DOSA (Nuril Basri)

TAJUK : Dosa
(TAJUK ASAL : Bukan Perjaka)
PENULIS : Nuril Basri
(PETERJEMAH : Nabila Najwa)
PENERBIT : Buku FIXI
Novel ini mengisahkan seorang anak remaja yang bernama Riki
yang masih berumur 18 tahun. Cerita ini menceritakan Riki yang masih tinggal dengan
keluarganya yang hidup serba kekurangan. Cerita ini bermula apabila Riki
mendengar perbualan ibubapanya yang berhajat untuk menghantarnya pergi ke
sekolah pondok setelah abangnya
berkahwin.
Riki yang mendengar perbualan itu cuba memberontak dengan keluarganya
dengan memasuki sekolah pondok. Semasa di sekolah pondok Riki menemurakan-rakan
yang baru yang mempunyai pelbagai cerita dan latar belakang. Di saat itulah
riki berjumpa dengan Paris seorang lelaki lembut yang satu sekolah denannya,
Oskar lelaki yang dijumpai berdarah di lantai sekolah pondok, Yusuf seorang
anak muda yang tinggal di sekolah pondok itu bersama abangnya, dan Iwenk yang
merupakan seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk wang.
Kehidupan Riki semakin berubah sejak berkenalan dengan
mereka. Sejak itu Riki kenal akan erti hidup ketika berada disamping
rakan-rakan yang mempunyai keinginan yang begitu besar sehinggakan sanggup
melakukan yang terlarang.
“Tapi memang jika berjodoh dan
ditakdirkan lagi satu denan yang lain, sayap-sayap kami yang sudah terkoyak
patah pada hari itu, suatu saat akan sembuh dan membawa kami terbang kembali ke
sarang yang sama. Mungkin suatu saat nanti kami akan tak sengaja berkumpul di
warung-warung ‘ala Paris’ku, siapa tahu?”
#buku ni salah satu buku yang luar dari genre buku di negara
kita ni sebab buku ni buku Indonesia yang diterbitkan ke bahasa Melayu. Buku
ini mengisahkan remaja lelaki yang memberontak, yang ingin menjadi wanita, yang
ingin menjadi kebal dan yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wang.
Yang paling penting buku ini menceritakan mengenai persahabatan yang terjalin
antara empat remaja walaupun kehidupan mereka digelarkan kehidupan yang berDOSA.
Comments