THE (UN)REALITY SHOW (Clara Ng)


TAJUK : THE (UN)REALITY SHOW
PENULIS : CLARA NG
PENERBIT / TAHUN TERBIT : PT Gramedia Pustaka Utama / 2005

Sebuah rumah yang hanya diduduki oleh dua orang manusia sahaja sudah mampu membuatkan rumah tersebut bergegas bagai dilanda gempa bumi apabila mempunyai personaliti diri yang berbeza. Tetapi sekarang bayangkan apabila sebuah rumah yang besar terpaksa diduduki oleh lapan orang manusia iaitu empat lelaki dan empat perempuan yang mempunyai personaliti yang begitu berbeza dan mempunyai umur yang turut berbeza.

Lantas itulahlah yang diceritakan oleh penulis CLARA NG dalam novel nya ini iaitu THE (UN)REALITY SHOW yang memceritakan sebuah stesen tv iaitu TOP TV (TPTV) yang membuat satu rancangan hiburan realiti yang menempatkan empat lelaki dan empat perempuan didalam satu rumah yang sama. Perbezaan antara mereka membuatkan pelbagai kejadian aneh berlaku ketika pertandingan ini berjalan selama lapan minggu dan dalam setiap minggu turut ada cabaran-cabaran yang harus dilakukan oleh para peserta yang turut mengundang keriuhan.

Namun, dalam kemeriahan dan pertengkaran dalam rumah ini, terdapat satu rahsia yang akhirnya terbongkar pada akhir cerita yang akan membuat sesiapa sahaja yang membaca novel ini terpegun.


(dan ini adalah pendapat aku sendiri mengenai novel ni dan pendapat aku adalah, CLARA NG MEMANG SEORANG PENULIS YANG BEGITU HEBAT!!! Hahaha!!! Pada mulanya jalan cerita novel ni memang bagus sbb dalam jalan cerita yang unik masih terdapat bahagian yang membuatkan aku ketawa seorang diri smpai aku rasa aku ni dah gila pulak gelak sorang, dan turut dimuatkan kisah cinta dan persahabatan. Tapi yang paling buat aku ternganga ialah apabila sampai AHKIR novel ni. Penamat novel ni merupakan penamat yang aku sendiri tidak terbayang akan berlaku. Jadi serius aku cakap yang CLARA NG memang terbaik!!!)

Comments

Popular Posts