PENULIS YANG AKU MINAT

Assalamualaikum...

mungkin bila dengar benda ni, akan trasa pelik tapi inilah kenyataan dan kebenarannya. aku sebenarnya sebelum ni tak pernah suka bca novel walaupun aku sebenarnya seorang pengawas pusat sumber kat sekolah rendah dan juga menengah. aku tak tahu apa kaitannya, tapi orang selalu cakap yang kalau masuk je jadi pengawas pusat sumber sekolah, mesti budak tu ulat buku atau pun suka dengan buka. tapi kenyataannya aku lain. aku tak suka baca buku. sedangkan program nilam aku, tak pernah penuh. paling banyak pun aku ada buat sepuluh je buku dalam program nilam tu.

tapi lagi pelik, aku mula berminat dengan buku bila aku masuk form6. aku rasa mungkin aku dah matang dan boleh pkir skit berbanding sebelumnya yang buatkan aku mula suka buku. tapi aku tak tahu apa kaitannya. tapi yang pasti aku mnat baca buku macam novel ni, bila aku kanal dengan seorang yang juga boleh dikatakan sebagai ulat segala buku. jadi dia yang tarik aku untuk turut menjadi pembaca novel.

tapi yang pelik juga, aku tak pernah suku buku novel melayu. aku mintak maaf, tapi aku bukan nak burukkan buku novel penulis yang sama bangsa dan agama dengan aku. tapi aku cuma kurang berminat dengan novel yang lebih menekan genre seram, sedih, mengembangkan anak tekak dan lebih-lebih lagi genre romantik atau cinta (tapi tengok jalan cerita dulu la.) aku sendiri puntak tahu kenapa tapi aku susah nak habiskan buku-buku mcam ni.

dekat Malaysia, aku cuma suka dua je penulis yang boleh kena dengan selera aku buat masa sekarang (masa akan datang mungkin ada yang lain.) yang pertama HLOVATE. aku tak tahu siapa dia, apa jantina dia, berapa umur dia dan jug mcam mna rupa dia. sebab apa yang aku dengar, novelis ni merupakan seorang penulis yang penuh rahsia. tak ada siapa pun yang tahu bagaimana dia yang sebenarnya. yang orang semua tahu hanya hasil karya dia seperti '5 Tahun 5 Bulan', 'Aa+Bb' dan banyak lagi. apa yang aku suka pasal novel2 dia ni ialah kisah cinta dia buatkan aku tak rasa malas nak baca. sambil jalan cerita yang diselitkan dengan nasihat dan motivasi yang berguna, turut ada snarai lagu2 yang bagi aku amat menarik. itu yang buatkan aku suka buku2 dia.

Yang kedua pula, ialah NADIA KHAN. dia ni tak macam Hlovate sebab dia ni semua orang pernah nampak dan semua orang knal dia. dia pernah masuk tv dan selalu hadir bila lncarkann buku dia (aku tak pernah prgi).seorang penulis yang mempunyai Master's degree dalam Psychology ni terkenal dengan buku pertamanya yang diterbit pada tahun 2011 yang berjudul 'KELABU'. tapi sebelum tu lagi dia banyak menulis cerpen-cerpen dan juga skrip cinta pendek yang sekrang ada dalam kompilasi 'CERPEN' dia, dan benda yang membuatkan aku suka dengan jalan cerita yang dia tulis ialah dia pandai membuat aku yang membaca ni mula berfikir dan kadang-kdang terasa tertipu dengan jalan cerita dia yang akhr cerita novel dia baru kita tahu yang slama kita membaca tu kita telah ditipu (dalam cara yang baik.). itu membuatkan aku fikir yang dia seorang penulis yang lain dari yang lain.

untuk penulis luar negara pulak, aku suka penulis dari sberang ni. dia banyak menulis buku-buku yang berkisah kan dewa, cerpen dan juga cerita dogeng, sampaikan ada diantara novel-novel beliau pernah dijadikan filem setelah diterbitkan seperti salah satunya 'PINTU HARMONIKA' (aku rasa mesti ada yang terngok kan?) iaitu CLARA NG. aku suka dengan dia ni pula sebab walaupun dia menggunakan baha Indonesia dalam novel-novel dia, tapi aku masih mampu untuk faham dengan menggunakan bahasa Indonesia yang begitu simple selain jala cerita yang perlbagai dalam setiap novelnya. sampaikan aku rasa yang dia begitu banyak idea yang aq rasa x penah aku fikir.

jadi, buat masa sekarang hanya tiga ni sahaja penulis yang buat aku tertarik untuk selalu baca karya mereka (tapi ada juga yang aku tak baca kalau tak menarik minat aku). karya mereka yang membuatkan aku berfantasi menjadikan semuanya kenyataan. (terima kasih pada orang yang selalu bagi pinjam buku-buku dekat aku dan mnjdi orang yang pertama buat aku suka buku. terima ksih bro)

Comments

BUDAK MONOLOG said…
Sama... budak monolog pun minat HLOVATE.

Popular Posts