi itu dibina sendiri oleh Kasim sebelum Kasih melahirkan Lisa lagi sebagai persiapan untuk menyambut anak sulungnya itu.
Kasim yang mendengar tangisan Lisa, lantas bangun daripada katil yang menjadi tempat dia melepaskan penat menuju ke katil kecil Lisa untuk melihat keadaan anaknya itu.
Awak rehatlah. Hari ni biar saya yang tengokkan Lisa. Awak tidurlah. Awak jangan risau ye?”pinta Kasim kepada Kasih.
Awak boleh ke tu? Awak penat tu. Biar saya saja yang tengokkan Lisa. Awak tidurlah. Besok nak pergi ke ladang lagi.”balas Kasih.
Tak apa. Hari ni saya nk luangkan masa dengan Lisa. Awak tidurlah dulu. Saya tak mengantuk lagi. Kalau saya dah penat nanti, saya geraklah awak kalau ada apa-apa.”kata Kasim yang kini sedang mendukung Lisa yang sudang kembali senyap.
Kasih hanya mengikut sahaja apa kemahuan suaminya itu kerana sikap Kasim yang sukar untuk sukar untuk dibantah membuatkan Kasih selalu mengikuti apa sahaja kemahuan Kasim. Namun, sikapnya itu hanya ditunjukkan kepada Kasih. Lantas membuatkan orang disekeliling mereka berasa selesa dengan pasangan suami isteri itu kerana sikap mereka yang mudah dibawa berbincang dan tidak berdarah panas membuatkan masalah yang perlu dibincang selesai dengan begitu cepat tanpa ada perbalahan.
Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu. Tepuk biar pandai, nanti mak upah susu…”nyanyian Kasim begitu perlahan membuai di telingga Lisa. Sesekali hati Kasim bagaikan disentuh dengan raut wajah Lisa yang begitu comel dan menenangkan jiwanya. Jiwa Kasim tidak pernah berasa setenang itu sebelum ini selain ketika dia menghadap Maha Pencipta. Kasim tidak menyangka bahawa wajah seorang bayi mampu membuat jiwa dan hatinya berasa tenang.
***
 “Kau apa khabar, kak? Kau sihat ke? Dah lama aku tak dengar cerita kau sejak kau beranak ni?”tanya Hamidah dengan nada perli kepada kakaknya itu.
Biasalah, Dah. Kamu bukannya tak tahu yang sekarang ni akak bukan macam dulu. Boleh duduk-duduk, sembang-sembang dengan kamu macam dulu. Sekarang ni akak dah ada Lisa. Akak kenelah jaga dia. Lagipun dia masih kecik lagi.”Kasih menjawab pertanyaan Hamidah itu dengan tidak begitu mengendahkan kehadirannya. Dia sudah tahu sejak awal kehadiran Hamidah ke rumahnya adalah untuk menceritakan mengenai hal orang lain yang sentiasa tidak dia sukai. Kasih sudah begitu memahami perangai adiknya itu yang sentiasa membawa mulut mengani hal orang lain. Sikapnya itu membuatkan Hamidah tidak mempunyai begitu ramai rakan di kampung itu kerana semua orang sudah tahu sikapnya itu. Namun, Kasih tidak boleh membuat apa-apa kerana buruk baik Hamidah masih adik kandungnya dan dia harus menerimanya.
Kalau kau ada anak pun, tak akan tak ada masa untuk sembang dengan aku? Aku bukan kacau kau jaga anak kau tu?”nada merajuk mulai kedengar dalam kata-kata Hamidah itu.
Kasih yang ketika itu sedang menyusukan Lisa dengan susu badannya, hanya mampu tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata Hamidah. Terdetik di hati Kasih bahawa dia bukannya tidak mahu melayan adiknya itu, tetapi kerana dia harus mengikuti kata-kata suaminya. Sejak kehadiran Lisa dalam keluarga mereka, Kasim sering menasihati Kasih supaya tidak terlalu melayan adiknya itu kerana dia tidak mahu Ksih terlalu asyik dengan adiknya sehingga melupakan tanggungjawab Kasih sebagai ibu Lisa. Dia tidak mahu apa yang terjadi kepada dirinya sebelum ini terjadi kepada Lisa kelak. Walaupun Kasim tidak membenarkan Kasih mengikut kemahuan Hamidah yang sering menceritakan keburukan orang lain itu, namun dia tidak mahu hal itu membuatkan hubungan adik beradik antara Kasih dan Hamidah terputus. Lantas Kasim masih membenarkan Hamidah datang kerumah mereka sekiranya ada apa-apa masalah.
Bukan akak tak mahu melayan kamu bersembang, tapi nak jaga anak ni bukan senang, Dah. Kadang-kadang kita tengah masak pun, bila dia menangis kita kena berhenti semua kerja kita kat dapur tu tuk tengakkan dia. Jadi kamu faham-faham je la. Bila jaga budak kecik ni kene jaga betul-betul. Kene beri sepenuh perhatian.”jelas Kasih dengan harapan Hamidah memahami apa yang sedang dia katakan.
Kau cakap je la terus terang dengan aku, aku tahu yang abang Kasim tu tak suka aku datang rumah dia ni? Aku tahu yang dia tak sukakan aku?”tanya Hamidah dengan marah sambil memberikan jelingan yang tajam kepada Kasih.
Apa yang kamu cakap ni, Dah? Tak akanlah abang Kasim tak suka kamu datang? Walaupun kamu tu adik akak, kamu tu masih tetamu kami dan kami mesti terima kehadiran kamu dengan tangan yang terbuka dan bukannya dengan perasaan yang tidak suka. Kamu kene faham benda tu?”jelas Kasih sambil mengusap peha Hamidah yang sedang duduk disampingnya dikatil besar itu.
Ye la tu. Kau ingat aku tak tahu yang dia selama ni tak suka aku datang bersembang dengan kau? Aku masih ingatlah masa dia marah kau hari tu.
Kamu tolonglah jangan fikir yang bukan-bukan. Masa tu dia tengah ada masalah dengan ladang. Mungkin dia terbawak balik masalah tu dekat rumah. Tu yang smua benda dia tak puas hati?”kasih masih mencuba untuk menghilangkan sangkaan Hamidah itu. Kasih tidak mahu Hamidah turut bermasam muka dengan suaminya akibat perkara yang kecil sahaja.
Kau cakaplah apapun, aku tak akan percaya sebab aku dah lama kenal suami kau tu. Jadi kau tak payahlah nak sedapkan hati aku. Yang aku pelik, macam manalah kau boleh hidup dengan laki yang suka sangan kongkong hidup kau tu?
Untuk pengetahuan kamu, abang Kasim tak pernah kongkong hidup akak. Dia sentiasa bagi akak kebebasan yang secukupnya sebab dia percaya dekat akak yang akak akan memastikan akak tidak akan melebihi had yang telah ditetapkan.”Kasih mencuba menyangkal fikiran Hamidah yang menuduh suaminya itu. hatinya berasa sungguh sedih dan marah kerana Hamidah sanggup berkata begitu kepada suaminya dan semuanya itu tidak benar sama sekali.
Apa-apa je la, akak. Itu hidup kau dan bukannya hidup aku. Asalkan kau bahagia. Aku malas nak masuk campur hal keluarga kau. Aku balik dululah. Karang abang Kasim nampak aku lama dekat sini, kau pulak yang kene marah nanti.”Hamidah berdiri lantas meninggalkan Kasih yang masih duduk diatas kati sambil Lisa sedang tidur disampingnya.
Kalau kamu nak duduk lama dekat sini pun, abang Kasim kamu tak akan marah. Baiklah. Hati-hati jalan tu.”jawab Kasih sambil mengiring Hamidah ke pintu hadapan rumah.
Setelah Hamidah menuruni tangga rumah Kasih, payung kertas dibuka bagi melindungi dirinya daripada panas matahari tengah hari. Ketika Hamidah melangkah pergi meninggalkan rumah Kasih, Kasim yang sedang menaiki kereta Datsun menyusuri halaman rumahnya. Kasim menegur Hamidah yang berlegang keluar daripada halaman rumahnya.
Dah! Bila kamu datang? Dah nak balik dah ke? Nak abang hantarkan ke?”pelawa Kasim.
Tak apalah abang. Rumah Dah bukan jauh sangat pun. Dekat je. Dah boleh balik jalan kaki. Lagi pun kalau duk lama dekat sini takut orang tu tak suka pulak tengok muka kita ni. Dah, balik dulu. Assalamualaiku.”perli Hamidah dengan nada yang sungguh sombong. Hamidah harap kata-katanya itu akan membuat Kasim terasa.
Walaikumsalam!”jawan Kasim dengan senyuman sinis kerana dia begitu kenal dengan sikap adik iparnya itu yang sering bercakap lepas dan dia tidak pernah ambil hati akan kata-kata Hamidah.
Kereta hijau tua itu terus dipandu oleh Kasih dan diletakkan dibawak bangsal beratapkan zink yang dibina khas untuk meletakkan kereta miliknya itu. Setelah kereta itu diletakkan dengan betul, Kasim keluar daripada kereta dan tangan Kasim disambut oleh Kasih. Tangan Kasim terasa begitu kasar apabila Kasih menciumnya. Kasih dapat merasakan kepayahan yang dialami oleh Kasim untuk menyara kehidupan mereka.
Lama dah ke Hamidah ada dekat sini?”tanya Kasim setelah Kasih menyalam tangannya.
Tak adalah lama sangat. Kita orang sembang-sembang kejap, leps tu dia terus balik. Abang marah ke?”tanya Kasih kepada Kasim kerana khuatir suaminya itu marah akan kehadiran Hamidah dirumah mereka.
Marah? Buat apa abang nak marah. Dia datang nak tengok awak. Jadi tak ada sebab abang nak marah.”jawap Kasim.
Kasih yang mendengar kata-kata Kasim itu berasa lega apabila mengetahui suaminya tidak memarahi dirinya. Lantas Kasih menarik lembut tangan kasih masuk ke dalam rumah.
Jom abang. Kita masuk dalam? Kita makan tengah hari? Hari ni Kasih masak lauk kesukaan abang. Gulai tempoyak ikan patin?
Wah! Sedap tu. Jomlah masuk. Abang pun dah lapar sangat ni.”Kasim meluru masuk ke dalam rumah apabila mendengar Kasih memasak lauk kegemarannya sejak kecil lagi. Kasih yang melihat raut wajah Kasim yang gembira, turut berasa gembira.



Comments

Popular Posts