RAHSIA (BAB 14)
BAB 14 : PERNIPUAN
Di bawah pohon yang rendang
kelihatan Amran sedang duduk duduk di atas bangku kayu yang dibuat sendiri oleh
Pak Husin untuk melepaskan kelehan. Amran yang terasa begitu penat seharian
membantu Pak Husin di kedai runcit tempat Pak Husin bekerja terduduk diam
melepaskan kepenatan yang sudah lama tidak dirasai olehnya. Keringat peluh
bercucuran membasahi baju putih yang dipakainya.
“Penat Amran?”sergah Pak Husin
dari belakang.
“Penat jugak la pak cik. Dah lama
saya tak rasa macam ni.”sahut Amran menahan terkejut.
“Macam ni la kehidupan pak cik,
Amran. Pagi-pagi lepas sarapan pergi kedai, petang baru pak cik balik. Tu pun
nasib baik kedai tu tak bukak sampai malam. Kalau bukak sampai malam, sampai
malam la pak cik keje.”terang Pak Husin.
“Pak cik, kedai runcit tu Pak
Kamal punya kan?”tanya Amran.
“Ye. Kedai tu Pak Cik Kamal
punye. Lepas pak cik sekeluarga kene halau dengan tauke dulu, Pak Cik Kamal lah
yang banyak tolong pak cik.”
“Dialah satu-satunya kawan pak
cik yang sudi kawan dengan pak cik masa dekat sekolah dulu.”tambah Pak Husin.
“Kenapa pak cik cakap macam
tu?”tanya Amran pelik.
“Ye la Amran. Sapalah nak kawan dengan
anak penoreh getah yang miskin. Kawan-kawan pak cik yang lain, walaupun mereka
susah tapi tak adalah sampai tak cukup makan macam keluarga pak cik. Dengan
baju sekolah yang bertambal. Mungkin mereka malu nak kawan dengan pak cik. Cuma
Pak Cik Kamal je yang sanggup berkawan dengan pak cik.”jelas Pak Husin.
Ketika mereka sedang rancak
berbual, Adam datang membawa kopi ‘o’ dengan pisang goreng yang digoreng oleh
Mak Jah. Sambil meletakkan dulang, mata Amran dan Adam bertentangan seketika
sambil Amran mengenyitkan mata kirinya kepada Adam. Adam hanya tertunduk
menutup wajahnya supaya tidak dilihat oleh Pak Husin. Tingkah laku Adam seperti
seorang anak dara yang malu melihat kekasihnya. Lantas Amran menghapuskan
senyumannya apabila Pak Husin melihat tingkah lakunya itu.
“Amran, pak cik nak tanya sesuatu
pada kamu.”kata Pak Husin sambil mengambil pisang goreng yang terhidang
dihadapannya.
“Tanya apa pak cik?”jawab Amran
tenang.
“Adam dekat Kuala Lumpur tu ada
teman wanita ke?”tanya Pak Husin.
Amran yang mendengar pertanyaan
Pak Husin berasa terkejut. Amran hampir mengeluarkan kembali air kopi yang
sedang dihirupnya. Nafas Amran mulai tersekat-sekat apabila diajukan soalan
itu.
“Ke…Kenapa pak cik tanya?”tanya
Amran dengan gagap.
“Bukan apa Amran. Pak cik tengak
Adam sekarang asyik tersenyum sahaja. Tengah basuh pinggan tersenyum. Tengah
makan pun tersenyum. Masa kita makan tengah hari tadi pun pak cik tengok dia
tersenyum sowang-sowang.”jelas Pak Husin.
Amran sudah berasa tidak senang
duduk apabila Pak Husin mengajukan soalan itu. Dalam fikiran Amran, Amran
mengetahui kenapa Adam tersenyum ketika mereka sedang menjamu selera tadi. Adam
tersenyum kerana Amran sedang mengusap peha Adam yang membuatkan Adam berasa
geli. Namun, tidak mungkin Amran ingin menceritakan hal sebenar kepada Pak
Husin.
“Senang cerita, pak cik tengok
Adam macam sedang mabuk cinta.”tambah Pak Husin.
Amran yang tidak tahu jawapan bagaimana yang
harus diberikan kepada Pak Husin. Fikiran Amran berputar dengar laju mencuba
mencari jawapan yang ingin diberikan. Akan tetapi, soalan Pak Husin terhenti
begitu sahaja kerana Adam kelihatan sedang menuju ke arah mereka yang
membuatkan mereka berhenti berbual. Jauh disudur hati Amran berasa bersyukur
dengan kehadiran Adam kerana dia sudah hampir terasa sukar untuk bernafas
akibat soalan Pak Husin itu tadi.
“Ayah, mak panggil masuk. Katanya
nak mintak tolong sesuatu.”kata Amran.
Pak Husin yang mendengar
kata-kata Amran itu bangun dari tempat duduknya itu menuju ke pintu ruangan
dapur yang menjadi tempat Mak Jah selalu berada. Setelah Pak Husin pergi, Adam
duduk disamping Amran sambil mencium leher Amran yang masih basah dengan peluh.
“Apa Adam buat ni? Abang tak
mandi lagi ni. Bau busuk la.”ucap Amran sambil mengesat air peluh di lehernya.
“Kalau kita dah sayang seorang
tu, wangi atau busuk pun dia kita sanggup cium. Tapi sayang saya sorang ni tak
pernah bau busuk pun.”jawab Adam sambil memegang erat tangan Amran.
Amran tersenyum mendengar
kata-kata Adam itu. Lantas membuatkan Amran mencium tangan Adam sebagai tanda
sayangnya kepada lelaki yang sedang duduk disampingnya itu. Amran yang sudah
tidak tahan dengan badannya yang melekit menarik tangan Adam masuk ke rumah
untuk siap menunaikan solat Mahgrib yang sudah masuk waktu.
…
Nyanyian cengkerik pada malam itu
tidak menarik hati Amran untuk menghayatinya seperti malam yang sebelumnya.
Fikirannya mulai melayang jauh tanpa menghiraukan apa yang berlaku di
sekelilingnya. Pelbagai masalah yang sedang berlegar difikiranya pada malam itu
yang membuatkan dahinya kelihatan berkerut seperti masalah yang difikirkan
tiada penyelesaian.
Adam yang memasuki bilik tidur
melihat Amran yang sedang terbaring dengan tangannya dijadikan bantal tidak
menghiraukan kehadirannya. Adam begitu pasti perubahan yang berlaku kepada
Amran mempunyai kaitan dengan perbualan Amran dengan ayahnya pada petang tadi.
Adam merasakan ada sesuatu isu perbualan yang membuatkan fikiran Amran tidak
berhenti berputar.
Adam dengan lembut mula
merapatkan dirinya disamping Amran. Adam duduk sambil bersandar di badan Amran
dengan menatap muka Amran dengan penuh persoalan. Tangan Adam mulai mengusap
wajah Amran dengan lembut dimulai dari kening hingga ke dagu. Lantas Amran
meraih tangan Adam lalu mendaratkan ciuman yang begitu mesra di telapak tangan
Adam seperti melepaskan rindu yang sudah lama tidak berjumpa.
“Abang, apa yang abang fikirkan
ni?”soal Adam.
Persoalan Adam tidak dijawan oleh
Amran. Amran merasakan seperti tidak mampu untuk meluahkan apa yang sedang
difikirkannya kerana dia sendiri masih tidak mampu untuk mencari jalan
penyelesaiannya.
“Ini mesti ada kene mengena
dengan perbualan abang dengan ayah kan?”soal Adam lagi apabila Amran tidak
menjawab soalan sebelumnya.
Amran masih mendiamkan seribu
bahasa sambil memerhatikan mata Adam yang tepat memandang matanya. Amran dapat
melihat dengan jelas kecantikan mata yang dimiliki oleh Adam. Pada masa yang
sama Amran merasakan sungguh beruntung mendapat Adam sebagai teman hidupnya
setelah hubungannya dengan Anis hancur atas kesalahannya sendiri.
Adam yang berasa geram dengan
kebisuan Amran, berusaha bangun untuk meninggalkan Amran yang tidak
mempedulikannya. Namun usahanya itu gagal kerana Amran dengan pantas menarik
tangan Adam sehingga membuatkan Amran terjatuh dalam pelukan Amran yang hangat.
Kini wajah Amran menjadi semakin rapat dengan wajah Adam. Lalu sebuah kucupan
mendarat di kening Adam.
Sentuhan itu membuatkan Adam
begitu menikmati saat itu dengan sepenuh hatinya. Adam dapat rasakan kasih
sayang yang Amran cuba sampaikan. Mereka berpelukan seketika dengan penuh erat.
“Adam, Adam tahukan yang abang
sangat cintakan Adam? Adam tahukan abang tak dapat hidup sekiranya Adam tiada
disisi abang?”soal Amran.
Setelah mendengar kata-kata
Amran, Adam mendongakkan kepalanya melihat mata Amran yang mulai berkaca menahan
air mata yang begitu jarang keluar menyapa. Hal ini membuatkan Adam berasa air
mata yang keluar dari mata Amran adalah sebuah air mata yang mahal dan tidak
akan sama sekali keluar jika tidak ada sesuatu perkara yang benar-benar
menggganggu fikirannya.
“Walaupun abang tahu yang Amran
juga mencintai abang, tetapi abang tidak sanggup melihat Adam menanggung lagi
dosa yang lebih berat disebabkan abang.”kata Amran dengan linangan air mata.
“Apa yang abang cuba sampaikan
ni? Cakaplah terus terang.”jawab Adam sambil menghapuskan air mata yang jatuh
dipipi Amran.
Amran tidak mampu menahan air
matanya daripada terus mengalir membasahi pipinya. Amran tidak mampu menahan
sebak didada apabila Adam terpaksa menanggung dosa yang lebih besar untuk
melindungi perhubungan mereka daripada keluarganya.
Amran masih ingat dengan jelas
apa yang dikatakan oleh Pah Husin setelah mereka selesai menunaikan solat Isyak
di surau tadi. Adam yang berasa perutnya kurang selesa menyebabkan tidak dapat
bersama menunaikan solat di surau. Peluang itu digunakan oleh Pak Husin untuk
melanjutkan perbualan mereka yang tergantung petang tadi.
“Amran, pak cik nak tanya balik
ni. Betul ke Adam ada teman wanita di Kuala Lumpur tu?”ujar Pak Husin setekah
menaiki kereta Amran.
Jantung Amran kembali berdegup
dengan kencang apabila mendengar kembali soalan yang sama daripada Pak Husin.
Amran kembali tidak duduk diam ketika sedang memandu untuk memikirkan jawapan
yang sesuai untuk soalan itu.
“Kenapa pak cik tanya macam tu?
Adam ada cakap apa-apa ke?”ujar Amran kembali.
“Bukan apa, macam yang pak cik
cakap petang tadi la. Adam sekarang ni selalu tersenyum sendiri. Macam orang
yang tengah bahagia. Mak Jah kamu ada tanya dekat dia, tapi mula-mula dia
rahsiakannya. Tapi lepas tu dia terlepas cakap yang ada sorang yang buat dia
bahagia. Tu yang pak cik tanya kamu tu. Kamu yang selalu dengan dia, rapat
dengan dia.”jelas Pak Husin.
Amran tersenyum sinis apabila
mendengar penjelasan Pak Husin itu. Amran berasa senang apabila Adam menyatakan
bahawa dia bahagia ketika bersama dengannya. Amran berasa bersyukur kerana Adam
tidak berasa menyesal kerana memilih dirinya sebagai teman hidup walaupun
hubungan ini hubungan yang dilarang oleh masyarakat dan juga agama.
“Adam pun ada cakap yang dia ada
jalingkan hubungan dengan seseorang yang selalu menolong dia dan Adam amat
mencintai orang tu. Tapi bila pak cik tengok muka dia, macam ada sesuatu yang
dia rahsiakan daripada kami walaupun pada zahirnya dia gembira dengan perempuan
tu.”tambah Pak Husin.
“Emm… Entah la pak cik. Adam tak
pernah pulak ceritakan apa-apa dengan saya. Mungkin dia malu kut.”jawab Amran
sambil menggaru kepala.
“Mungkinlah.”jawab Pak Husin.
Amran mulai berasa pilu apabila
mendengar penjelasan Pak Husin itu. Amran dapat merasakan yang Adam begitu
gembira dengan perhubungan mereka itu sehingga menyebabkan dia terasa begitu
ingin berkongsi kegembiraannya itu bersama ibu dan ayahnya. Namun, Adam tidak
mampu meluahkan sepenuh kegembiraannya itu kepada berasa kuatir dengan riaksi
orang tuanya itu.
Hal ini menyebabkan Amran
merasakan dia adalah punca Adam terpaksa menipu kedua orang tuanya dengan
mengatakan dia sedang mempunyai hubungan yang serius dengan seorang perempuan
yang sebenarnya merupakan seorang lelaki dan lelaki itu adalah dirinya. Amran
merasakan dirinya membuatkan Adam menjadi seorang anak yang derkaka kepada
kedua orang tuanya itu.
“Abang!” lamunan Amran mulai
terhenti apabila mendengar suara Adam yang memanggil namanya.
“Kenapa abang cakap macam
tu?”tambah Adam.
“Abang tahu yang selama ni Adam
bagi tahu dengan ayah dengan mak yang Adam sedang bercinta. Dengan seorang
perempuan?”jawab Amran.
“Abang tahu yang Adam begitu
bahagian berada bersama dengan abang sehingga Adam ingin berkongsi dengan
keluarga Adamtetapi abang tak sanggup melihat Adam terus menjadi seorang anak
yang sanggup menipu kedua orang tuanya hanya disebabkan abang. Abang tak nak
terus menjadi punca Adam mendapat dosa kerana pembohongan ini.”tambah Amran.
“Abang, Adam mintak maaf
sekiranya apa yang Adam buat ni membuat hati abang terluka tap untuk
pengetahuan abang, Adam cerita dengan mak dengan ayah Adam sebab bagi Adam
abang begitu istimewa. Adam tak mahu jauh dari abang dan Adam sentiasa ingin
ada disisi abang. Jadi Adam mintak maaf dekat abang atas apa yang Adam dan buat
dan Adam janji benda ni tak akan berulang. Okey?”ujar Adam sambil terus
menghapuskan air mata rasa bersalah Amran.
Amran memberikan senyuman yang
begitu manis kepada Adam setelah mendengar janji yang dibuat Adam. Amran kini
berasa senang kerana tiada lagi pernipuan yang akan dilakukan oleh Adam kepada
Pak Husin dan Mak Jah.
Akibat kepenatan, Amran dan Adam
terlena dalam keadaan yang masih berpelukan dengan erat. Sentuhan kulit hangat
Amran membuatkan Adam berasa selesa dan terus terlena dibuai mimpi. Namun, meraka
tidak mengetahui bahawa disebalik pintu kayu itu terdapat sepasang mata yang
mengalirkan air mata setelah mendengar perbualan mereka itu.
Comments