5CM (Movie)

Akhirnya!!!

Akhirnya aku dapat juga tengok cerita 5CM yang aq cari dalam masa dua minggu ni. cari punya cari, akhirnya aq dapat juga jumpa blog yang muat naik cerita ni. nak cari dekat youtube, tak ada pulak. nak bli, memang jauh sekali la sebab ssah nak cari cerita Indonesia yang macam ni.

Tapi memang tak sia-sia aku cuba cari cerita ni. jalan cerita yang menarik sambil lakonan yang boleh dikatakan mampu membawa watak-watak dengan persis sekali seperti dalam novel, membuatkan aku tak berasa bosan melihat cerita ini.


Walaupun aku sudah tahu jalan ceritanya yang aq baca melalui novel, tetapi aku masih tak terasa bosan dengan jalan cerita di dalam movie dia. aku rasa, aku boleh bagi pujian yang amat tinggi pada pengarah cerita ini (Rizal Mantovani) kerana telah membuatkan cerita ini terasa begitu menarik.

Jalan cerita yang hampir sama, watak yang sama dan dialog yang sama membuatkan nilai-nilai yang cuba disampaikan oleh penulis (Donny Dhirgantoro) sampai kepada penonton.


Tetapi jujur aku katakan, terdapat sebahagian babak yang aku nantikan dalam movie ini tidak dikeluarkan. babak yang bagi aku merupakan tungak utama dalam novel 5cm tidak dimainkan, itu sedikit mengecewakan aku sebab bagi aku babak itu amat mengharukan.

Tapi ini cuma komentar dari seorang penonton yang baru berjinak dengan dunia novel dan pernulisan. dan ini semua hanya pandangan dari seorang AMATUR.


(TRAILER 5CM)

Comments

Popular Posts