RAHSIA (BAB 13)

BAB 13 : DAMAI
Anis melangkah dengan penuh perlahan menuruni tangga. Hati Anis terasa pilu apabila hubungan yang terjalin bersama Amran selama dua puluh tahun kini sudah berakhir. Hubungan suami isteri antara Amran dan Anis sudah diakhiri di salah sebuah mahkamah syariah.
Khairi dan Sarah hanya mengikuti langkah dari belakang dengan hari yang penuh pilu. Mereka berasa sungguh sedih kerana hubungan ibu bapa mereka kini sudah berakhir dengan sekelip mata. Mereka bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi.
Anis teringat akan kejadian yang berlaku ketika Anis memberitahu bahawa dia akan bercerai dengan Amran kepada anak-anaknya. Anis hanya memberitahu kepada mereka yang Anis dan Amran akan bercerai disebabkan mereka sudah tidak bersefahaman antara satu sama lain lagi. Air mata Sarah mula bercucuran kerana tidak percaya dengan perkhabaran yang baru sahaja didengarnya. Manakala Khairi hanya menerima berita itu dengan penuh kesabaran kerana Khairi memahami jodoh Amran dan Anis tidak lama dan tidak ada apa pun yang dapat menghalang.
Lamunan Anis terhenti apabila terlihat Amran yang sedang berdiri dihujung tangga menunggu kehadirannya. Amran yang kelihatan segak dengan baju kemeja putih bersama songkok hitam dan berkaca mata hitam sedang berdiri disamping Adam yang sedang menunggu kehadiran Anis serta anak-anak.
Sarah yang terlihat susuk tubuh ayahnya itu berlari dengan pantas mendapatkan ayahnya. Sarah mengeluarkan air mata ketika memeluk Amran. Esakan yang dikeluarkan Sarah membuatkan percakapannya tidak jelas.
“Ayah, kenapa ayah bercerai dengan ibu? Ayah dah tak nak duduk dengan kami lagi ke?”tanya Sarah.
“Sarah, ayah bukan tak nak tinggal atau tak sayang dengan Sarah lagi. Cuma ayah dengan ibu ada masalah yang buat masa ni ayah tak dapat nak terang pada Sarah dan juga abang. Lagi pun bila hujung minggu kita dapat jumpa lagi.”jelas Amran lantas menghapuskan air mata yang mengalir di wajah Sarah.
“Ayah tak pergi mana-mana. Ayah masih ada dekat Kuala Lumpur. Kita masih boleh jumpa Cuma ayah tak dapat tinggal dengan ibu, Sarah dan abang. Apa-apa Sarah talifon ayah tau?”arah Amran.
Sarah hanya mengangguk faham. Amran menggamit Khairi yang masih berdiri di belakang Anis untuk datang rapat kepadanya.
“Khairi, sekarang ayah takda untuk jaga keluarga. Ayah tak mampu lagi nak menjadi ketua keluarga. Mulai sekarang kamu yang akan menjadi ketua keluarga dan menjaga ibu dengan adik. Ayah harap kamu dapat lakukan. Ayah mintak maaf selama ini ayah Cuma menjadi penghalang untuk kamu mencapaii cita-cita kamu kerana ayah Cuma mahu yang terbaik untuk kamu. Ayah mintak maaf.”ucap Amran.
Khairi yang mendengar kata-kata Amran terus mendakap ayahnya itu dengan aliran air mata yang mengalir dengan tiba-tiba. Walaupun Khairi tidak mengeluarkan sepatah kata pun dari mulutnya, Amran dapat merasakan yang Khairi akan cuba sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Mata Adam mula berkaca ketika melihat situasi yang sedang berlaku dalam keluarga Amran. Adam masih dapat merasakan kasih sayang yang terjalin dalam hubungan mereka walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama. Adam cuba memalingkan wajahnya kerana tidak mahu dilihat oleh Khairi dan Sarah air matanya yang sedang mengalir.
Amran terlihat menghampiri Anis dengan penuh perlahan. Perasaan bersalah yang masih tersimpan di hatinya membuatkan Amran berasa amat malu untuk bertemu dengan Anis. Namun, senyuman yang dilemparkan Anis membuatkan serba salah yang menyelubungi perasaan Amran mulai berkurangan.
“Anis, abang mintak maaf lagi sekali atas apa yang berlaku. Abang tahu yang semua ni berpunca daripada abang. Abang harap abang dapat putarkan masa dam membaiki semua yang berlaku.”ujar Amran.
“Saya sudah lama maafkan abang. Saya redho dengan apa yang terjadi. Mungkin semua ini ada hikmah disebaliknya. Insyallah.”balas Anis.
Amran hanya tersenyum melihat wajah Anis yang penuh keihklasan atas apa yang berlaku. Adam melihat Anis dan mulai terseyum apabila Anis melihat wajahnya. Anis juga tersenyum melihat senyuman Adam. Walau Anis berasa sungguh sedih dengan apa yang berlaku, Anis masih bersyukur dengan apa yang terjadi dia masih mempunyai anak-anak yang masih tetap bersamanya dan yang paling penting Khairi dan Sarah masih menghormati Amran sebagai ayah mereka.
Anis berlalu pergi bersama Khairi dan Sarah yang berada disisinya. Amran dan Adam hanya melihat Anis meninggalkan mereka dengan penuh perasaan berterima kasih kepada Anis kerana masih menerima mereka atas kesalahan yang mereka lakukan.

Keindahan Kampung Silah yang tidak lagi diteroka membuatkan Amran melarikan diri dari suasana kesibukan kota yang sering memberatkan fikirannya. Amran yang gemar akan keindahan semula jadi membuatkan dia tidak pernah jemu untuk datang ke kampung Adam itu walaupun sudah begitu sering dia datang bersama Adam.
Sejak Amran dan Anis membawa haluan masing-masing, Amran sering pulang ke kampung Silah bersama dengan Adam. Amran merasakan kehidupan kampung yang diperolehi ketika berada dengan keluarga Pak Husin membuatkan semua masalah yang dihadapi hilng buat seketika. Keramahan keluarga Pak Husin membuatkan Amran berasa selesa dan tidak berasa kekok. Hafiz dan Hafizah juga menjadi semakin rapat dengan Amran sejak dia sering hadir ke rumah usang mereka itu. Amran sering membelikan keperluan persekolahan adik-adik Adam itu kerana dia berasa dia juga bertanggungjawab memastikan kehidupan keluarga Adam dalam keadaan yang baik.
Amran tidak mahu melihat orang yang kita sudah menjadi orang yang terpenting dalam diri menderita seorang diri menyara keluarga. Hal ini membuatkan Amran begitu ingin membantu keluaga Pak Husin walaupun sering dimarahi oleh Adam. Adam tidak mahu orang lain menyalah anggap atas bantuan yang dihulurkan oleh Amran. Adam tidak mahu orang  sekeliling menyangka perhubungan antara mereka adalah berlandaskan wang dan kemewahan semata-mata.
Walaupun ibu dan ayah Adam tidak mengetahui hubungan sebenar mereka, tetapi Adam percaya bahawa Pak Husin sudah mulai curiga dengan kemesraan yang dilemparkan oleh Amran kepadanya. Namun itu hanyanya andaiannya sahaja daripada lirikan mata ayahnya yang sering melihat pelik atas bantuan Amran itu.
Pagi itu Amran terbangun daripada tidur disebabkan cahaya matahari yang terpancar ke mukanya yang sering menjadi jam loceng untuknya. Walaupun matahari sudah tegak di atas kepala, kesejukan masih terasa di tubuh Amran. Selimut yang nipis tidak dapat memanaskan tubuhnya yang hampit menggigil akibat kesejukan.
Adam yang sedang tidur dengan lena di sebelah dipeluk erat oleh Amran. Badan Adam yang tidak berbaju terasa hangat apabila dipeluk. Kesejukan yang dirasakan oleh Amran sebelum ini mulai berkurangan.
Adam yang turut kesejukan berasa sungguh selesa dengan kehangatan yang terhasil dari pelukan mesra Amran itu. Deruan nafas panas yang terasa di kepala, membuatkan Adam terjaga dari tidurnya yang lena. Deruan angin nafas yang bersentuhan dengan kulitnya terasa begitu selesa sehinggakan senyuman mulai terukir di bibir Adam.
Tangan Adam meraih tangan Amran yang melingkari tubuhnya itu sambil memusingkan tubuhnya melihat Amran. Kini wajah Adam berada tepat dihadapan wajah Amran. Adam membuka perlahan matanya yang masih berat untuk melihat wajah tampan Amran pada waktu pagi. Adam melihat wajah Amran yang kini sudah mulai ditumbuhi dengan jambang yang nipis berwarna hitam diselang seli putih.
Adam membelai perlahan wajah Amran yang berasa dihadapannya itu. Jambang Amran disentuh dengan perlahan.kemudian, kucupan selamat pagi diberikan oleh Adam kepada Amran.
“Selamat pagi, abang.”ucap Amran selepas memberikan ciuman.
“Selamat pagi, sayang.”jawab Amran.
“Lena tidur abang?”
“Lena sangat. Dah lama abang tak rasa nikmat tidur yang macam ni. Lagi-lagi bila Adam ada dekat sebelah Abang.”jawab Amran sambil mencium bibir Adam lagi.
Kemesraan mereka terhenti apabila pintu bilik Adam diketuk dengan kuat oleh Pak Husin.
“Adam! Amran! Bangun! Dah siang dah ni! Mari sarapan!”ucap Pak Husin.
Mendengar panggilan Pak Husin membuatkan Adam kelam kabut bangun mencari bajunya yang sudah tidak tahu kemana arahnya. Amran yang juga turut terperanjat bangun dari baringnya dengan kelam kabut tanpa menyedari kain pelikat yang disarungnya terlucut. Lantas dengan cepat Amran menarik kembali kain pelikatnya yang sudah terlondeh sepenuhnya. Adam yang hanya melihat tingkah Amran ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya yang sakit akibat gelak yang terlalu kuat. Amran juga turut berasa malu dengan apa yang terjadi.
Setelah suasana didalam bilik mulai kembali tenang, Adam membuka pintu bilik menuju ke ruang dapur sambil masih tersenyum memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi. Amran yang berada dibelakangnya hanya mengikuti Adam sambil mencubut pinggang Adam yang asyik tersenyum. Adam menjerit kecil sambil terus ketawa kecil.


Comments

Popular Posts