5CM (Donny Dhirganto)

(KIRI : OLD COVER, KANAN : NEW COVER)

5 CM
PENULIS : DONNY DHIRGANTO
PENERBIT : PENERBIT GRAMEDIA WIDIASARANA INDONESIA
TAHUN TERBITAN : 2005 (CETAKAN PERTAMA, 2011 (CETAKAN KE-18)


“…yang kita perlu sekarang Cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak dari biasanya, mata yang akan menatap lebih lama dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas, lapisan tekad yang seribu kali lebih keras dari baja.”
“Dan hati yang akan bekerja lebih keras dari biasanya,”
“Serta mulut yang akan selalu berdoa,”

(5Cm, m/s 216)

SINOPSIS:
Perjalan dalam menuju ke puncah Mahameru yang merupakan puncak yang paling tertinggi di tanah Indonesia telah dinyatakan dalam novel ini. Kisah perjalan lima orang sahabat iaitu Genta, Zafran, Ian, Arial dan Riani dalam menuju kepuncak menjadi begitu mencabar dan mengasyikan.

Awalan yang bermula di Secret Garden telah membawakan kepada satu cadangan yang memerlukan mereka berpisah dari pertemuan harian mereka selama tiga bulan sebelum mereka kembali bertemu pada tanggal 14 Agustus. Pelbagai yang terjadi antara menunggu tarikh itu yang membuatkan hidup mereka berubah menjadi kepada yang lebih baik.

Namun, pejalanan menuju ke puncak, mereka masih dikejutkan dengan pelbagai kisah dan perkara yang kembali membukakan mata mereka. Kisah yang dikongsikan oleh seorang manusia kepada manusia lain, kisah yang mampu merubahkan manusia lain menjadi kepada manusia yang lain. Kisah yang kembali membukakan pandangan mereka. Sehingga tanggal 17 Agustus menjadi tanggal yang bersejarah untuk mereka.

Tanggal 17 Agustus, di puncak tertinggi Jawa, 5 sahabat, 2 cinta, sebuah mimpi mengubah segalanya…

“…antara sekumpulan makhluk Tuhan bernama manusia dan banyak juga yang sudah mereka lepaskan. Manusia mendapatkan sesuatu dari manusia lain. Manusia melapaskan sesuatu dari manusia yang lain. Manusia menjadi manusia kerana manusia lain, atau mungkin ada juga manusia yang menjadi manusia kembali kerana menusia lain.”

(5CM, m/s 205)



PENDAPAT AKU:
Bagi pendapat aku pula yang merupakan seorang pembaca, buku ni memang banyak sangat memberikan motivasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Aku nak komen lebih2 pun aku sendiri pun tak tahu (tengok saja sinopsis kat atas, nak pecah kepala aku nak tulis semua tu). tapi jujur aku cakap yang penulis buku ni berjaya sampaikan mesej dia. Penuh dengan isi2 yang membakar semangat pembaca dan turut memberi motivasi.

Motivasi supaya tidak menjadi seorang yang mudah putus asa, menetapkan keinginan jika ingin berjaya, menjadi diri sendiri tanpa perlu meniru orang lain, dan banyak lagi motivasi yang cuba disampaikan. Jadi aku senang untuk baca buku yang macam ni. Bahasa yang mudah faham dan dalam masa yang sama, banyak fakta yang berguna. Itu pendapat aku.

Comments

Popular Posts