RAHSIA (BAB 16)

BAB 16 : PEMERGIAN
Kesedihan mulai menjadi perhiasan di rumah Pak Husin. Mak Jah yang sedang membaca yasin bersama rakan-rakan yang lain menitiskan air mata kesedihan apabila memikirkan suami yang selama ini berada disampingnya kini sudah tiada. Mak Jah tidak tahu apa yang akan terjadi dengan keluarganya setelah suami dan juga ketua bagi keluarganya tiada untuk membimbing mereka.
Hafizah dan Hafiz yang duduk di samping Mak Jah hanya mampu menagis apabila melihat tubuh ayah mereka yang selama ini menceriakan hidup mereka terkujur diatas tilam yang telah disediakan ditengah ruang tamu rumah kecil itu yang sudah siap dikapankan. Mereka berasa begitu kehilangan kerana mereka tidak dapat lagi mendengar gelak ketawa dari pada ayah mereka itu ketika mereka mengusiknya. Bagaikan semua itu diragut dari kehidupan mereka.
Tiba-tiba, Hafiz bangun meninggalkan ibu dan kakaknya mencari abang Adam yang menghilang setelah memandikan ayahnya itu. Ketika Hafiz menuju ke ruangan dapur, Hafiz terlihat Adam yang sedang terduduk diam seorang diri di muka pintu dapur. Hafiz yang datang dari belakang memegang bahu Adam dengan perlahan supaya Adam tidak terkejut dengan kehadirannya.
Ketika Adam menyedari kehadiran adiknya itu, Adam dengan pantas menghapuskan air matanya supaya tidak dilihat oleh Adam.
“Abang! Abang buat apa sorang kat sini? Abang menangis ke?”tanya Hafiz
“Tak adalah. Abang suka duduk sorang-sorang dekat sini. Mana ada abang menangis, mata abang masuk habuk.”jawab Adam.
“Abang, ayah sudah tak ada. Macam mana dengan kita?”
“Apa maksud Hafiz?”tanya Adam keliru.
“Mampu ke mak nak sara kita semua?”tanya Adam lagi.
“Kalau itu, Hafiz jangan risau ye? Abangkan dah kerja, semua pembelanjaan abang akan tanggung lepas ni. Hafiz jangan risau ye?”balas Adam.
Hafiz meninggalkan Adam seorang diri kembali di muka pintu itu dan pergi menuju ke ruang tamu. Adam yang kini kembali  sendiri teringat akan apa yang terjadi di hospital semalam. Masih jelas diingatan Adam ketika dokter yang merawat ayahnya keluar memberitahu bahawa mereka tidak dapat membuat apa-apa dengan Pak Husin. Pak Husin yang dalam keadaan yang kritikal tidak boleh dilakukan apa lagi. Kecederaan yang dialami oleh Pak Husin begitu parah di bahagian kepala yang menyebabkan Pak Husin kehilangan banyak darah.
Adam yang terkejut mendengar penjelasan daripada dokter merasakan dunianya menjadi sunyi seketika. Bunyi kesebukan jururawat melayani pesakit lain bagaikan terdiam seketika. Adam bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh dokter. Ketika itu Adam merasakan segala percakapan yang keluar dari mulut lelaki yang memakai baju putih itu hanyalah satu pernipuan.
Air matanya yang sebelum ini sudah kering kembali membasahi pipinya. Adam tidak mampu menahan air matanya daripada keluar. Lantas Adam lari meninggalkan keluarganya yang turut meratapi pemergian ayahnya itu. Adam tidak mahu ahli keluarganya melihat dirinya sebagai seorang yang lemah.
 Amran yang melihat Adam pergi meninggalkan mereka, mengikuti Adam dari belakang kerana risau sekiranya sesuatu berlaku kepada Adam. Apabila Amran melihat langkah Adam semakin laju meninggalkannya, Amran menarik tangan Adam mengikutinya. Adam terkejut apabila merasakan tangan kirinya ditarik oleh seseorang. Adam yang berasa sedih hanya mengikuti langkah Amran tanpa sebarang kata apa pun.
Apabila sampai ditempat itu, Amran menatap mata Adam yang berkaca menahan kesedihan yang semakin memuncak. Lalu Amran mendaratkan ciuman di kening Adam, lantas memeluk erat tubuh kekasihnya itu. Air mata Adam yang sebelum ini tertahan mulai bercucuran bagaikan air hujan apabila tubuhnya dipeluk oleh Amran.
“Adam, oraang surau dah nak mula sembahyangkan jenazah. Jom?”ujar Amran menghapuskan lamunan Adam.
Adam melihat wajah Amran dengan penuh kesedihan. Adam tidak dapat meluahkan kesedihan yang dirasainya. Namun, Amran dapat merasakannya yang membuatkan Amran memeluk tubuh Adam sambil membisikkan kata semangat kepada kekasihnya itu. Lalu Amran menarik tangan Adam untuk mengikuti sembahyangkan jenazah.
Adam termenung sambil duduk di atas bangku diluar rumahnya memikirkan apa yang akan terjadi kepada keluarganya. Fikirannya masih buntu apabila memikirkan siapa yang akan menanggu kehidupan keluarganya kelak. Adakah mampu dia menanggu keluarganya yang masih mempunyai adik-adik yang bersekolah? Adam terus berfikir perubahan yang akan berlaku setelah pemergian Pak Husin.
Walau bagaimana sekali pun, dia sebagai ketua keluarga menggantikan ayahnya perlu berusaha lebih kuat untuk memasti segala keperluan ibu dan adik-adiknya mencukupi seperti mana ketika arwah ayahnya masih hidup.
Amran yang baru sahaja selesai membantu Mak Jah mengangkat pinggan selepas majlis tahlil selesai, melangkah perlahan daripada belakang menuju ke tempat Adam berehat. Akibat lamunan Adam yang jauh, Adam tidak perasan akan kehadiran Adam di belakangnya hingga membuatkan Adam hampir terjatuh dari atas bangku yang sedang didudukinya kerana terkejut dengah sergah Amran.
“Apalah yang sayang abang sorang ni menungkan? Ingatkan awek ke?”gurau Amran sambil masih menahan ketawanya melihat gelagat Adam.
“Awek apanya abang? Abang nak saya cari awek ke? Boleh ke abang terima madu?”balas Adam dengan nada marah.
“Kalau Adam dah tak sayangkan abang lagi, cari je lah pengganti abang. Abang terima dengan kaki yang terbuka.”gurau Amran lagi sambil membuat raut wajah sedih.
“Kaki terbuka? Bukan tangan ke abang?”tanya Adam sambil ketawa.
“Tau pun. Tu maksudnya kalau Adam ada awek lain, silap-silap Adam dengan awek tu kene penendang dari abang. Sebagai hadiah iklas.”
Adam ketawa sambil mendengar gurauan dari Amran. Setelah selesai gurauan mereka, Adam meraih tangan kanan Amran dan mengelus dengan lembut sekali.
“Abang! Saya nak ucap terima kasih dengan abang.”ujar Adam sambil menatap wajah Amran.
“Terima kasih untuk apa?”
“Terima kasih sebab abang masih berada di sisi saya selama keluarga saya dalam masalah. Abang terus memberikan semangat kepada saya supaya saya tidak mengalah dengan situasi yang dihadapi. Saya ucap terima kasih sangat abang.”
“Adam, abang sayang Adam lebih dari apa pun di dunia ni. Abang tak sanggup untuk kehilangan Adam dan abang akan berusaha sedaya upaya untuk membantu Adam dalam apa sahaja situasinya. Jadi Adam tak perlu risau. Abang janji akan sentiasa disisi Adam. Okey?”balas Amran.
Amran membelai lembut wajah Adam yang terus memerhatikannya. Amran dapat merasakan perasaan sedih yang dihadapi oleh Adam. Sekaligus perasaan sayang dan kasih Adam kepada dirinya. Lantas membuatkan Amran mendaratkan kucupan mesra dibibir tebal Adam. Kucupan itu diterima dengan penuh sayang oleh Adam. Adam merasakan segala masalah yang dihadapi olehnya hilang seketika apabila Amran berada disisinya.
Kucupan mesra mereka terhenti apabila mendengar satu suara yang hadir dari sebalik semak dibelakang mereka.
“Adam! Amran!”ujar Mak Jah perlahan.
Adam yang mendengar suara yang begitu dia kenali membuatkan Adam begitu terkejut. Adam begitu kenal akan suara ibunya walaupun belum melihat dengan jelas raut wajah pemilik suara itu. Apabila Adam begitu pasti dari mana hadirnya suara itu, wajah Adam kelihatan menjadi pucat akibat terkejut. Adam menjadi tidak tentu arah kerana dia berasa takut sekira ibunya melihat apa yang terjadi antara dia dengan Amran sebentar tadi.
Wajah ketakutan Adam mula memaling ke wajah Amran yang turut berdiri dibelakangnya. Amran dapat melihat dengan jelas wajah ketakutan yang dimilik oleh Adam ketika itu. Namun, Amran harus mengakui kerana dia juga turut berasa kuatir sekiranya Mak Jah mengetahui hubungan sebenar mereka berdua.
Amran tidak mahu hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Adam memburukan lagi hubungan kekeluarga antara Mak Jah dengan Adam setelah pemergian Pak Husin. Amran tidak mahu berlaku sebarang perjaduhan terjadi dalam keluarga Mak Jah hanya disebabkan oleh dirinya. Keadaan itu membuatkan Adam dan Amran hanya diam kaku tanpa bersuara kerana berasa kuatir dengan apa yang akan terjadi kepada mereka sebentar lagi.
Mak Jah yang sebelumnya berdiri agak jauh daripada Adam dan Amran  mulai melangkah perlahan mendekatkan jarak mereka. Kini Mak Jah sudah berada dihadapan mereka berdua. Mak Jah dapat melihat wajah mereka bertukar menjadi pucat setelah kehadirannya disitu. Namun apa yang difikirkan oleh Adam dan Amran sebelum ini jauh sama sekali kerana sebuah senyuman mulai terukir di wajah Mak Jah.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain apabila melihat senyuman yang sungguh manis mulai terukir diwajah perempuan tua itu. Pelbagai persoalan mulai bermain di fikiran mereka kerana mereka tidak sangka sama sekali dengan apa yang mereka lihat.
“Adam! Amran! Mak tahu apa yang sedang berlaku antara kamu berdua sekarang. Mak tahu apa sebenarnya hubungan kamu berdua.”ucap Mak Jah sambil duduk dengan memegang erat tangan mereka berdua.
“Apa maksud mak sebenarnya ni?”tanya Adam penuh keliruan.
“Sebenarnya mak tak tahu sebelum ni yang kamu berdua mempunyai hubungan yang serius. Mak tak tahu yang kamu berdua sedang bercinta. Mak mula tahu bila arwah ayah kamu yang beri tahu. Arwah sempat beritahu perkara yang sebenarnya mengenai kamu berdua kepada mak masa di dalam kereta ambulan.”
Mereka berdua makin menjadi tidak tentu arah apabila mendengar penjelasan mereka. Mereka baru menyedari bahawa sebelum pemergian Pak Husin, arwah sudah mengetahu mengenai hal sebenar mereka. Mereka bagaikan tidak percaya telah menarik Pak Husin dan Mak Jah turut serta dalam percintaan terlarang mereka ini. Mereka selama ini tidak ingin menarik Pak Husin dan Mak Jah dalam perhubungan mereka kerena mereke tidak mahu kedua orang tua Adam berasa kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh Adam.
“Mak, Adam mintak maaf atas apa yang berlaku. Adam tahu yang mak berasa kecewa dengan apa yang terjadi kepada Adam. Adam mintak maaf mak.”ucap Adam sambil titisan air mata menuruni di pipinya.
“Adam mintak maaf dengan mak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana Adam tidak mampu menjadi seorang anak yang soleh dan menjadi seorang anak yang boleh mak banggakan. Tapi Adam jujur dengan mak yang Adam tidak dapat lari dari perasaan Adam. Adam tidak mampu terus menipu diri Adam. Cukuplah selama Adam berada dibawah jaga mak dan ayah, Adam cuba memendam perasaan Adam ini. Adam jujur dengan mak yang Adam betul-betul sayangkan Amran.”tambah Adam sambil melutut dipangkuan Mak Jah.
Apabila mendengar penjelasan Adam, hati Mak Jah mulai tersentuh. Titisan air matanya mulai terlihat mengalir dengan perlahan dipipinya yang sudah kelihatan berkedut akibat faktor usia.
“Mak cik, saya pun nak mintak maaf dengan mak cik. Saya turut bersalah dalam hal ini. saya rasa saya yang bertanggungjawab dalam menarik Adam kedalam dunia yang penuh kehinaan ini. Tapi saya juga tak dapat menipu diri saya sendiri kerana saya amat menyayangi anak mak cik. Selama saya kenal Adam, saya tertarik dengan sikap dia yang suka ambik berat akan orang lain dan hormat dengan orang yang lebih tua. Itu yang membuatkan saya menyayangi diri dia, mak cik. Kalau mak cik nak marah, mak cik marahlah saya.”ucap Amran sambil menundukkan mukanya.
“Sebenarnya, mak cik berasa sungguh kecewa bila arwah pak cik kamu bagitau benda ni pada mak cik. Mak cik tak dapat terima bila seorang anak lelaki mak cik yang mak cik harapkan dapat membimbing keluarganya setelah arwah pak cik kamu pergi merupakan seorang yang suka sesama jenis. Tapi, setelah mak cik pikir sepanjangnya, usia mak cik bukannya lama lagii. Entah besok, entah lusa mungkin mak cik akan turut serta pak cik kamu di ‘sana’. Mungkin jauh dihati mak cik, mak cik tak dapat terima semua yang jelas berdosa ini. Tapi memandangkan Adam bahagia dengan apa yang berlaku sekarang, mak cik hanya mampu menerima sahaja.”balas Mak Jah.
“Mak cik tahu yang selama Adam dengan kamu Amran, Adam begitu gembira kerana kegembiraan dia jelas pada wajahnya. Mak cik dah lama tak tengok dia senyum gembira tapi sejak dia dengan kamu dia selalu je senyum. Jadi mak cik harap kamu dapat jaga adam sebaik mungkin bila mak cik tak ada nanti. Mak cik jugak berikan Hafizah dan Hafiz kepada kamu.”tambah Mak Jah.
“Mak cik janganlah cakap macam tu. Insyallah saya akan jaga anak-anak mak cik tapi saya juga berdoa agar mak cik terus bersama kami. Mak cik janganlah cakap macam tu.”pinta Amran.
“Mak, saya nak mintak maaf lagi sekali atas apa yang saya dah lakukan. Tap saya janji insyallah saya akan terus menjadi anak yang baik untuk mak dan akan tetap menyayangi mak lebih dari apa pun di dunia ni. Itu tak akan berubah mak."ujar Adam.
Awan yang menutupi bintang-bintang yang menerangi malam kian berarak pergi mengembalikan sinar bintang yang begitu terang. Segala rahsia yang selama ini mereka cuba untuk sembunyikan telah diketahui oleh arwah Pak Husin dan Mak Jah dengan fikiran yang terbuka. Mereka dapat menerima perhubungan mereka walaupun hati mereka berasa begitu berat untuk menerima Amran dalam keluarga mereka. Akan tetapi melihat apa yang telah dilakukan Amran kepada keluarga Pak Husin, Mak Jah menerima Amran untuk menjadi ahli keluarga baru dalam keluarga mereka. Namun, bukan lah disebabkan budi yang menjadi faktor utama penerimaa Mak Jah tetapi kasih sayang Adam kepada Amran tidak dapat dipisahkan. Mak Jah tidak mahu melihat kekecewaan dalam mata Adam apabila perpisahan menjadi permintaan Mak Jah setelah kekecewaan yang Adam alami akibat pemergian arwah ayahnya.



Comments

Popular Posts