RAHSIA (BAB 7)

BAB 7 : PENERIMAAN
Akibat penjelasan Amran yang mengejutkan, Adam memohon cuti segera kepada Amran selama seminggu. Amran berasa terkejut apabila setiausahanya menyerahkan surat permintaan itu kepada Amran. Amran mengerti mengapa Adam tidak berjumpa terus dengannya. Amran berasa terlalu menyesal dengan apa yang telah dia lakukan kepada Adam.
Amran berharap sekiranya dia mampu memutarkan masa ke hari semalam, dia tidak akan melakukan pengakuan yang amat mengejutkan dan tidak sepatutnya dia lakukan. Namun, pada sisi yang lain Amran merasakan lebih ringgan dengan perasaannya kerana dia sudah meluahkan perasaan yang telah dia simpankan dalam kotak hatinya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Anis.
Sebelum Amran menikahi Anis, Amran merupakan seorang lelaki homoseksual. Walaupun dia mempunyai naluri kepada lelaki, dia tidak pernah melakukan seks bebas seperti yang dilakukan oleh golongan lelaki sepertinya yang lain. Amran tidak pernah melakukan hubungan seks sesama jenis. Namun, dia mengetahui bahawa perasaannya lebih tertarik kepada kaum sejenisnya dan ini tidak menyatakan bahawa dia tidak menyayangi Anis.
Anis merupakan seorang wanita yang sanggup melayani karenahnya yang tidak dapat diduga itu. Tetapi Anis tidak pernah mengetahui apa yang terdapat dalam perasaan Amran itu. Amran mengawini Anis dengan harapan segala perasaan yang dirasainya selama ini akan hilang sekiranya mempunyai teman hidup. Tetapi apa yang diharapkan tidak terjadi. Amran menyedari perasaannya itu masih ada dalam tubuhnya setelah Adam mulai hadir dalam kehidupan dia dan menjadi ahkrab.
Amran sering merasakan perasaan ini sebelum dia mengenali Adam lagi, tetapi dia tidak pernah mengambil berat akan perasaannya itu. Dia berpendapat perasaannya itu akan hilang dan hanya bersifat sementara dalam dirinya itu. Akan tetapi perasaan yang dirasai oleh Amran kepada Adam berbeza dengan apa yang dirasainya kepada lelaki lain. Dia merasakan hubungan yang rapat antara mereka membuatkan Amran dihargai dan lebih disayangi yang selama ini dia tidak pernah dapat dengan Anis. Memang benar selama ini kemana sahaja Amran pergi Anis akan mengikuti dan kesemua kemahuan serta kelengkapan Amran telah Anis sediakan. Namun, Anis tidak pernah memberikan perhatian dan kasih sayang yang diperlukan.
Anis hanya mengambil berat akan anak-anaknya dan juga aktiviti serta persatuan yang sedang dia sertai. Hal ini membuatkan perasaan Amran kepada Adam menjadi semakin jauh hingga menyebabkan dia melakukan perbuatan mengucup bibir Adam tanpa dapat dielak.
Amran hanya termenung dan memikirkan keadaan Adam pada ketika itu dan dia membatalkan semua temu janjinya kerana dia tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaannya. Setiausahanya hanya melihat kebinggungan dengan sikap bosnya itu yang berlainan dengan hari yang lain. Keadaan ini berlanjutan beberapa sejak Adam bercuti.
“Assalamualaikum Pah Husin! Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam. Amran rupanya. Ingatkan sapa. Kenapa tiba-tiba kamu datang sini?” tanya Pak Husin keliru.
“Adam dia ada balik sini tak? Sebab dia da mintak cuti seminggu tapi tak bagi tau dia nak kemana. Semalam saya pergi rumah di tak da pun dia dekat tumah.”
“Dia ada dekat sini tiga hari ni. Dia kata dia balik sebab nak tenangkan fikiran dari masalah. Tapi pagi tadi dia dah balik Kuala Lumpur. Dia da buat masalah ke kat sana Amran?” tanya Pak Husin yang menjadi risau akan Adam.
“Dia takda wat apa masalah je. Tapi dia da bagi tau apa-apa ke kat pak cik?” tanya Amran.
“Dia takda pulak bagi tahu apa-apa.” jelas Pak Husin.
“Takpalah kalau macam tu pak cik. Saya mintak diri dulu la ye. Kirim salam dekat mak cik.” pinta Amran.
“Baiklah. Hati-hati bawak kereta tu.”pesan Pak Husin lantas melambai.
Empat hari Adam hilang tanpa berita setelah dia menghantar surat pemohonan cutinya kepada setiausaha Amran. Amran begitu kuatir sekiranya Adam akan meletakkan jawatan sebagai pembantu peribadinya selepas apa yang berlaku di rumah Amran.
Amran yang masih risau akan keadaan Adam yang hilang tanpa khabar berita membawa kereta Audi yang dimilikinya menuju semula ke Kuala Lumpur. Dalam fikirannya hanya indin memastikan Adam selamat dan tidak melakukan perkara yang tidak diingini.
Amran memecut kereta yang dibawanya lebih laju daripada biasa. Dia ingin memastikan bahawa Adam dalam keadaan yang selamat dan baik-baik sahaja.
Adam yang baru sahaja terlelap dibuai mimpi setelah penat menaiki bas terjaga akibat bunyi ketukan pintu rumahnya. Adam yang masih mengantuk lantas bangun dengan terburu-buru menuju ke ruang tamu untuk melihat siapakah yang berada di hadapan rumahnya.
Jantungnya hampir terhenti apabila susuk lelaki yang melapaskan cinta kepadanya berdiri di hadapan rumahnya. Adam hanya mampu membatu di hadapan pintu tanpa ada sebarang suara yang keluar dari mulutnya itu. Amran juga hanya mampu mendiamkan diri dengan harapan bahawa Adam akan bersuara memulakan percakapan.
“Adam, kemana kamu pergi? Dah berapa hari kamu hilang. Takda khabar berita apa pun.” tanya Amran dengan penuh harapan.
“Saya takda pergi mana. Saya Cuma perlukan masa nak berfikir.” jelas Adam sambil melangkah memasuki rumah.
Amran yang mendiamkan diri hanya mengikuti tubuh Adam dari belakang. Amran dengan tiba-tiba menarik tubuh Adam dari belakang lalu memeluknya dengan cukup kuat. Amran sudah tidak mampu untuk kehilangan Adam lagi walaupun hanya sehari. Amran merasakan dia sudah terlalu menyayangi lelaki itu lebih dari apa pun termasuklak isterinya yang sudah lama menemaninya.
“Adam, tolonglah jangan buat abang macam ni. Abang tak sanggup kehilangan kamu walaupun hanya sehari. Abang tahu yang kamu mungkin tak akan mampu menerima abang tapi untuk pengetahuan kamu, kamu seorang sahaja yang membahagiakan abang. Bila kamu ada abang rasa begitu dihargai dan diambil berat yang abang tak pernah dapat dari isteri abang. Tolonglah maafkan abang.” Amran menjelaskan kepada Adam hingga air matanya mengalir.
Adam yang terdiam dihadapan Amran mengalirkan air mata setelah mendengan penjelasan Amran. Adam yang membatu mengerakkan tangannya memegang tangan Amran yang memeluknya dengan penuh erat. Adam merasakan dia tidak mampu untuk menipu perasaannya lagi. Dia akur dengan perasaannya bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama kepada Amran. Namun, kerana faktor budaya dan masyarakat yang memandang rendah kepada golongan ini membuatkan dia tidak berani untuk menyuarakan isi hatinya kepada Amran. Lantas dia menghilangkan diri dengan harapan apa yang dirasainya kepada Amran akan hilang dibawa angin jauh dari dirinya. Apa yang diharapkan tidak terjadi kerana perasaan sayangnya yang menebal kepada Amran membuatkan hatinya kembali mencari sayang Amran.
Adam memusingkan badannya ke Amran. Adam menyapukan air mata yang membasahi pipi abangnya itu. Kelihatan mata Amran memerahkan akibat air mata kesedihannya. Adam memeluk erak tubuh Amran dengan penuh erat lantas sebuah kucupan hinggap di bibir Amran yang menahan esakan tangisannya. Amran menerima kucupan itu dengan penuh ihklas dan dia mengetahui bahawa Adam juga menginginkannya.
Kucupan itu begitu membangkitkan nafsu kedua-dua lelaki itu yang kehausan kasih sayang. Jari jemari Adam mulai menulusuri tubuh Amran yang berada di hadapannya. Butang baju kemeja Amran dibuka satu demi persatu hingga menampakkan tubuhnya yang indah itu. Begitu juga Amran yang tidak kalah dengan permainannya yang melepaskan  pakaian Adam hingga mereka berdua kini tidak mengenekan sehelai benang pun dibadan. Malam itu kediaman Adam merasai kehangatannya kasih sayang mereka yang selamat ini tersimpan jauh di lubuk hati mereka.
Sedang dalam buaian mimpi, Amran bagaikan dapat menghidu sesuatu yang begitu harum. Dia merasakan bau yang dihidunya berbeza dengan apa yang dihidunya. Lantas dengan masih kepala yang berat, Amran bangun dari tidur. Dia terduduk diam sebentar di sudut katil sementara kepalanya pulih dari pening.
Ketika fikirannya sedang melayang melayan perasaan, dia teringat akan apa yang terjadi antara dia dan juga Adam semalam. Dia merasakan apa yang terjadi semalam bagaikan mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Namun apabila dia menyedari bahawa semua itu merupakan kenyataan, senyuman sinis mulai terukir di bibirnya yang menandakan dia menyukainya. Amran cuba mengingatkan kembali apa yang terjadi semalam.
“Abang, betul ke apa yang kita buat ni? Maksud saya abang tak berasa bersalah ke dengan kak Anis?”
Pertanyaan Adam sebentar tadi membuatkan Amran tersentak. dia menyedari bahawa apa yang dia lakukan ini salah dan akan mengecewakan Anis. Namun dia tidak pernah berasa gembira selama dia bersama Anis. Selama ini hanya rasa tanggungjawab yang memenuhi perasaannya. Amran merasakan sesuatu yang tidak pernah dia rasakan apabila dia bersama dengan Adam.
“Kamu tak usah risaulah. Abang akan bertanggungjawab atas apa yang akan terjadi. Kamu jangan risau. Walaupun abang sudah ada kamu dalam hati abang, abang akan tetap menjalankan tanggungjawab abang kepada kak Anis. Kamu jangan risau okey?” jelas Amran kepada Adam.
Adam hanya mampu menganggukkan kepalanya sambil meletakkan kepalanya di dada Amran. Adam dapat mendengar degup jantun Amran yang berdegup kencang. Adam berasa sungguh tenang dan berasa seakan dilindungi seseorang yang mampu memberikannya kebahagiaan walaupun hubungan yang sedang mereka jalani ini merupakan hubungan yang terlarang.
Amran yang baru tersedar dari lamunannya, kembali tertarik dengan bau harum yang datang dari dapur itu. Amran lantas bangun dari katil dan melangkah mengikuti  bau yang hadir dari dapur rumah itu. Amran melihat keliling ruang tamu rumah itu yang tersusun rapi dan berbeza dengan rumah lelaki bujang yang lain.
Kaki Amran masih melangkah menuju ke ruang dapur. Dari belakang Amran melihat Adam sedang sibuk menyediakan sarapan untuknya. Adam yang hanya mengenakan seluar pendek beserta baju tanpa lengan menarik perhatian Amran. Amran mulai menuju ke arah Adam lantas memeluknya dari belakang.
Adam yang sedikit berasa terkejut menyedari bahawa abang kesayangannya itu telah bangun dari tidur. Adam hanya membenarkan sahaja Amran memeluk tubuhnya itu.
“Abang, sarapan dah siap. Mari kita makan?” ajak Adam.
“Amboi. Sedapnya bau. Pandai Adam masak ye? Abang ingat kamu tak tahu masak.” gurau Amran.
“Takdalah pandai sangat. Biasa-biasa je. Harap abang suka.”
Pagi itu buat pertama kali Adam merasakan cukup gembira ketika bersarapan. Dia berasa cukup gembira bersarapan dengan orang yang menyayanginya dan juga yang dia sayang. Dia berasa cukup berbeza berbanding hari-harinya yang lain.



Comments

Popular Posts