BAYANG (Nami Cob Nobbler)

BAYANG
Nukilan : NAMI COBB NOBBLER
Penerbitan : LEJEN PRESS
Tahun terbitan : MAC 2012

Sinopsis:
Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenali Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua: yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.


(pernindasan, percintaan, penderaan, perkauman dan juga pembelaan. Semua ini aku baca dalam sebuah karya yang begitu terperinci dalam setiap penceritaan. Cerita yang membuatkan aku juga terasa perit apabila Faris dilibas, ditendang dan juga dimaki. Semua itu menceritkan apa yang ada didunia ini yang kadang-kadang membuatkan kita ttup mata tanpa kita sedar. Dalam masa yang sama, seseorang yang ditindas tidak bermakna tidak perlu bangkit untuk melawan. Satu cerita yang menarik, penuh semangat dan membuat aku teringin mengetahui apa yang berlaku pada Faris. Tetapi mungkin silap pada aku, aku terasa begitu lambat untuk habiskan kerana mungkin kurang menarik minat aku seperti BAU SEMANGAT ANAK MUDA.)

Comments

Popular Posts