LISA (BAB 1)

BAB 1
(1981)
Teran lagi, Kasih! Kamu jangan takut. Mak Bidan ada dekat sini!”teriak Mak Bidan untuk menenangkan Kasih.
   Kasih memejamkan matanya sambil menahan kesakitan yang belum pernah dia rasai sebelum ini. Kesakitan yang sedang dialaminya merupakan pengalaman pertama yang dia rasai selama nyawanya ada diatas bumi ini. Tidak sanggup rasanya untuk dia meneruskan. Namun, Kasih sedar bahawa dia sedang melahirkan seorang bayi yang selama ini ditunggu oleh Kasih dan suaminya, Kasim. Setelah hampir tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga yang penuh bahagia, baru ini pertama kali mereka mendapatkan zuriat yang bakal menjadi pewaris dan juga yang akan mendoakan mereka di akhirat sana kelak.
   Air mata yang jernih mulai kelihatan di kelopak mata Kasih. Perasaan gembira diselang dengan kesakitan yang dialami membuatkan rumah papan yang besar itu bergegar disebabkan jeritan yang keluar dari mulut Kasih. Jiran di sekeliling tidak hairan dengan pekikan itu kerana mereka sudah tahu yang sudah sampai masanya untuk Kasih melahirkan anak sulungnya. Jauh di dalam hati jiran-jiran di sekeliling rumah Kasih berasa gembira kerana mereka akan mendapat seorang lagi penduduk kampung yang mungkin akan membanggakan mereka kelak.
   Tilam nipis yang menjadi alas tempat Kasih baring kelihatan digenggam dengan penuh erat oleh Kasih sehinggakan dapat dilihat pada kain tilam itu terdapat satu lubang yang baharu sahaja dilakukan oleh Kasih. Butir-butir peluh yang membentuk di dahi Kasih mengalir dengan perlahan ke bawah apabila kepalanya dipusingkan kekiri dan kekanan untuk menahan kesakitan. Kelembutan dan kesopanan kasih yang menjadi pujian orang kampung sebelum ini sudah tidak kelihatan pada diri Kasih lagi pada saat itu. Sehinggakan Mak Bidan tidak mampu untuk menenangkan Kasih yang bagaikan disampuk syaitan meronta-ronta kesakitan.
   “Fatimah, kamu pergi ambik air panas lepas tu letakkan dalam besin besar. Cepat! Jangan lupa kain bersih sekali.”
   Jiran yang begitu rapat dengan Kasih turut membantu Mak Bidan yang sedang siap sedia untuk menyambut bayi yang telah dikandung oleh Kasih selama sembilan bulan. Keadaan bilik Kasih menjadi kelam kabut apabila Fatimah yang juga merupakan rakan baik Kasih sejak Kasih masih kecil lagi berlari berulang alik dari dapur dan bilik untuk mendapatkan segala keperluan yang diperlukan oleh Mak Bidan.
   Fatimah mengulurkan kain batik yang dia ambil dari almari di sudut bilik itu kepada Mak Bidan. Kain batik lepas yang baharu sahaja dibeli oleh Kasih seminggu yang lalu menjadi kain untuk menutup kaki Kasih yang kini sudah terbuka luas. Mak Bidan yang duduk bersila di hujung kaki Kasih sesekali melihat dibawah kain tersebut untuk memastikan keadaan bayi yang sudah hampir keluar.
   Keadaan pada masa itu menjadi begitu cemas tetapi pada masa yang masa kegembiraan juga terukir dihati setiap penghuni bilik itu. Fatimah hanya duduk terdiam disamping Mak Bidan bagi membantu menyambut bayi itu sekiranya perlu kerana Fatimah walaupun tidak mahir seperti Mak Bidan, namun mempunyai pengalaman melahirkan dua orang anak lelaki mampu dia gunakan sekiranya perlu.
   Kasih yang sudah tidak tahan menanggung segala kesakitan yang ditanggung mencuba berulang kali untuk meneran seperti mana yang diajar oleh Mak Bidan. Lantas dikumpulkan sebanyak tenaga yang mampu dalam keadaan yang masih lemah. Kasih mencuba buat kali yang terakhir. Lalu…
***
Kasim hanya mampu berdoa supaya Kasih dan juga zuriatnya dalam keadaan yang baik dan selamat. Ingin di hatinya untuk turut berada disisi Kasih pada ketika itu untuk membantu dan turut mengharungi segala kepayahan yang sedang dialami oleh Kasih bersama. Namun, dia hanya mampu melihat pintu kayu yang kini sudah tertutup rapat oleh Mak Bidan sebelum dia memasuki bilik itu. Mak Bidan melarang Kasim turut serta dalam bilik itu.
Pada mulanya dia tidak tahu mengapa Mak Bidan berbuat begitu kepadanya kerana Kasih itu bukanlah sesiapa dengan dirinya. Kasih itu adalah isteri yang sah dan anak yang sedang dikandung oleh Kasih itu adalah anak kandungnya. Jika diikutkan hati Kasim pada ketika itu yang di selubungi kerisauan, pasti Mak Bidan itu sudah dia marahi atau silap-silap Mak Bidan itu akan dimaki olehnya.
Namun, dia tidak sanggup untuk lakukannya kerana dia masih mampu berfikir dengan baik dan segala kesopanan dan menghormati orang tua yang diajar oleh arwah ayah dan ibunya ketika mereka masih hidup tidak akan mudah untuk dilupakan walau apapun yang berlaku. Jika bukan kerana Mak Bidan sudah tentu Kasih keseorang melahirkan zuriatnya. Lantas membuatkan dia melupakan perkara itu dengar segera dan mengikuti apa sahaja yang Mak Bidan katakan kerana dia lebih tua dan lebih banyak makan garam berbanding dirinya. Apa yang disuruh oleh Mak Bidan sudah tentu ada kebaikannya yang dia sendiri tidak tahu. Jadi dibiarkan sahaja.
Suami Fatimah, Fakir yang sedang duduk disebalah menemani Kasim, tidak dihiraukannya. Perasaan khuatir dan risau akan keadaan Kasih didalam bilik itu membuatkan Kasim tidak mengambil peduli akan apa yang berlaku dan siapa yang berada di sekelilingnya. Sehinggakan segala percakapan Fakir yang panjang lebar sebelum ini tidak dia dengari sedikit pun hingga tepukan tangan Fakir dipehanya membuatkan dia terkejut sekaligus membuatkan lamunannya terhenti serta merta.
Kasim, kamu janganlah risau akan keadaan Kasih kat dalam tu. InsyAllah S.W.T semuanya akan selamat. Lagipun dekat dalam tu ada isteri aku dengan Mak Bidan. Kalau ada apa-apa yang berlaku tentu mereka akan panggil kamu. Tapi jauh-jauhkan benda buruk la harapkan.”nasihat Fakir kepada Kasim.
Aku bukan apa, Kir. Aku Cuma risau keadaan bini aku tu. Lagi-lagi anak yang dalam kandungan dia tu. Sudah lama kami usia untuk dapatkan zuriat aku sendiri. Kasih tu yang paling kuat berusaha. Dia ingin sangat anak. Katanya zuriat sendiri merupakan penguat bagi sesebuah rumah tangga. Aku takut sesuatu berlaku pada zuriat aku dan sekaligus membuatkan hati Kasih terluka.”jawab Kasim. Terasa pedih di kelopak matanya ketika itu. Bagaikan titisan air mata ingin jatuh tetapi tidak mampu dikeluarkan. Mungkin kerana sudah lama dia tidak mengalirkan air mata dan dia tidak ingat bilakah kali terakhir air mata jantannya itu jatuh ke bumi.
Kamu janganlah fikir yang bukan-bukan. Tak baik kamu ingat macam tu. Takutkan kata-kata kamu tu menjadi doa. Jadi kamu janganlah cakap bukan-bukan. Lagipun jika budak yang sedang kasih kandungkan itu bakal menjadi anak kamu, maka itulah anak kamu. Jika tidak, kamu kena terima segala ketentuan Allah S.W.T kerana semua yang berlaku atas ketentuan-Nya. Mungkin semua yang berlaku itu ada hikmah yang begitu bermakna dan berharga disebaliknya.
Segala kata-kata Fakir pada ketika itu berjaya hinggap di fikirannya. Dia merasakan apa yang diperkatakan oleh Fakir pada ketika itu adalah benar dan sepatutnya dia harus terima dengan hati yang terbuka luas akan segala ketentuan-Nya. Sekiranya dia mampu menerimanya sudah tentu Kasih juga turut akan menerimanya.
Kasim, sekiranya anak kamu lahir nanti, apa nama yang bakal kamu bagi pada anak kamu? Bukan apa, aku Cuma nak tahu je.”tanya Fakir dengan harapan dapat menghilangkan kerisauan yang memuncak tinggi dalam diri Kasim pada masa itu.
Kalau anak aku tu lelaki, aku akan bagi nama dia Bakar.”jawab Kasim sambil menukar kedudukannya menghadap Fakir yang sebelum ini menghadap pintu bilik dimana Kasih berada.
Kenapa kamu bagi nama dia Bakar? Kenapa tak bagi nama lain?
Aku bagi nama dia bakar sebab aku harap dia akan menjadi pemimpin yang bagus bagi keluarga ini sekiranya aku sudah tiada nanti seperti Saydina Abu Bakar yang memimpin rakyatnya.”ujar Kasim dengan penuh bangga.
Baguslah kalau macam tu tapi kalau rezeki kamu perempuan?”tanya Fakir lagi. Pada saat itu Fakir bukan lagi bertanya untuk menghilangkan kerisauan Kasim, tetapi kerana rasa ingin tahunya yang kian tinggi.
InsyAllah S.W.T kalau perempuan aku akan bagi nama dia Lisa.
Kenapa?
Aku bagi nama dia Lisa kerana nama itu bermaksud matahari terbenam. Aku harap anak aku itu akan menjadi cantik seperti cantiknya matahari terbenam ketika senja dan walaupun cantik dia susah untuk dimiliki atau disentuh.”balas Kasim sambil berdiri menuju ke tingkap kayu sambil melihat matahari yang semakin terbenam.
Macam mana kamu tahu yang nama tu bermaksud matahari yang terbenam?”soal Fakir lagi yang berasa ingin tahu kerana sebelum ini dia tidak pernah mendengar maksud nama itu.
Masa dahulu, arwah ayah aku pernah mempunyai seorang kawan dari negara asing dan dia yang memberitahu maksud nama itu kepadanya. Setelah mendengar maksud nama itu, arwah ayahku begitu berharap sekiranya dia mempunyai anak atau cucu perempuan, dia ingin menamakan anak itu dengan nama Lisa. Jadi sebab itulah aku bagi nama anak aku Lisa untuk menunaikan hajat ayah aku. Tapi itu semua ketentuan Allah S.W.T. Sekiranya aku dapat anak perempuan, maka tertunailah hajat ayah aku tu.”jelas Kasim bagi menghilang persoalan yang bermain di fikiran Fakir
Ketika Kasim sedang asyik menghayati permandangan canti ciptaan Tuhan, Kasim terdengar akan tangisan ciptaan Allah S.W.T yang tidak dapat disangkalkan lagi. Kini segala kerisauan Kasim semuanya hilang apabila mendengar suara tangisan zuriat yang selama ini telah dia nanti-nantikan. Kesyukuran kepada Allah S.W.T mulai terukir diwajahnya ketika itu. Kasim mula menadahkan tangan dengan diiringi sebuah doa.
“Ya Allah, ya Tuhan ku. Aku bersyukur kepada-Mu kerana telah memakbulkan doa hamba-Mu yang hina ini. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan zuriat yang selama ini telah ditunggu oleh isteriku. Terima kasih Ya Allah. Syukur Alhamdulillah. Amin.”
***
Kasim bagaikan tidak percaya bahawa ditangannya kini terdapat susuk tubuh seorang bayi yang begitu putih. Rupa paras bayi itu tidak tumpah seperti raut wajah Kasih ketika dia masih kecil dulu. Kasim masih ingat akan bentuk wajah Kasih ketika Kasim berjumpa dengannya di sebuah ladang getah milik keluarganya. Ketika Kasim mengikuti arwah ayahnya melawat ladang getah itu, Kasim yang baru saja mengenali keadaan sebenar ladang getah mula melawat keadaan sekeliling seorang diri tanpa pengetahuan ayahnya.
Walaupun pada ketika itu Kasim sudah berusia sepuluh tahun tetapi ketika berjalan di ladang yang penuh dengan belukar dan tubuhan yang hidup di atas tanah memelukan seseorang yang sudah cukup faham dan arif akan keadaan sekeliling bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi itu semua tidak diendahkan oleh Kasim kerana dalam fikirannya ketika itu beranggapan bahawa dia sudah besar serta mampu menjaga dirinya sendiri dan tidak perlu penjagaan orang yang lebih tua.
Namun, apa yang ditakuti oleh orang disekeliling apabila melawati ladang getah itu telah terjadi kepada Kasim. Kaki Kasim terasa begitu pedih apabila dia mula memijak di satu kawasan dan apabila dilihat kaca botol yang telah pecah terlekat di tapak kaki Kasim. Darah merah yang pekat mulai mengalir tanpa henti daripada kaki Kasim. Kasim yang tidak mendengar kata ayahnya terlupa untuk menyarungkan kasut khas yang telah disediaka oleh pekerja ladang getah itu kerana berbahaya sekiranya berjalan di kawasan yang rumputnya memenuhi setiap sudut tanpa mengetahui apa yang berada disebalik rumput itu.
Kasih yang kebetulan melalui kawasan itu terdengar akan jeritan Kasih yang mengalami kesakitan berlari menuju darimana datangnya suara itu. Kasih yang melihat Kasim yang sedang terduduk sambil menangis mulai rapat dengan Kasim untuk memastikan apa yang telah berlaku.
Saudara, apa yang telah berlaku pada kau?”tanya Kasih dengan lemah lembut.
Kaki aku terkena kaca botol yang pecah disana.”jawab Kasim sambil menunjuk ke arah tempat dia terkena kaca botol itu tadi.
Tanpa banyak bersuara, Kasih melihat kaki Kasim yang terkena kaca itu dan membuang kaca yang terbenam di dalam kakinya itu. Kaca itu kelihatan sungguh besar tetapi tidak masuk semua kerana Kasim sempat menarik kakinya sebelum dia menekan lebih dalam kaca botol itu. Kasim menjerit sekuat hati apabila Kasih menarik keluar kaca itu sehinggakan ayah Kasim dan juga ayah Kasih yang merupakan pekerja disitu terdengar akan jeritan Kasim. Mereka yang terkejut berlari dengan pantas untuk mendapatkan Kasim kerana mereka berfikir bahawa Kasim telah diserang oleh sang belang yang sebelum ini telah mengerang seorang mangsa sehingga mati.Ayah Kasim yang berlari paling laju ketika itu hanya mampu berdoa agar anak sulungnya itu tidak apa-apa dan dalam keadaan yang baik sahaja.
Ketika mereka sampai ke tempat Kasim terduduk, mereka melihat kaki Kasim telah dibalut dengan canti dengan menggunakan sehelai sapu tangan berwarna putih tetapi telah bertukar warna menjadi merah akibat darah yang mengalir dari kaki Kasim masih belum berhenti. Kasih yang terkejut dengan kehadiran ayah Kasim dan ayahnya, terus menceritakan apa yang telah terjadi kerana khuatir mereka memikirkan perkara yang lain yang mempu memberikan masalah kepada dirinya.
Setelah mendengar penjelasan Kasih, ayah Kasim membawa Kasim pergi meninggalkan ladang getah itu untuk dibawa pulang. Sebelum ayah Kasim meninggalkan ladang tersebut, ayah Kasim mengucap terima kasih kepada ayah Kasih berulang kali atas jasa baik anak perempuannya yang telah menyelamat Kasim dan segera membantunya. Kasim juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya akan nama gadis yang telah menolongnya itu dan pada saat itulah perhubungan baik antara dua buah keluarga yang miskin dan juga kaya terjalin dengan eratnya.
Abang! Abang!” Kasih memanggil suaminya dengan penuh kelembutan kerana dia melihat fikiran suaminya pada ketika itu melayang entah kemana.
Kasim yang mendengar suara Kasih tersedar dari imbau kenangan lama dan mulai terpinga-pinga dengan apa yang terjadi.
Abang, cepatlah iqamatkan anak kita tu?”pinta Kasih.
Suara merdu Kasim melaungkan iqamat pada telinga anaknya itu kedengaran memenuhi seluruh ruang bilik itu. Fakir dan Fatimah yang sedang duduk kegembiraan melihat keluarga Kasim, mendengar dengan teliti suara Kasim yang merdu itu. Mak Bidan yang kepenatan duduk terdiam sambil tersandar di dinding kayu rumah itu untuk melepaskan penatnya. Air kosong yang dibawa oleh Fatimah sebentar tadi diteguknya dengan perlahan untuk menghilangkan dahaganya itu.

Mulai hari ini ayah akan bagi nama anak ayah ni, LISA.”ucap Kasim setelah selesai melaungkan iqamat.

Comments

Popular Posts