RAHSIA (BAB 11)

BAB 11 : PERUBAHAN
Hari ini genaplah tiga hari percutian Anis ke Terengganu. Hati Anis terasa begitu berat untuk pulang ke rumah yang sering memberikan penderitaan dalam diam kepadanya. Anis sudah tidak sanggup untuk berjumpa dengan Amran. Sejak akhir-akhir ini Amran dan Anis sering bertegang urat apabila bertemu.
Anis dapat merasakan perbezaan yang terjadi kepada Amran. Memang sebelum ini mereka sering juga bertegang urat tetapi tidak akan memakan masa yang lama seperti apa yang terjadi sekarang. Lantas membuatkan Anis berasa jemu dan tidak selesa untuk kembali ke rumahnya itu. Namun, perasaan rindu kepada Khairi dan Sarah membuatkan Anis tetap pulang untuk berjumpa dengan anak kesayangannya itu.
Anis yang termenung tidak perasan akan kereta yang menjemputnya di lapangan terbang kini telah memasuki kawasan rumahnya yang begitu besar. Pintu pagar yang tertera dua huruf ‘A’ di setiap satu bahagian yang melambangkan nama Amran dan Anis dibuka oleh pembantu rumah.
Anis yang tidak sabar untuk berjumpa dengan anaknya menuruni kereta sambil dengan pantas menuju ke ruang tamu rumah itu. terlihat dari jauh, Khairi dan Sarah yang sedang sibuk menikmati rancangan televisyen kegemaran mereka sambil duduk di atas kerusi. Anis yang datang dari belakang mengejutkan mereka yang begitu asyik.
“Khairi! Sarah! Ibu dah pulang.”teriak Anis sambik ketawa.
Khairi dan Sarah yang terkejut besar apabila mendengar suara ibunya itu terus bangun meninggalkan rancangan kegemaran mereka itu untuk menyambut kepulangan ibu kesayangan mereka itu. Anis yang memeluk erat kedua-dua anaknya itu terasa begitu bahagian dan masalah yang difikirkan oleh Anis ketika berada di dalam kereta lenyap seketika. Setelah Khairi dan Sarah melepaskan rindu mereka menarik tangan Anis untuk turut serta dengan mereka di ruang tamu.
“Ini ibu ada belikan sesuatu untuk Khairi dan Sarah.”kata Anis sambil menyerahkan sebuah beg kertas kepada Khairi dan Sarah.
“Untuk Khairi ibu belikan jam tangan dan untuk Sarah pula ibu belikan baju baru. Suka tak?”tambah Anis.
“Suka, ibu!” jawab Khairi dan Sarah sambil menganggukkan kepala.
Ketika kegembiraan Anis dilepaskan kepada anak-anaknya, mata Anis berkeliaran di setiap sudut rumah mencari susuk tubuh suaminya. Perasaan sedih Anis mulai menyelubungi hatinya apabila mengetahui Amran tiada dirumah untuk menyambut kepulangannya. Dengan wajah yang sedih, Anis meninggalkan anak-anaknya yang sedang meneruskan aktiviti mereka untuk masuk ke dalam bilik. Anis sudah tidak kuasa untuk memikirkan Amran dan dimana dia sekarang.
Amran melangkah dengan penuh perlahan tanpa ada sebarang bunyi kerana Amran tidak mahu kepulangannya pada waktu malam itu mengejut seluruh isi rumahnya itu. Sejak perbalahan yang terjadi antara dirinya dan Anis, pulang lewat malam sudah menjadi kebiasaan bagi Amran. Amran menjadi lebih senang untuk menghabiskan seluruh masanya diluar rumah berbanding berada di rumah.
Langkah Amran terus menuju ke ruangan dapur tanpa menoleh keadaan sekelilingnya. Keadaan Amran yang dalam keadaan yang penat dan mengantuk membuatkan dia tidak mempeduli apa yang terjadi di sekelilingnya. Peti sejuk yang berada di sudut ruang dapur itu dibuka dan Amran mula mengambil sebotol air sejuk untuk menghilangkan kehausan di tekaknya.
Amran yang mulai dikawal dengan perasaan penat tidak perasaan akan keberadaan Anis di ruang dapur itu. Anis hanya melihat tingkah laku suaminya itu yang baru sahaj pulang kerumah. Anis melihat dari atas hingga ke bawah tubuh sasa suaminya itu. Anis terlihat akan perbezaan yang terdapat pada diri Amran.
Pada sudut pandangan Anis, Amran kini kelihatan lebih sejak berbanding dahulu. Dahulu Amran hanya mengenakan pakaian yang formal seperti pakaian yang selalu dipakai ketika hendak ke pejabat. Akan tetapi kini Amran sudah kelihatan berbeza kerana Amran lebih gemar memakai seluar jeans Levi’s dengan baju t-shirt serta jaket kulit.
Amran kini lebih kelihatan seperti orang muda. Perubahan yang berlaku pada Amran membuatkan timbul pelbagai jenis persoalan di fikiran Anis. Namun, persoalan pertama yang perlu di jawab ialah untuk siapa Amran berpakaian seperti itu.
Pelbagai persoalan yang berada di fikiran Anis membuatkan matanya mulai berkaca. Persoalan yang timbul membuatkan hatinya mulai berasa pedih akan peubahan yang berlaku pada Amran. Lantas, hati Anis mulai berkecai apabila Amran hanya berlalu pergi dari ruangan dapur itu tanpa merasakan kehadirannya. Anis merasakan Amran kini sudah berbeza dan sudah tidak mempeduli akan kewujudannya dalam keluarga mereka itu.
Anis menghapuskan air matanya lalu mengikuti Amran yang sedang menuju ke bilik tidur mereka. Anis menunggu selang beberapa minit sebelum dia turut serta masuk ke bilik itu kerana dia tidak mahu Amran terkejut akan kehadirannya di belakang.
Amran yang sedang menukar pakaiannya terlihat Anis memasuki ruang tidur mereka itu dengan mata yang merah. Namun, Amran tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada Anis.
“Bila awak balik dari Terengganu?”tanya Amran yang terkejut akan kehadiran Anis.
“Kenapa tak bagi tahu yang awak balik ari ni?”tambah Amran.
Soalah yang diajukan oleh Amran tidak dijawab sepatah pun oleh Anis. Anis tidak mampu untuk menjawabnya kerana jika dia bersuara pasti titisan air matanya akan mulai menitis kembali. Lantas bagi mengelakkan mereka bertengkar pada malam itu, Anis mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri sahaja.
Amran yang hanya melihat Anis terdiam kaku terbaring menghadap dinding, turut mendiamkan diri. Amran yang sudah menanggalkan pakaiannya mencapai tuala yang tergantung lalu menuju kebilik air untuk mandi. Amran merasakan segala masalah yang dihadapi hilang seketika ketika menikmati kenikmatan air panah yang mengalir ditubuhnya.
Selesai mandi, Amran kembali ke katil untuk menghilangkan kepenatan yang berada di badannya. Terlihat terdapat jarak ruangan yang besar antara mereka ketika berada di ranjang. Mereka memalingkan muka mereka dan tidak mempedulikan kehadiran satu sama lain. Anis mulai tertidur dalam aliran air matanya.



Comments

Popular Posts