Men 2 Love (Andrei Aksana)

M2L (MEN 2 LOVE)
Karya: ANDREI AKSANA
Tahun: 2008
Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama
Ini merupakan karya pertama yang ditulis oleh Andrei yang aku baca. Jadi ini satu pndangan seorang amatur mengenai novel dia. So, sgala komentar yang aku cakap bkanlah srius.

Pertama sekali, aku nk cakap dr segi bahasa dan cara penulisan dia. Bagi aku cara penulisan dia sangat ringan dan mudah untuk orang seperti aku (yang bukan seratur peratus bleh paham atau bertutur dalam bahasa Indonesia). Sebab dia hanya guna bahasa santai bahasa Indonesia yang selalu kita dengar dalam lagu dan juga dalam sinetron yang kita tngk dekat tv. Walaupun, da satu atau dua perkataan yang aku tak paham but still can go on…

Kedua, jalan cerita dia yang menarik. Jalan cerita dia yang menceritakan mengenai seorang perempuan yang bernama Abel yang merupakan seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai pagkat yang tinggi, dan dia mempunyai satu sikap yang percaya bahawa dia mampu untuk berdiri tanpa seorang lelaki yang bergelar teman lelaki disampingnya. Namun dalam masa yang sama dia masih takut dengan persepsi masyarakat disekeliling yang memandang dia sebagai seorang wanita yang kesepian tanpa teman. Lantas Hellen menjodohkan dirinya bersama Recko. Adel yang pertama kali memandang jelek pada Recko akibat fizikalnya yang gendut, berubah hati dengan mencintainya. Namun, satu kekurangannya Recko tidak mampu keluarga bersamanya pada hari Jumaat yang merupakan hari yang penting buat pasanagn bercinta. Lantas dia berjumpa dengan Billian yang hanya mampu keluar dengan Adel pada hari Jumaat…

Ketiga, pengunaan emosi yang digunakan dalam novel ini sangat menarik sebab dia gabungkan emosi sedih, gembira dan terseksa.

Jadi setakat itu je pandangan aku pasal novel M2L ni. Jadi kalau korang nk baca, kene cari sendiri lah. Hehehe.. sinopsis dia cuba bleh bagi sikit je…

Comments

Popular Posts