RAHSIA (BAB 3)

BAB 3 : PERTEMUAN
Hari ini sudah genap sebulan Adam bekerj sebagai pembantu peribadi Amran. Kemana sahaja yang Amran pergi, Adam akan mengikuti dengan penuh patuh. Kini dia sudah biasa dengan persekitaran yang mewah kerana setiao tempat yang Amran pergi adalah tempat yang bertaraf tinggi jadi dia perlu membiasakan diri untuk tidak nampak kekok.
Genap sebulan juga menandakan bahawa hari ini adalah hari akan mendapat gaji. Macam-macam perkara yang terlintas difikirannya untuk dibeli dan dibawa ke kampung dan diberikan kepada keluarga. Terbayang di fikirannya memikirkan kegembiraan yang akan terukir di wajah ibu dan ayahnya apabila dia pulang membawa keperluan yang tidak pernah keluarga mereka rasai.
Adam telah memohon cuti kepada Amran kerana dia ingin pulang ke kampung untuk melawat keluarganya yang sudah lama tidak berjumpa. Adam meminta cuti selama tiga hari untuk melepaskan rindu kepada keluarga. Amran memahami penderitaan yang dialami oleh Adam kerana telah berjauhan dengan keluarga yang tersayang demi mencari rezeki yang halal untuk menanggung keluarga yang daif.
Apabila Adam menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung, fikiran Amran terbayangkan keadaan dan suasana kampung yang begitu mendamaikan. Ingin sekali Amran kembali ke zaman remajanya dahulu ketika dia masih tinggal dan hidup di kampungnya. Masing segar diingatan Amran kenangan bermain di sawah padi yang berlumpur dan kenangan memancing bersama-sama rakan yang seusia dengannya.
“Berapa lama awak akan berada di kampung?”
“Mungkin dalam tiga hari, tuan”
“Kalau begitu, boleh tak kalau saya ikut awak pulang ke kampung? Sebab  saya dah lama tak pulang ke kampung dan merasai suasana di kampung.” tanya Amran.
Soalan yang diajukan oleh Amran membuatkan Adam terkejut kerana selama ini dia ingat bahawa tuannya itu berasal dari bandar dan tidak biasa dengan keadaan kampung serba kekurangan. Soalan itu membuatkan Adam berfikir sejenak.
“Boleh tuan. Apa salahnya cuma saya harap tuan dapat faham dengan situasi keluaga saya yang agak daif, tuan.” jelas Adam.
“Itu jangan kuatir, saya sudah biasa dengan suasana kampung kerana saya juga anak kampung. Pernah menoreh, menuai dan macam-macamlah.”
            Penjelasan Amran membuatkan hati Adam kembali tenang kerana dia tahu bahawa Amran akan memahami keadaan keluarganya itu.
            Ketika dalam perjalanan menuju ke kampung Adam, keadaan di dalam kereta Amran begitu meriah seperti sedang berlaku pertengkaran padahal hanya mereka berdua sahaja yang berada dalam kereta itu. Pelbagai topik dijadikan sebagai bahan utama perbincangan mereka semasa dalam perjalan dari topik keluarga, pembelajaran dan juga hal peribadi.
            “Kamu ada girlfriend Adam?”
“Girlfriend? Dulu masa zaman sekolah adalah, tuan. Sekarang dah tak ada.”
“Apa panggil saya tuan pulak ni? Nanti dah sampai kat kampung, ibu dengan ayah kamu dengar depa cakap apa pulak nant. Kalau dekat pejabat kamu boleh la panggil saya tuan, tapi kalau dekat luar kamu panggil je saya abang. Okey?” tegas Amran.
“Baik abang. Saya dah terbiasa panggil tuan, tuan. Maaf, panggil abang tuan.”
“Tak ada apa la Adam, benda kecik je. Kenapa kamu putus dengan awek kamu yang dulu tu?” tanya Amran lagi.
“Kami putus sebab lepas SPM dia lanjutkan pelajaran dekat universiti dekat Kuala Lumpur dan dia tak mahu terikat dengan hubungan jarak jauh. Alasannya dia tak sanggup membuatkan saya menunggu dia. Jadi sebab tu dia mintak putus dengan saya.”
Amran bersimpati dengan kisah Adam. Dia turut berasa kasihan dengan apa yang terjadi dalam hubungan cinta Adam dan perempuan itu. Amran menggosokkan tangannya di peha Adam sebagai tanda simpatinya kepada Adam. Namun, Adam merasakan sesuatu yang aneh dengan sentuhan itu. Amran menggosok peha Adam dengan begitu perlahan dan semakin lama semakin ke atas posisi tangan Amran.
Keadaan ini sekiranya dilihat oleh orang lain mungkin akan mendatangkan persepsi yang buruk dan akan dilihat tidak baik dan sepatutnya Adam segera menepis tangan Amran jika dia tidak berasa selesa. Namun lain yang berada di hati Adam. Dia merasakan begitu selesa dan menyukai dengan perlakuan Amran ke atas dirinya.
Selang beberapa saat, Amran segera mengangkat tangannya dari peha Adam kerana dia menyedari bahawa apa yang dilakukannya tidak sepatutnya terjadi. Adam menjadi tidak tentu arah apabila Amran membuat begitu. Perbualan mereka berdua yang sebelum ini rancak kini telah menjadi kaku dan keadaan menjadi janggal antara mereka berdua. Masing-masing mula mendiamkan diri kerana berasa malu atas apa yang terjadi.
Sebuah kereta Audi bewarna hitam terlihat memasuki di perkarangan rumah Pak Husin dan Mak Jah. Mereka yang sedang berehat di atas kerusi kayu yang dibuat sendiri oleh Pak Husin kelihatan terkejut dan berasa hairan kerana tidak pernah owang yang mempunyai kereta mewah seperti yang sedang mereka lihat itu singgah ke rumah mereka yang tidak seberapa itu.
Sejurus selepas itu kelihatan wajah anak sulungnya itu yang memakai pakaian yang kemas dan segak keluar dari kereta mewah itu. Terlihat wajah anak sulungnya itu membuatkan hati Pak Husin dan Mak Jak melonjak kegembiraan setelah hampir sebulan mereka tidak menatap wajah anak kesayangannya itu. Walaupun mereka sering berkiriman surat tetapi tidak terlepas rindu dihati sekiranya mereka tidak melihat dan memeluk tubuh anak mereka itu.
Adam yang sudah lama tidak melihat wajah kedua orang tuanya itu membuatkan Adam berlari sambil membukakan kedua-dua tangannya untuk menyambut pelukan yang diberikan Pak Husin dan Mak Jah. Mereka bertiga berpelukan melepaskan rindu masing-masing seperti sudah lama tidak berjumpa sedangkan tidak sampai sebulan pemergian anak sulungnya itu. Amran yang sedang berdiri di sudut kereta yang dilindungi pintu kereta yang masih tidak di tutup hanya melihat kasih sayang yang dipaparkan oleh keluarga Adam tanpa sebarang suara kerana dia mengerti bahawa kasih sayang Pak Husin dan Mak Jah kepada anaknya tidak dapat dibandingkan dengan apapun walaupun dengan wang ringgit.
Adam yang baru sahaja selesai melepaskan rindunya teringat bahawa dia membawa seorang tetamu bersamanya dan hampir terlupa akan kehadiran tuannya itu keran begitu asyik dengan pelukan yang sudah lama dia tidak rasakan semenjak pergi ke Kuala Lumpur. Adam yang masih berasa segan dengan apa yang sedang berlaku menjemput Amran untuk dikenalkan kepada kedua orang tuanya itu.
“Ibu ayah, ni Tuan Amran. Dia ni bos saya dengan tempat saya keje tu. Dia ke sini untuk merasai suasana di kampung kita ni. Dan kalau boleh dia nk tumpang tidur di rumah kita ni selama tiga hari. Abang, ni ayah dan ibu saya dan dikampung ni mereka dipanggil dengan nama Pak Husin dan Mak Jah.”
“Pak Husin, nama saya Amran. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya kehadiran saya ini menyusahkan pak cik sekeluarga. Bila Adam menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung membuatkan saya ingin ikut sekali kerana sudah lama saya tak merasa cara hidup dikampung.” jelas Amran kepada Pak Husin sambil menghulurkan tangan untuk mengenalkan diri.
“Ish, takda apa la anak. Pak cik mengalu-alukan sapa pun tetamu yang hadir ke rumah pak cik ni. Pak cik yang sebenarnya berasa malu kerana hanya mampu sediakan apa yang ada je untuk anak Amran.”
“Tak ada apa la pak cik. Saya faham. Saya masa di kampung dulu juga berasal dari keluarga yang bukan senang. Sekarang ni je baru senang sikit. Alhamdulillah.” tambah Amran.
            Selang beberapa minit mereka berbual di halaman rumah Pak Husin, azan Mahgrib mulai berkumandang di langit dari surau berhampiran yang menandakan siang yang indah akan meninggalkan kita manakala malam yang damai akan menghadirkan diri.



Comments

Popular Posts