RAHSIA (BAB 6)

BAB 6 : HAPPY BIRTHDAY SARAH!!!
Hari ini genap enam belas tahun umur Sarah. Amran dan Anis merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun untuk memberikan kejutan kepada Sarah. Pelbagai persiapan untuk mengadakan majlis tersebut telah tersedia di rumah Amran. Kek, makanan, minuman dan perhiasan merupakan pihan Anis sendiri kerana Anis lebih mengetahui setiap kegemaran anaknya itu.
Adam juga dijemput untuk hadir ke majlis tersebut untuk membantu Anis dari segi persiapan hiasan yang menghiasi majlis tersebut. Adam ditugaskan untuk mengantungkan hiasan di setiap sudut rumah Amran untuk kelihatan lebuh meriah.
Hubungan antara Adam dan keluarga Amran mulai rapat sejak Adam mulai berkerja sebagai pembantu peribadi Amran jugaa kerana Amran sering membawa Adam ke rumah sekiranya ada majlis seperti rumah terbuka dan hari keluarga. Amran sudah menganggap Adam sebagai ahli keluarganya sendiri dan Amran juga sudah mulai rapat dengan keluarga Adam di kampung. Sepanjang hampir setahun Adam bekerja dengan Amran, Amran sering mengikuti Adam pulang ke kampung apabila mempuyai masa terluang kerana di sana dia dapat melarikan diri dari kesibukan di ibu kota ini yang sering membuatkan fikiran Amran bercelaru
Anis cukup memahami suaminya itu kerana sebelum kedatangan Adam dalam kehidupan mereka, Anis dan Amran sering melancong dan melawat ke luar dan juga dalam negara jika mempunyai kesempatan. Anis sering bercanggah pendapat dengan Amran dalam memilih tempat untuk bercuti kerana Anis lebih gemar memilih tempat yang mempunyai kemudahan seperti gedung membeli belah dan hotel yang bertaraf lima bintang . Bagi Amran pula sering memilih tempat yang mendekatkan diri dengan alam sekitar dan hidupan liar. Bagi Amran, jika memilih tempat seperti yang Anis gemari lebih baik tidak bercuti kerana tempat seperti itu tidak memberikan ketenangan kepada fikirannya.
Oleh itu, apabila Amran pulang ke kampung Adam, Anis tidak pernah menyatakan hasrat untuk mengikuti ke kampung. Hal ini menyebabkan Amran lebih selesa pulang ke kampung Adam keran dapat berjauhan sebentar dengan masalah keluarga dan kembali dengan cara hidup keluarga kampung yang pernah dia rasai dahulu.
Para tetamu jemputan seperti rakan niaga Amran, teman karib Anis dan sahabat-sahabat terdekat Khairi dan Sarah sudah mulai kelihatan di dalam majlis itu. Namun, Sarah masih belum pulang dari sekolah kerana mempunyai latihan berpidato untuk pertandingan pidato yang dia sertai.
Peluang ini yang digunakan sebaik mungkin oleh Anis untuk merancang segala kejutan majlis ulang tahun ini kerana Anis cukup mengetahui segala aktiviti anak bongsunya itu. Anis yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengambil Sarah di sekolah sudah kelihatan di luar rumah. Tetamu yang sedang berada di dalam rumah bersiap sedia untuk memberi kejutan kepada Sarah apabila dia membuka pintu.
“Surprise!!!” tetamu mengucao serentak.
Sarah yang tidak mengetahui mengenai rancangan sambutan ulang tahun kelahirannya itu menjerit terkejut apabila terdapat ramai tetamu berada dirumahnya dan menjerit mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Kelopak mata Sarah terlihat titisan air mata yang mulai menitis kerana terharu atas apa yang dilakukan oleh ayah dan ibunya itu. Dia tidak menyangka bahawa kedua orang tuanya itu masih mengingati ulang tahunnya.
“Tima kasih, ayah. Tima kasih, ibu. Tima kasih, abang.”ucap Sarah.
“Selamat ulang tahun Sarah. Ayah harap kamu akan berjaya dalam kehidupan kamu dan menjadi seorang wanita yang tabah kelak.” Ucapan Amran kepada anak bongsunya itu.
“Ibu juga mahu cakap benda yang sama. Ibu harap kamu akan menjadi seorang anak yang baik dan patuh.”
Khairi hanya mendiamkan diri dan hanya mengosok kepala adik kesayangannya itu sambil tersenyum. Sarah yang sudah faham dengan pikiran abang sulungnya itu hanya memahami dan lantas memeluk Khairi sebagai tanda terima kasih dan juga sebagai tanda kasih sayangnya kepada Khairi.
Waktu sudah menunjuk hampir memasuki tengah malam. Para tetamu yang hadir ke majlis itu mula meninggalkan kediaman Amran. Hanya sekumpulan tetamu sahaja yang masih tinggal dan kelihatan hangat bercerita antara satu sama lain. Pelbagai isu yang menjadi tajuk utama perbincangan mereka dari politik hinggalah isu anak-anak mereka.
Mereka terlalu asyik dengan isu yang dibincang hingga lupa akan masa yang kian berlalu pergi tanpa mempedulikan sesiapa. Adam yang sedang sibuk membantu bibik mengemas rumah tidak mempedulikan apa yang terjadi antara tetamu yang hadir dan apa tajuk utama mereka keranan dia hanya memikirkan untuk segera selesaikan kerja yang sedang dilakukan. Dalam fikiran Adam hanya mempunyai bayangan katil empuk yang sedang melambai meminta untuk dibaring.
Sejak petang tadi Adam tidak berhenti melakukan kerjanya kerana dia mengetahui tugasnya sebagai pembantu peribadi Amran yang turut memainkan peranan penting dalam memastikan majlis yang dianjurkan oleh tuannya itu berjaya dilaksanakan dan mendapat pujian daripada tetamu yang hadir. Adam yang sudah kelihatan biasa melakukan kerja-kerja rumah tidak kekok membantu bibik.
Amran yang merasakan tekaknya kering mula meninggalkan tetamu yang sedang rancak berbual untuk pergi mendapatkan air suam di dapur. Amran hanya tersenyum memerhatikan telatah Adam yang sedang sibuk mengemas dapurnya. Jauh disudut hati Amran, dia berasa sungguh bersyukur dapat mengenali Adam yang mempunyai sopan santun yang tinggi serta menghormati setiap orang yang dijumpainya. Seperti yang sedang dilihat oleh Amran ketika itu, Adam juga merupakan seorang anak muda yang cukup ringan tulang untuk membantu orang lain.
Fikiran Amran mengatakan bahawa bukan mudah untuk menjumpai anak muda yang mempunyai ciri-ciri anak Melayu dalam diri mereka. Amran yang pada mulanya mulai menghampiri Adam dari belakang yang sedang membasuh pinggan dan antara mereka dipisahkan dengan kaunter dapur yang dibina di tengah ruang dapur. Amran menarik kerusi yang disediakan di kaunter itu untuk duduk melepaskan penat.
“Adam, tolong hulurkan abang cawan tu?” pinta Amran.
Adam yang terkejut mendengar suara yang memanggil namanya menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya. Setelah melihat Amran yang sedang berada dibelakangnya, Adam hanya tersenyum sambil menghulurkan gelas yang baru sahaja dibasuhnya.
“Kesian kamu sebab kene tolong handle majlis abang ini. sekarang pun kene tolong basuh pinggan pulak. Kesian kamu abang tengok.” luahan Amran.
“Ish, tak ada apalah abang. Saya dah biasa tolong ibu dekat kampung dengan kerja-kerja rumah ni. Ni biasa je.”
“Kamu lepas ni balik rumah ke?” soal Amran.
Adam yang mendengar soalan Amran hanya mengangguk sebagai tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Azman.
“Kalau macam tu apa kata kamu tidur di sini. Risau pulak abang tengok kamu nk balik rumah naik moto malam-malam ni. Lagi pun besok bukan kerja pun. Macam mana?” pinta Azman.
Adam memberhentikan kerja yang sedang dilakukannya apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Amran. Adam memikirkan sejenak sama ada ingin bermalam di rumah Amran ini atau pulang sahaja ke rumah. Jauh dalam hati Adam ini bermalam kerana walaupun jarak antara rumah sewa dengan rumah Amran tidaklah begitu jauh tetapi suasana yang gelap sepanjang perjalanan membuat Adam memikirkan berkali-kali.
“Sudahlah. Kamu tak payah pikir lagi. Kamu tidur je sini. Nanti abang suruh bibik siapkan bilik tetamu untuk kamu. Okey?”
“Baiklah. Saya ikut je.” jawab Adam setuju.
Kakinya melangkah perlahan menuruni tangga. Begitulah aktiviti harian Amran apabila malam semakin meningkat siang. Amran sering terjaya pada waktu tengah malam sekiranya dia berasa dahaga atau ingin ke bilik air. Akibat terjaga dari tidur menyebabkan Amran sukar untuk melelapkan kembali matanya. Sekiranya Amran berasa sukar untuk tidur, dia akan ke dapur untuk mendapatkan aiskrim yang memang tersedia dalam peti sejuk. Ini telah menjadi perkara wajib yang dilakukannya pada setiap malam.
Malam itu dia merasakan seperti mempunyai kelainan daripada hari yang biasa kerana kali ini dia terdengar bunyi bising dari arah dapur yang menandakan seperti ada orang yang sedang berada di dapur. Setelah mendengar bunyi bising ini terdetik di fikiran Amran bunyi itu dihasilkan oleh orang yang mencuba untuk memecah masuk ke dalam rumahnya? Amran yang sudah siap menyediakan sebatang kayu hoki di satu sudut dalam menuju ke ruang dapur untuk digunakan dalam situasi bahaya.
Kayu hoki tersebut diambil oleh Amran untuk melindungi dirinya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga. Amran berjalan dengan perlahan sambil membelakangkan badannya kedindin untuk langkah berjaga-jaga. Amran cuba melirik ke ruang dapur untuk memastikan dari mana datangnya bunyi bising itu.
“Kamu rupanya. Abang ingat sapa tadi. Abang ingat pencuri nak cuba pecah masuk rumah abang tadi. Rupanya kamu yang curi makan rupanya?” kata Amran sambil menunjukan kayu hoki yang dipegangnya kepada Adam.
Ternyata bunyi bising yang datang dari dapur dihasilkan oleh Adam. Adam yang baru keluar dari bilik air tidak dapat melelapkan mata kerana dia berasa lapar dan sedang mencari makanan lebihan dari majlis ulang tahun kelahiran Sarah tadi. Adam hanya makan sedikit sahaja ketika majlis diadakan kerana terlalu leka melayan tetamu yang hadir. Terpancar di wajah Amran bersyukur kerana apa yang dibayangkan tidak berlaku dan ternyata bukan pencuri yeng berada di dapurnya. Adam yang terkejut hanya mampu tertawa dengan telatah tuannya itu.
“Apa yang kamu buat pagi-pagi ni kat dapur ni?” tanya Amran kehairanan.
“Tadi saya baru lepas ke bilik air. Lepas tu tak boleh nak tido balik sebab perut rasa lapar. Abang pulak?”
“Abang memang ni aktiviti harian abang. Abang selalu terjaga pagi-pagi macam ni. Bila bangun, turun dapur ambik aiskrim dan makan.” jelas Amran sambil membuka peti sejuk. Tangannya mengapai sebekas aiskrim yang disimpan di bahagian atas peti sejuk itu. Lalu dihulurkan kepada Adam untuk dikongsi.
“Nah. Jom kita makan sama-sama. Kamu ambik satu sudu kat belakang tu.” pinta Amran kepada Adam.
Adam yang mendengar lantas bangun untuk mendapatkan sudu yang Amran inginkan. Amran memanggil Adam untuk mengubah tempat duduk ke sampingnya. Adam menarik kerusi yang tinggi itu ke samping Amran seperti yang diinginkan. Mereka rancak membualkan perkara-perkara peribadi keada selama Adam menjadi pekerja Amran, Amran kurang menanyakan hal peribadi Adam kerana dia berpendapat tidak baik menyibuk hal orang lain.
“Kamu kata kamu dulu pernah ada awek kan? Sapa nama dia?” aju Amran.
“Tu kisah lama abang. Zaman sekolah dulu. Nama dia Balqis tapi saya panggil dia Qis je.” jelas Adam kepada Amran sambil tersenyum malu.
“Lama pun, kamu tetap bercouple dengan dia kan? Berapa lama kamu bercinta monyet dengan dia?”
“Kita orang couple setahun je abang. Dari awal tingkatan lima sampailah akhir tingkatan lima.”
Perbualan mereka semakin rancak. Wajah Adam yang sebelum ini kelihatan mengantuk kembali menjadi segar setelah menceritakan pengalamannya di kampung kepada Adam. Pelbagai cerita serta pengalaman yang bertukar ganti menjadi tajuk utama perbualan mereka dan gelak ketawa mereke bergema di ruang dapur yang besar itu.
Sedang asyik melayan kenangan lama, tangan Amran secara tiba-tiba menarik tubuh Adam supaya lebih mendekatinya. Adam yang terkejut dengan tindakan Amran tidak dapat menyembunyikannye dengan apa yang dilakukan oleh Amran. Amran menarik tubuh Adam dan meramatkan jarak kedudukan dan mereka saling bertentangan mata.
Halkum Adam kelihatan tidak duduk diam di lehernya menelan air liur kerana merasakan sesuatu yang tidak pernah dia rasakan. Amran mulai meletakkan kedua belah tangannya di atas kedua belah paha Adam. Amran mula mencari keberanian yang kian hilang sebelum dapat melepaskan ayat yang saat itu hanya berada di hujung lidah.
Kucupan hangat hinggap di bibir Adam sebagai tanda apa yang ingin diluahkan oleh Amran. Amran berasa tidak terdaya untuk melepaskan apa isi hatinya yang selama ini telah tersimpan rapi sejak kehadiran Adam dalam kehidupannya melalui kata. Amran menyedari bahawa nalurinya yang dahulunya telah terkubur kini telah kembali semula menghantui dirinya sejak kehadiran Adam.
“Apa yang abang cuba buat ni?” teriak Adam sambil menolak Amran jauh darinya.
“Maafkan abang Adam. Abang Cuma tak dapat kawal diri abang. Abang sebenarnya suka pada Adam.” jelas Amran bersama perasaan serba salah yang menebal dalam dirinya.
“Tapi abang, kita ni laki sama laki. Mana boleh bercinta. Tak elok abang!” Adam berteriak kecil.
“Tapi abang tak dapat bendung perasaan abang pada Adam. Memang betul apa yang abang buat ni tak betul tapi abang sayang Adam lebih dari sayang seorang abang kepada adiknya.” jelas Amran lantas menampakkan takungan air di matanya.
Adam memandang Amran dengan penuh tanda tanya. Adakah apa yang sedang terjadi ini benar-benar terjadi. Adakah di sedang bermimpi? Pelbagai soalan yang mulai hadir dalam hati Adam. Perasaan marah masih tersisa di hati namun perasaan sedih melihat Amran yang menagis kerana malu membuatkan perasaan marah kian hilang.
Adam yang masih terkejut dengan apa yang terjadi mulai berjalan meninggalkan rumah agam Amran tanpa sebarang ucapan. Adam menghidupkan motorsikalnya itu lalu pulang meninggalkan Amran yang masih duduk terdiam menangis anak kecil di ruang dapur.



Comments

Popular Posts