SILENCED (Dong Hyeuk Hwang)

TAJUK : Silenced
PENGARAH : Dong Hyeuk Hwang
TAHUN : 2011
NEGARA : Korea

baru2 ni aq ada tonton sebuah cerita/movie korea yang sungguh menyentuh perasaan aq sbb cerita yang aq tengok ni merupakan cerita yang diadaptasi dari sebuah kisah benar yang telah berlaku di Gwangju Inhwa School di Korea pada tahun 2005. 
cerita ini mengisahkan seorang guru yang ditugaskan dibuah sekolah pelajar kurang pendengaran untuk mengajar disana. cerita ini menyedihkan kerana setelah dia bertugas disana, dia mendapati pelajar cacat pendengaran disana telah dicabul kehormatan semenjak umur 13tahun lagi tanpa ada sebarang belas kasihan kepada mereka. dan mereka tidak dapat melaporkan kes ini kerana nama baik yang dimiliki oleh pengetua sekolah itu yang merupakan salah seorang dri pencabul mempunyai nama yang cukup baik dikalangan masyarakat hingga membuatkan msayarakat tidak mempercayai apa yang telah diperkatakan oleh pelajar tersebut.
hal ini berterusan sehinggalah seorang guru lelaki telah membela mereka atas faktor kemanusian dan membawa kes ini ke muka pengadilan yang juga mempunyai pelbagai halangan. pelbagai halanagan telah ditempuhi oleh guru tersebut bagi memastikan para pelajarnya dibela nasibnya.

#bagi aq ini merupakan satu cerita yang sungguh baik kerana melalui dari cerita ini kita akan muhasabah diri kita sebagai seorang masyarakat yang baik. dan cerita ini juga menceritakan mengenaik kurang pembelaan terhadap golongan yang sepatutnya kita bantu dan bukannya merosakkan mereka. sebenarnya aq x snggup nk tngok cter ni sbb dia sedih sangat. aq tngok sikit2. tp  cerita dia mmg best.. >_< <3<3<3




Comments

Popular Posts