RAHSIA (BAB 20) (TAMAT)

BAB 20 : JANJI (TAMAT)
“Ayah!”
Kelihatan seorang budak lelaki yang sedang memakai sepasang baju sejuk merah dengan dilengkapi topi kepala dan sarung tangan yang sepadan dengan baju sejuk tersebut, berlari mendapatkan Adam yang sedang sibuk berbincang dengan seorang lelaki berkulit putih.
“Amran! Rindunya anak ayah seorang ni. Lama dah tak jumpa. Amran sihat? Ibu mana?”tanya Adam.
“Amran sihat. Ibu pun sihat. Tu ibu!”jawab budak lelaki itu sambil menundingkan jari kearah seorang wanita yang cantik.
Sambil dihiasi dengan senyuman yang sungguh manis, Adam menyambut kedatangan wanita itu dengan penuh kemesraan. Wanita itu merupakan isteri Adam, Lisa.
Kini hampir sepuluh tahun sejak Amran meninggalkan Adam menjalani kehidupannya seorang diri sebagai seorang pengurus baharu bagi syarikat milik Amran. Sejak kematian Amran, Adam berusaha sepenuh hati untuk memastikan perniagaan milik Amran itu tidak hilang seperti hilangnya Amran dalam hidup Adam.
Begitu banyak cabaran yang perlu dia hadapi sepanjang sepuluh tahun ini. Dalam sepuluh tahun inilah perbagai cerita suka dan duka menjadikan Adam seorang lelaki yang berdikari pada hari ini.
Hafiz kini sudah meningkat dewasa. Dia kini sedang menyambungkan pelajarannya ke luar negara dalam bidang perubatan yang sudah menjadi minatnya sejak kecil lagi untuk mengubah kehidupan keluarganya. Akan tetapi itu semua Hafiz tidak perlu risau lagi kerana kehidupan keluarganya telah berubah pada ketika Amran hadir dalam kehidupannya tetapi ini bukanlah penyebab untuk dia melupakan cita-citanya.
Hafizah pula kini sudah menjadi seorang guru di salah sebuah sekoalah swasta yang terkemuka di ibu negara. Sikap suka akan anak-anak membuatkan dia tidak risau untuk menghadapi gelagat anak-anak muda zaman sekarang kerana semua itu Hafizah hanya menganggap sebagai satu cabaran untuk berjaya dalam hidupnya. Hafizah juga kini sudah bergelar sebagai seorang isteri. Dia kini telah berkahwin dengan seorang lelaki yang begitu dia cintai dengan sepenuh hati. Dia amat meminati lelaki itu kerana sifatnya tidak tumpah seperti arwah ayahnya, Amran. Hafizah kini telah menjadi seorang isteri kepada Khairi. Walaupun pada permulaan perkenalan mereka tidaklah begitu baik tetapi mereka kini begitu bahagia.
Anis pula kini sudah kembali berumah tangga selang dua tahun pemergian Amran. Anis mulai kehidupan baharunya bersama lelaki yang begitu dia cintai yang merupakan bos ditempat dia bekerja. Sarah pula membantu Adam menguruskan syarikat arwah ayahnya kerana minatnya dengan perabut membuatkan dia tertarik untuk mendalami cara pembuatan dan perniagaan perabut ini.
Adam pula kini telah berubah sepenuhnya. Sejak pemergian Amran, Adam berusaha untuk berubah dirinya untuk kembali menjadi lelaki yang sempurna. Adam telah kembali mendekatkan dirinya kepada agama Islam untuk kembali mensucikan dirinya. Walaupun ilmu yang dipelajarinya tidak setanding dengan ilmu agama orang lain, namun dia begitu gembira dengan kehidupannya yang sekarang.
Setelah dia yakin dengan perubahan yang telah dia lakukan, Adam mendirikan rumah tangga bersama penguam Amran iaitu Lisa. Adam berasa selesa dengan peribadi Lisa yang sanggup menerima dirinya walaupun Lisa tahu hubungannya dengan Amran. Ini membuatkan Adam bangga memperisterikan Lisa. Adam kini telah berhijrah ke luar negara bagi membesarkan lagi perabut buatan kilangnya ke negara barat yang memerlukan pemerhatian yang berterusan. Lantas Adam membuat keputusan untuk terus menetap di luar negara bersama isteri, anak dan juga Mak Jah.

Walaupun Adam kini sudah mempunyai seorang isteri yang baik dan cantik serta seorang anak lelaki yang kacak, Adam masih teringat akan lelaki yang pernah memberikan dia kenikmatan hidup di dunia ini dan memberikannya kasih sayang yang sepenuhnya. Adam tidak pernah dan tidak akan melupakan Amran yang telah banyak mengubah hidupnya kini. 

Comments

Popular Posts