RAHSIA (BAB 5)

BAB 5 :KENANGAN LAMA
            Cahaya matahari yang terpancar melalui tinggap dalam bilir itu membangunkan Amran yang begitu lena tidur setelah semalaman memikirkan perkara yang membebankannya selama ini. Mata Amran dibuka dengan perlahan kerena dia marih dalam keadaan yang mengantuk. Namun dia masih perlu bangun dari tidur yang lena kerana dia merupakan tetamu di rumah Pak Husin jadi tidak sepatutnya dia bangun lewat dari tidur.
            Ketika terjaga dari tidur, Adam sudah tiada di sisinya. Mungkin Adam sudah lama bangun tidur dan sedang menunggunya dibawah. Jam ditangannya menunjukkan pukul sepuluh setengah pagi. Tidak pernah dia bangun dari tidur selewat hari ini kerana setiap hari dia akan bangun tepat pada pukul lapan pagi.
            Amran mencapai tuala berwarna biru yang disangkutkan dibelakang pintu sambil membuka pintu bilir tidur. Matanya berkeliaran di sekeliling rumah yang usang itu untuk mencari susuk tubuh seseorang daripada ahli keluarga Pak Husin kerana keadaan rumah begitu sunyi sepertinya tiada sesiapa di rumah.
            Amran meneruskan niatnya untuk membersihkan badannya yang mulai berasa melekit akibat keringat yang keluar dari tubuhnya semalam. Ketika Amran melangkah perlahan melalui ruang dapur rumah itu, kelihatan Adam yang sedang membasuh pinggan di singki. Amran terkejut sebentar apabila melihat Adam kerana dia beranggapan tiada siapa di rumah.
“Terkejut abang dibuatnya. Abang ingat takda sapa kat umah tadi sebab sunyi je. Mana semua orang Adam?” tanya Amran.
“Ooohhh. Abang baru bangun? Ayah dengan Hafiz dekat kedai runcit. Ibu dengan Hafizah pula dekat restoran. Abang nk mandi ke? Sudah ambil tuala yang sangkut dekat belakang pintu?”
“Dah ambik dah. Badan abang rasa melekit. Semalam rasa panas sampai berpeluh abang.”
            Amran terus melangkah memasuki bilik air yang kecil itu untuk membersihkan diri. Amran melepaskan semua pakaian yang berada di tubuhnya. Air kolah di dalam bilik air itu disiramkan ditubuhnya. Menggigil satu tubuh Amran apabila air siraman itu terkena kulitnya. Sudah lama Amran tidak merasai kesegaran air kolah di kampun. Kampung bukanlah seperti bandar yang mempunyai pemanas air.
            Ketika Adam sedang sibuk membasuh pinggan di dapur, dia mendengar setiap bunyi siraman air yang jatuh ke lantai bilik air setelah. Adam bagaikan terkena panahan hali lintar apabila jatuhnya titisan air yang melalui setiap lekuk tubuh Amran. Adam yang berada di dapur menjadi tidak tentu arah seperti cacing yang kepanasan. Macam-macam perkara yang sedang bermain di fikiran Adam. Dia mulai menjadi tidak tentu arah. Pinggan yang sedang dibasuh dibiarkan seketika. Dari jauh terlihat Adam mulai berjalan berulang –alik di dalam dapur itu memikirkan sama ada perasaan yang dialaminya adakah betul atau hanya mainan perasaan. Begitulah persoalan yang sering terlintas di fikiran Adam apabila bersama dengan Amran.
            Amran berasa segar apabila selesai mandi. Dia merasakan mandi di kampung merupakan satu nikmat dan satu kelebihan yang dia dapat setelah sekian lama tidak merasai cara hidup kampung. Amran melangkah keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan sehelai tuala biru yang dililitkan di pinggangnya. Sebelum memasuki bilik, dia memerhatikan tingkahlaku pelik Adam di dapur. Dia tidak ingin menegur kerana badannya kesejukan dan berburu untuk mengenakan pakaian.
            Keringat mulai membasahi tubuh Amran yang sudah lama tidak melakukan kerja-kerja berat orang kampung. Maklumlah setelah sekian lama meninggalkan kerja yang dulu kelihatan mudah apabila dilakukan. Kini, baru beberapa batang pokok getah yang ditorehnya sudah kelihatan penat sehingga terduduk di bawah pokok.
“Haritu abang cakap abang pernah buat kerja-kerja kampung ni? Tapi sekarang nampak mcm tak biasa je? Baru berapa batang dah penat?”
“Dulu abang kuat lagi dan masih biasa dengan keje-keje kampung ni tapi sekarang bila dah lama tinggalkan jadi semput pulak.” jelas Amran sambil ketawa terbahak-bahak.
            Amran meneguk air mineral yang dihulur oleh Adam dengan cepat kerana terlalu dahaga. Dari jauh kelihatan susuk tubuh Ah Chong uang sedang menuju ketempat mereka. Ah Chong seorang anak muda yang seusia dengan Adam tetapi dia terpaksa meneruskan kerja orang tuanya ladang getah itu disebabkan perjanjian yang dilakukan dengan tauke. Ah Chong tidak dapat mengikut langkah Adam pergi ke Kuala Lumpur atas rasa tanggungjawabnya kepada keluarga.
            Hari ini Adam meminta bantuan daripada Ah Chong untuk membenarkan mereka membantu untuk menoreh getah. Atas permintaan sahabatnya itu dan keinginan Amran untuk melakukan kerja kampung menyebabkan Ah Chong membenarkan mereka menoreh pada hari itu.
            “Aiya! Nampak sudah penat abang? Macam mana? Okey kah?” tanya Ah Chong.
            “Banyak penat Ah Chong. Rasa mau patah semua tulang saya.”
“Baru dia rasa penat dia Ah Chong. Semalam seronok sangat  nak menoreh.”
            Kelelahan mereka semakin berkurangan setelah melepaskannya. Sebelum mereka pulang ke rumah, Amran dan Adam mengucapkan terima kasih kepada Ah Chong kerana memberi peluang kepada Amran merasai kembali kenangan menoreh getah yang dia rasai dahulu. Mereke bersalaman dengan Ah Chong sebagai terima kasih,
            Hari ini merupakan hari terakhir mereka di kampung kerena keesokan harinya mereka akan pulang ke Kuala Lumpur untuk memulakan pekerjaan mereka. Amran berasa begitu gembira ketika berada di kampung Adam kerana dalam masa yang sama dia dapat menenangkan fikiran dan melepaskan segala masalah kerja yang sering membelenggu kehidupannya.

            Keesokan petangnya mereka kembali semula ke Kuala Lumpur setelah tiga hari bercuti dan Adam berasa begitu gembira kerana kerinduannya selama ini telah hilang. Kini dia harus kembali menumpukan perhatian kepada pekerjaannya.

Comments

Popular Posts