THE SECRET OF TWO SUNS (Rudy Efendy)


TAJUK : THE SECRET OF TWO SUNS
PENULIS : Rudy Efendy
PENERBIT / TAHUN TERBIT : Laksana / 2013

Pengakuan cinta Ferbian membuatkan hubungan persahabatan dirinnya dengan Ardan putus ditengah jalan ketika keluaraga Adan dalam pergolakkan keluarga setelah kemadian ayahnya. Luahan perasaan yang pada mulanya difikarkan Ardan sebagai satu perkara tidak masuk akal dan bisa diumpamakan sebagai virus bagi Ardan, menyebabkan Ardan pergi menghilangkan diri dari Ferbian.

Setelah beberapa tahun berlalu, satu pertemuan yang tidak disangka oleh Ferbian telah berlaku ketika Ferbian bercuti di San Fransisco. Namun pertemuan ini membuatkan Ferbian berasa Ardan yang dulu telah berubah. Ferbian tidak menyangka bahawa Ardan kini telah menjadi male escort (pelacur gay) di sebuah kelab malam.

Lantas di fikiran Ferbrian, tidak mempeduli status Andran dan berusaha untuk mendapatkan kembali Ardan yang pernah hilang dahulu. Sehingga kejadian yang berlaku di San Fransisco telah membawa Ferbian dan Ardan kembali ke INDONESIA setelah bertahun Ardan disana. Namun, halangan percintaan mereka tidak sampai disini kerana halangan dari Vinni dan keluarga Ferbian membuatkan hubungan Ferbian dan Ardan goyah.


(sebelum aku bagi komen mengenai buku ni, aku nak tegaskan dekat sini supaya siapa yang membaca post ini dekat blog aku ni agar lapangkan fikiran dan jangan nk komen benda yang bukan-bukan. Seperti biasa sebenarnya aku tak kisah nak baca buku novel apa pun sama ada GAY ke, LESBIAN ke, atau NORMAL ke yang penting cara penulisan penulis tersebut bagus dan sedap untuk dibaca. Okey, bagi aku novel The Secret Of Two Suns ni sebenarnya bagus. Dan seronok nak dibaca. Jalan cerita dia yang kadang-kadang buat aku rasa nak tukar je jalan cerita dia sebab terlampau menyakitkan hati dengan karektur dia (tapi siapalah aku). Tapi yang paling aku tak suka bab novel ni ialah, penamat dia bukanlah satu penamat yang HAPPY (nak tau kenapa, kena baca sendiri). Tak seperti yang aku harapkan dan penamat dia bleh dikatakan tergantung jugak la sebab aku tak tahu apa yang jadi dekat Ferbian. Tapi ini Cuma komen dari pembaca novel amatur yang tak tahu sangat apa-apa. Jadi maaf kalau ada yang tak suka.)

Comments

Popular Posts