PERAHU KERTAS (DEE)

PERAHU KERTAS
Nukilan: DEE
Penerbit:
1.      BENTANG PUSTAKA, 2009 (Edisi bahasa Indonesia).
2.      PTS LITERA UTAMA, 2011 (Edisi bahasa Melayu)
Novel yang dihasilkan oleh seorang penulis Indonesia yang bernama Dee ini sungguh menarik untuk dibaca. (Ini bagi pendapat aku yang tidak suka dengan jalan cerita yang terlalu tangkap leleh).

Novel ini menceritakan mengenai seorang gadis yang bernama Kugy dan seorang lelaki yang bernama Keenan. Mereka mempunyai banyak perbezaan kerana Kugy merupakan seorang gadis yang mempunyai satu cita-cita yang amat tinggi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menjadi seorang penulis cerita kanak-kanak atau cerita dongeng. Manakala Keenan pula merupakan seorang lelaki yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang lukisan. Keenan ingin menjadikan kerjaya sebagai seorang pelukis tercapai.

Namun yang sama antara mereka adalah, dalam mencapai keinginan mereka itu mempunyai pelbagai rintangan sama ada dari kenyataan dunia mahupun keluarga, pertemuan antara mereka berdua telah menyebabkan cita-cita mereka itu kembali bersemarak. Sehingga mereka mulai merasai sesuatu mengenai satu sama lain yang turut mempunyai halangan.

Namun, persoalan mulai muncul sama ada mampukah kisah donggeng dalam jiwa Kugy bersatu dengan lukisan Magis Keenan?


(bagi aku cerita ni sanggat menarik sbb cerita ni mengisahkan remaja yang berusaha untuk mencapai cita-citanya sehingga sanggup berusaha menempuhi segala halangan. Dan novel ini banyak memberikan semangat kepada siapa yang membaca. Tp ini hanya pendapat seorang yang baru mula minat membaca.. dan bukanlah satu pandangan yang bagus atau setanding dngn pndapat orang lain. Hahaha..)

Comments

Unknown said…
awok sya nak baca jugok. hahahaha

Popular Posts