DIMSUM TERAKHIR (Clara Ng)


TAJUK: DIMSUM TERAKHIR
PENULIS: Clara Ng
PENERBIT / TAHUN TERBIT: PT Gramedia Pustaka Utama / 2006

Panggilan mengejut yang diterima oleh Siska, Indah, Novera dan Rosi telah membawa empat saudara kembar ini kembali ke dalam sebuah rumah usang yang menjadi tempat mereka membesar. Panggilan talifon yang membawa perkhabaran mengenai ayah mereka yang telah mengalami strok dan dimasukkan kedalam hospital membuatkan mereka kembali duduk dialam sebuah rumah yang sama setelah beberapa tahun membawa haluan masing-masing.

Walau memiliki wajah yang hampir sama, empat saudara kembar Cina Tionghoa ini mempunyai sifat dan keperibadian yang bergitu berbeza antara satu sama yang lain. Siska yang merupakan seorang wanita bekerja di Singapura mempunyai self confident yang amat tinggi. Manakala Indah pulu merupakan seorang penulis novel dan wartawan di di Jakarta. Rosi pula adalah merupakan seorang wanita yang mempunyai ciri kelakian yang begitu mencintai tumbuh tumbuhan dan mempunyai ladang bunga ros. Manakala Novera pula adalah seorang gadis yang beragama katolik dan merupakan gadis yang begitu pendiam berbanding saudaranya yang lain.

Sifat uang berbeza antara satu sama lain membuatkan proses reunion keluarga ini memakan masa yang lama dan mengamit memori yang begitu indah dalam keluarga Nung dan Anas.


(bagi pendapat aku pulak, aku sangat suka dengan cara penulisan Clara Ng ni sebab dalam novel ni dia tidak jadikan cinta antara lelaki dan perempuan sebagai watak utama macam novel-novel yang lain. Tapi dia lebih tekankan cinta antara ahli keluaraga yang turut menjadikan kisah cinta antara lelaki dan perempuan serta kisah cinta antara perempuan dengan perempuan sebagai jalan cerita sampingan. Lantas itu yang membuatkan aku suka dengan jalan cerita Dimsum Terakhir ni dan jujur aku cakap, timbul satu perasaan ingin satu pengakhiran cerita ketika aku baca novel INDONESIA ni.)

Comments

Popular Posts