RAHSIA (BAB 2)

BAB 2 : JAWATAN KOSONG
Setelah Amran sampai ke pejabat, segala masalah keluarga yang dihadapinya diletakkan di tepi kerana Amran tidak mahu masalah yang dihadapi menganggu kualiti kerjanya. Seluruh kakitangan Amran mengetahui bahawa Amran merupakan seorang ketua dan juga bos yang mempunyai wawasan yang tinggi dalam mencapai apa yang dia inginkan. Amran merupakan seorang lelaki yang akan menumpukan sepenuh perhatian dalam sesuatu perkara sekiranya dia menginginkannya.
“Tuan, seorang lelaki sedang menunggu di luar untuk ditemuduga bagi jawatan kosong yang kita siarkan tu. Boleh ke dia masuk?”.
Pekerjaan yang dilakukan oleh Amran terhenti apabila setiausahanya memasuki bilir kerjanya. Lantas baru teringat di fikirannya bahawa dia pernah menyuruh setiausahanya menyiarkan jawatan kosong yang terdapat di kilangnya di dalam ahkbar untuk mencari pengganti yang baru. Pekerja yang lama telah berhenti akibat usia yang telah lanjut menyukarkan pekerja tersebut untuk melakukan tugas-tugas yang berat di kilangnya itu.
“Baiklah, suruh dia masuk sekarang.” Pinta Amran.
Beberapa saat kemudian kelihatan seorang lelaki yang kelihatan berusia awal dua puluhan dan hampir sebaya dengan usia Khairi. Apabila dilihat sekali panjang, lelaki tersebut mempunyai rupa paras yang amat kacak. Lelaki tersebut memiliki kulit putih langsat yang cukup sesuai dengan bentuk badannya yang sasa walaupun tidak mempunyai tubuh badan seorang yang sering ke gim. Namun, susuk tubuhnya masih kelihatan cantik dengan rupa parasnya yang kacak.
“Baik, sebelum saya bertanya dengan lebih lanjut, boleh awak beritahu nama, umur dan mengapa awak ingin bekerja di kilang ini?”.
“Nama saya Adam, saya berumur 19 tahun. Saya ingin bekerja disini kerana saya ingin membantu keluarga saya yang hidup susah tuan.”
Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adam membuatkan Amran ingin mengetahui mengenai kisah keluarga Adam. Hal ini kerana Amran juga merupakan seorang lelaki yang berasal dari keluarga yang amat daif sebelum beliau berjaya dalam perniagaan yang dia kecapi pada hari ini.
“Susah? Susah macam mana tu? Boleh awak ceritakan kepada saya?” tanya Amran.
“Sebenarnya, saya berasal dari sebuah keluarga penoreh getah tuan. Ayah dan ibu saya mengambil upah menoreh dari seorang tauke cina di kampung saya untuk menoreh getah di kebunnya. Sebelum ini kami tinggal di sebuah rumah usang di dalam kawasan tempat menoreh itu, tetapi sejak tauke tersebut meninggal bulan lepas, kami diarahkan untuk pindah dan ayah serta ibu saya diberhentikan kerja oleh anak tauke tersebut. Sekarang ayah saya mengambil upah mengangkat barang di sebuah kedai runcit dan ibu saya mengambil upah membasuh pinggan di restoran. Sejak sebulan yang lalu kehidupan keluarga kami menjadi semakin susah. Sebab itulah saya berharap sangat saya dapat bekerja di kilang ini untuk membantu keluarga saya, tuan.”
Mendengar cerita Adam sebentar tadi membuatkan hati Amran merasai sesuatu perasaaan yang selama ini telah terkubur semenjak dia menikahi Anis dua puluh tahun yang lalu. Hal ini menyebabkan dia tidak senang dengan perasaan yang dialami pada waktu itu. Namun, perasaan kasihan terhadap apa yang berlaku kepada keluarga Adam membuatkan Amran menerima Adam bekerja di kilang tersebut tetapi bukan bekerja di jawatan yang dipaparkan dalam ahkbar sebelum ini. Adam telah di ambil bekerja oleh Amran sebagai pembantu peribadi kepada Amran dan memandangkan Adam tidak mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur, Amran telah menyewa sebuah rumah untuk Adam tinggal.
Berita yang baharu saya Adam dengar ini telah menyababkan air mata seorang lelaki yang kelihatan gagah mulai gugur perlahan-lahan apabila mengenangkan bahawa penderitaan yang dihadapi oleh keluarganya bakal hilang dengan dapatnya pekerjaan ini. Adam mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Amran atas bantuan dan peluang pekerjaan yang telah Amran berikan kepadanya. Kerja ini akan membantu keluarganya dari keadaan yang terlalu daif yang sedang mereka lalui.
Makanan yeng telah dipesan oleh Amran kini sudah terhidang diatas meja bulat yang dilapit dengan kain merah. Mata Adam kelihatan terkejut apabila melihat pelbagai jenis hidangan dihidangkan diatas meja yang memukaukan matanya. Pelbagai perkara yang melintas di fikiran Adam yang menyebabkan dia membatu seketika. Lamunan Adam mulai hilang apabila dikejutkan dengan panggilan Amran ketika menjemput untuk makan.
Adam mulai berasa malu kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki di restoran hotel bertaraf lima bintang sedangkan restoran biasa yang terdapat di kampungnya juga tidak pernah dijejakinya. Sepanjang hidupnya, dia hanya memakan makanan yang dimasak oleh ibunya dirumah kerana kehidupan mereka yang amat daif membuatkan mereka tidak mampu untuk memesan makanan di restoran. Di rumah, mereka hanya sekadar mampu makan nasi putih bersama telur dan kicap. Jika mempunyai rezeki yang lebih ayah akan membelikan ikan di pasar untuk dimasak oleh ibu di rumah.
Lamunan Adam dikejutkan lagi oleh Amran kerana Amran menyedari bahawa Adam berasa kekok berada di restoran yang mewah ini. Situasi ini juga pernah dialami oleh Amran ketika beliau masih baru dalam perniagaan. Perasaan terasing yang ada dalam diri Amran membuatkan Amran tekad untuk belajar cara pergaulan golongan atasan untuk membantu membangunkan perniagaannya.
“Adam, kenapa tak makan lagi ni? Makanlah. Janganlah malu. Banyak lauk yang saya pesan ni. Jemputlah makan?”
“Ermmm. Terima kasih tuan. Saya berasa kekok sikit berada dekat tempat yang mewah macam ni. Saya raya macam tidak layak pulak saya berada dekat sini.” jelas Adam.
“Sekarang awak adalah pembantu peribadi saya, jadi awak akan ikut saya kemana sahaja saya akan pergi termasuklah perbincangan dengan pengimport. Jadi sudah tentulah awak kene biasakan diri dengan tempat yang mewah sebab semua perbincangan dilakukan di tempat yang mewah. Sebab itulah saya bawak awak keluar makan dekat restoran ini untuk membiasakan diri.” balas Amran.
Adam menganggukkan kepada sebagai tanda faham dengan penjelasan Amran. Adam mulai faham dengan tugas yang perlu dia lakukan sebagai pembantu peribadi Amran. Jadi dia harus membiasakan diri dengan semua tempat yang mewah ini.
Tengahari itu, bermulalah kehidupan Adam sebagai seorang pembantu peribadi kepada pengusaha kilang perabot yang paling terkenal di Malaysia dan bakal mengubah kehidupannya dan juga keluarga.
Persaan rindu mulai dirasai oleh Adam apabila sudah genap seminggu berada di Kuala Lumpur ini. Hati merasa memberontak untuk melepaskan rindunya kepada keluarga tetapi itu semua bergitu sukar untuk dilakukan kerana kehidupan yang daif menyebabkan mereka tiada talifon di rumah dan menyukarkan Adam untuk bertanya khabar dengan keluarga di kampung.
Buat masa sekarang, Adam hanya mampu melepaskan rindu kepada keluarga dengan menuliskan surat ke kampung. Surat yang pertama baru sahaja diposkan semalam dan untuk mendapat balasan akan memakan masa yang lama. Pelbagai perkara yang melintas di fikiran Adam ketika itu mengenai kesihatan, kewangan dan pelajaran adik-adiknya di kampung.
Adam merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Adik yang kedua masih bersekolah dan seusia dengan umur Sarah manakala bagi adik yang bongsu masih bersekolah di darjah enam. Walaupun mereka hidup dalam kemiskinan, ayah dan ibu Adam masih tidak lupa akan tanggungjawab mereka untuk memastikan anak-anak mereka mempunyai pelajaran yang sekucupnya seperti anak-anak yang lain supaya mereka dapat bersaing dalam mencari rezeki.
Rasa tanggungjawab yang dimiliki oleh ibu bapanya membuatkan Adam menjadi semakin hormat dengan mereka kerana walaupun hidup tidaklah sekaya seperti orang yang lain tetapi masih cuba sedaya mungkin untuk memastikan anak-anak kesayangannya memperoleh ilmu yang secukupnya dalam diri dan termasuklah ilmu dunia dan akhirat.



Comments

Popular Posts