BERCINTA DI BALIK API BABI (Azwar Kamaruzaman)




TAJUK : Bercinta Di Balik Api Babi
PENULIS : Azwar Kamaruzaman
TAHUN TERBITAN : 2013

Novel yang dikarang oleh Azwar ini merupakan sebuah cerita yang begitu mennyentuh hati kerana ini merupakan sebuah cerita yang sering berlaku di sekeliling kita dan menggambarkan sebuah masyarakat yang ternyata memang benar2 berlaku.
Novel ini mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Sulaiman atau Leman yang berusia 15 tahun yang sering menjadi bahan ejekan rakan sekolah, guru dan pekerja disekolahnya. Malahan sering menjadi bahan umpatan jiran setempat tidak kira tua atau kanak2 dengan panggilan ‘BABI’.
Leman digambarkan seperti itu kerana dia merupakan anak luar nikah atau sering dipanggil sebagai anak haram atas perbuatan ibunya yang merupakan seorang pelacur di sebuah kelab malam yang bernama Pauziah atau nama glamour ialah Paul.
Paul seorang wanita berusia 45 tahun yang masih mempunyai susuk tubuh seperti gadis remaja dan Paul digambarkan seorang wanita yang begitu rendah di dalam novel ini kerana beliau sanggup mengunakan apa cara sekalipun demi menjadi seorang yang kaya.
Paul tidak pernah mengambil peduli akan keadaan Leman. Leman mempunyai seorang kawan perempuan tomboy yang sering bersama dengannya dan sering membantunya dalam apa jua keadaan, Azmi. Persabahatan mereka terjalin dengan begitu baik sehinggalah…

#aq begitu kagum dengan penulis ini kerana dia mampu menceritakan keadaan yang begitu terperinci setiap keadaan yang dituliskan dlam novel ini hinggakan aq dapat rasa bagaimana situasi itu sehinggakan situasi yang meloyakan mampu membuatkan aq terasa nk muntah. Usianya 19 tahun ketika bku ini diterbitkan tidak kelihatan dengan hasil penulisan yang begitu best bagi aku…

Comments

Popular Posts