NOOR (Regina Ibrahim)

Judul : NOOR Memoir Seorang Transwomen
Penulis : Regina Ibrahim
Terbitan : TEBOOK Press (Mei 2017]

Aku hanya nak katakan ini salah satu buku yang mampu membuka minda pembaca dengan penuh santai dan mudah untuk difahami.

Jujur aku kata, aku bukan jenis manusia yang gemar membaca buku2 yang mempunyai unsur ilmiah yang terlalu banyak (korang boleh tngok dan boleh nilai sendiri dari review buku yang telah aky baca di blog ini), tapi buku ini satu buku yang terlelu ringan dan masih boleh di kategorikan sebagai mudah untuk dihadam oleh golengan kurang ilmiah macam aku ni. Haha..

Transwomen, satu golongan yang dulu pasti akan ada gambaran yang negatif yang muncul apabila terdengar nama mereka. Bak kata sang penulis, nama gelaran yang sering orang pakai dan di masukkam dalam DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, adalah PONDAN.

Yer, buku ini menceritakan mengenai seorang yang bernama NOOR (boleh tahu dari judul buku) yang hidup sebagai pondan, tapi pondan yang macam mna korang kene cari dan baca sendiri buku ini. Mna tahu, lepas korang baca dan fahami sendiri apa yang penulis ini cuba sampaikan korang akan buka fikiran skit seperti mana aku. Mungkn korang akan tahu apa itu SRS dan SOGIE.

Siapa kita untuk menilai manusia lain, kita cuma perlu menerima dengan aman dan damai.

TERBAIK KARYA MAMA...

"...aku percaya bahawa penerimaan berbentuk peribadi, cukuplah kalau dalam hidup kita saling mampu bertoleransi."

Comments

Popular Posts