RAHSIA (BAB 1)
BAB 1 : KELUARGA
Pagi itu keluarga Amran memulakan
kehidupan harian mereka seperti biasa. Amran sudah bangun dari tidur sejak awal
lagi. Sebelum mandi, Amran membuka komputer ribanya untuk memeriksa email
sekiranya terdapat sebarang perkhabaran dari rakan sekerjanya di pejabat
mengenai projek yang sejak mereka usahakan. Amran merupakan seorang lelaki yang
mempunyai kerjaya yang amat berjaya. Dia merupakan seorang usahawan yang sedang
mengusahakan kilang perabot yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat
terutama di negara Malaysia dan Indonesia.
Amran mempunyai sebuah keluarga
yang bahagia. Amran memiliki sepasang cahaya mata yang dikuniakan oleh-Nya
kepada keluarga. Anak yang pertama sedang bersedia untuk menduduki ujian STPM
yang akan menjelang akhir tahun ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh Amran untuk
memastikan anak sulungnya itu berjaya dalam kehidupannya. Namun, realitinya apa
yang dirancang tidak terjadi. Anak sulung amran yang bernama Khairi lebih gemar
melakukan apa yang dia minati sejak dari zaman sekolah menengah lagi iaitu
menyanyi.
Khairi mempunyai sebuah kumpulan
musik yang lebih menekankan genre musik rock dan kugiran yang dianggotai oleh
seramai enam orang rakannya mulai dikenali dan mendapat perhatian banyak syarikat
rakaman di Kuala Lumpur ini. Sejak itu, Amran mulai kurang mengambil berat
mengenai anak sulungnya itu kerana mereka bertentangan dari segi pendapat dan
minat yang membuatkan mereka sering bertengkar untuk menegakkan luahan perasaan
masing-masing. Anis yang merupakan isteri kepasa Amran sering kali menjadi
orang tengak kepada pergelutan mereka itu kerana tidak ingin perbalahan mereka
menjadi pergaduhan yang besar antara anak dan ayah.
Anis seorang isteri yang terlalu
baik bagi Amran kerana Anis sering sabar dengan keadaan Amran yang sering cepat
naik angin dengan perkara yang tidak disukainya. Jika perkara itu terjadi, Anis
akan mulai memainkan peranan beliau dengan menjadi seorang yang bersifat
positif untuk mengurangkan kemarahan suaminya itu.
Setelah Amran selesai melimat
emailnya, dia berjalan sambil menuju ke ruangan bilir mandi untuk bersiap pergi
ke tempat kerja. Pijama yang dipakai oleh Amran mulai dilepaskan satu persatu
hingga menampakkan tubuhnya yang masih mempunyai muscle dan tidak kalah dengan anak muda zaman sekarang. Pancuran
air hangat mulai dipasang dan menyirami setiap susuk badannya. Walaupun kini
usia Amran telah menjangkau angka empat, namun Amran masih memiliki tubuh badan
yang cantik dan tidak seperti lelaki
seusianya yang lain yang telah kelihatan lemah dan tidak menjaga tubuh fizikal
mereka. Kulit yang hitam manis membuatankan raut wajah Amran kelihatan amat
menarik perhatian setiap wanita yang melihatnya dan tidak terkecuali juga lelaki
yang kadang kala melirik ke tubuh Amran yang amat sempurna bagi lelaki
seusianya.
“Abang, mari turun sarapan. Sarapannya telah siap!!”
Suaran Anis mulai kedengaran dari
bilir dapur di tingkat bawah rumah banglo Amran ini. Suara Anis yang kuat
membuatkan Amran terkejut ketika sedang mengenakan baju kemeja berwarna putih
di bilir atas.
“Ye sayang, sikit lagi abang turun. Abang tengah pakai baju ni.”jawap Amran sambil
membutangkan baju.
Anis mula menaiki tangga sambil
menuju ke bilir anak Khairi. Khairi sering terlewat bangun dari tidur hingga
menyebabkan surat amaran telah dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Khairi.
Tidak seperti anak bongsunya, Sarah yang sering membantu anis di dapur untuk
menyediakan makanan setiap pagi dan juga pada setiap hari liburan. Sarah
merupakan seorang pelajar yang mempunyai rekod keputusan yang baik setiap kali
ujian. Sarah merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di salah sebuah sekolah
yang berhampiran dengan kediaman mereka. Seperti Khairi, Sarah juga akan
menduduki peperiksaan yang amat penting yang akan menentukan hala tuju
hidupnya.
Sarah terlalu mengambil berat
mengenai pelajarannya yang menyebabkan dia menjadi anak manja kepada Amran.
Segala kemahuan Sarah dari kerperluan sekolah atau peribadi akan disediakan
oleh Amran kerana dia berharap Sarah akan mengambilalih perniagaannya apabila
dia sudah bersara kelak.
“Mana anak-anak kita sayang? Mana Khairi dengan Anis? Mereka
belum bangun tidur lagi ke?” tanya Amran kepada Anis.
“Mereka dah bangun tapi mereka tengah siap. Sikit lagi
turunlah mereka tu. Abang makanlah dulu?” jawap Anis sambil menaruhkan nasi
goreng ke pinggan Amran.
Beberapa minit setalah Amran
bersarapan, terlihat kedua-dua anaknya sedang menuruni tangga dengan berpakaian
seragam sekolah sambil menuju ke meja makan. Sarah mengucapkan ucapan selamat
pagi sambil menaruhkan nasi ke pinggannya untuk bersarapan. Manakala Khairi
hanya mendiamkan diri sambil mengambil roti yang telah dihidangkan dan berlalu
pergi.
Anis mengetahui bahawa Khairi
masih mempunya perasaan marah kepada ayahnya disebabkan perbalahan yang terjadi
antara mereka tempoh hari. Perbalahan yang terjadi hampir menyebabkan mereka
bertumbuk sesama sendiri sekiranya Anis tidak meleraiakn mereka berdua. Sejak
kejadian itu, hubungan antara Amran dan Khairi mulai renggang dan bertambah buruk
dari sebelumnya. Amran tidak mengambil kisah akan masalah ini kerana menurut
pendapatnya masalah ini hanya masalah kecil yang tidak perlu diambil kisah.
Setelah selesai bersarapan, Amran
mulai bangun untuk pergi ke tempat kerja. Sarah juga mengikuti langkah ayah
kesayangannya kerana Sarah sering menumpang ayahnya itu untuk pergi ke sekolah
kerana perjalan yang dilalui oleh Amran melalui sekolah Sarah. Ketika pulang
dari sekolah pula, Sarah akan dijemput oleh Anis dengan menaiki kereta yang
telah disediakan oleh Amran bagi mempermudahkan untuk Anis pergi kemana sahaja.
Khairi pula mempunyai kenderaan sendiri iaitu motosikal Yamaha 125Z
kesayangannya itu. Motosikal kesayangan itulah yang digunakan oleh Khairi untuk
pergi ke sekolah dan untuk pergi membuat latihan persembahan kumpulan musiknya
itu.
Sebelum Amran pergi ke pejabat,
Anis mencium tangan Amran sebagai tanda sayang antara mereka berdua dan Amran
pula mencium dahi Anis. Keadaan ini dilihat oleh Sarah yang menyebabkan Sarah
berasa bersyukur mempunyai keluarga yang aman dan saling sayang menyayangi.
Comments