RAHSIA (BAB 19)

BAB 19 : PEMERGIAN
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa hamba-Mu ini yang telah banyak membuat dosa dan melupakan-Mu. Engkau ampunkan dosan anakku yang telah  melakukan perkara yangdilarang oleh-Mu. Engkau sembuhkan dia dan kurangkanlah seksaannya, Ya Allah. Sekiranya dapat ditukarkan tempat, aku ingin sekali menanggung segala kesakitan anakkuitu. Aku tidak sanggup melihat diamenderita, Ya Allah. Engkau tolonglah sembuhkan dia. Amin.
Doa yang keluar dari mulut Mak Jah itu memenuhi seluruh ruang bilik wad itu. Kesedihan yang ditanggung oleh Mak Jah tidak setanding dengan kesakitan yang ditanggung oleh Adam yang terlantar diatas katil. Perasaan hiba mulai dirasai oleh Mak Jah ketika dia sedang khusyuk menunaikan solat. Dia tahu bahawa segala ujian yang sedang ditempuhi pada ketika itu adalah datang daripada yang Maha Pencipta. Tiada siapa pun di muka bumi ini dapat melawan takdir yang telah ditetapkan.
Setelah selesai menunaikan solat Zohor, surah Yasin pula mulai berkumandang memenuhi ruang itu sambil diikuti oleh Hafiz dan Hafizah yang sedang duduk dibelakang Mak Jah. Alunan suara yang sedang membaca surah Yasin itu bukan sahaja didengari oleh orang didalam bilik itu tetapi jururawat yang berada di kaunter pertanyaan yang berhadapan dengan bilik Adam ditempatkan juga dapat mendengarnya.
Sambil membaca surah Yasin,  Mak Jah melihat keadaan Adam yang masih terbaring dengan penuh harapan agar Adam terjaga dari tidurnya itu. Hari ini sudah sehari Adam terlantar koma sejak kemalangan yang menimpa dirinya dan juga arwah Amran. Kemalangan itu telah mengambil arwah Amran terus dari keluarga mereka. Mak Jah yang selama ini telah menganggap Amran sebagai anaknya sendiri terasa begitu kehilangan seorang l;agi ahli keluarganya.
Mak Jah masih ingat dengan jelas keadaan dirinya pada ketika dia menerima perkhabaran yang mengejutkan itu. Dia merasakan bahawa segalanya sudah berakhir apabila seorang pegawai hospital memberitahu bahawa Amran dan Adam berada di hospital kerana terlibat dengan kemalangan yang serius.
Pak Hasan yang merupakan pemandu peribadi Amran yang telah ditugaskan untuk menjadi pemandu kepada Mak Jah dan adik-adiknya juga berasa terkejut dengan berita yang sungguh tidak disangka. Dengan perasaan yang begitu terkejut, Pak Hasan dengan pantas membawa Mak Jah dan anaknya pergi ke hospital. Kereta dipandu dengan begitu laju tetapi Pak Hasan masih mencuba untuk berhati-hati kerana dia tidak mahu perkara yang sama turut terjadi kepada mereka.
Setelah kereta yang dipandu oleh Pak Hasan berhenti di pintu hadapan bahagian kecemasan, Mak Jah dan anaknya berlari dengan sepantas yang mungkin menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan keadaan Amran dan Adam. Sebelum mereka sempat bertanyakan kepada jururawat yang sedang duduk melayan tetamu di kaunter itu, terdengar jauh di telinga Mak Jah suara seorang perempuan yang sedang memanggil waris kepada Adam bin Husin. Lantas membuatkan Mak Jah kembali berlari mendapatkan pemilik suara itu yang merupakan seorang dokter perempuan yang merawat Amran dan Adam.
“Mak cik. Mak cik ni ibu kepada Encik Adam dan Encik Amran ke?”tanya dokter tersebut.
“Nak, mak cik ni ibu kepada Adam tapi Adam tu kawan anak mak cik. Macam mana dengan mereka berdua, nak?”
“Sebelum saya bagi tahu mak cik perkara yang sebenar, saya harap mak cik dapat terima dengan hati yang terbuka dan banyakkan bersabar. Anak mak cik, Encik Adam selamat daripada kemalangan itu tapi dia tidak sedarkan diri buat masa sekarang kerana hentakan kepala yang terkena pada cermin menyebabkan gegaran kecil pada otaknya tetapi apabila kami membuat imbasan, kepala Encik Adam tidak ada apa yang serius Cuma badan dia sahaja yang cedera ringan.”jelas dokter.
“Alhamdulillah. Dia akan baikkan, dokter?”
“Insyallah, dia akan sedarkan diri tetapi tak tahu bila.”
“Amran pula macam mana, dokter?”
“Terlebih dahulu saya ingin mintak maaf dari pihak keluarga mak cik kerana kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Encik Amran tetapi Allah lebih menyayangi dirinya. Kami tidak dapat selamatkannya kerana keceraan yang dialami oleh beliau terlalu parah dan dia kehilangan banyak darah.”
Tangisan seorang ibu mulai bercucuran di pipinya apabila mengetahu seorang lelaki yang selama ini telah dianggap sebagai anak kandung telah pergi meninggalkan dirinya. Bukan atas hubungan Amran dengan Adam yang membuatkan Mak Jah begitu pilu, tetapi kerana hormat yang ditunjukkan Amran kepada Mak Jah selama ini membuatkan perasaan sayang timbul dalam dirinya.
Hafiz dan Hafizah yang sedang berdiri di sisi Mak Jah sambil memeluk erat tubuh wanita tua itu turut berasa sedih yang amat sangat kerana selama ini mereka begitu lelaki itulah yang telah membuatkan mereka dapat menikmati kehidupan ini dengan sepenuhnya dan kerana lelaki itu masalah yang yang sering mereka alami dahulu, kini telah tiada untuk membelenggukan kehidupan mereka.
Ketika lamunan Mak Jah menjauh ke langit, suara Hafizah memecahkan lamunan tersebut kerana abangnya sudah sedar dari koma. Mak Jah yang terkejut bergegas bangun dari sofa yang disediakan dalam bilik wad kelas pertama itu menuju ke katil Adam sedang terlantar. Hafiz yang terlebih dahulu sudah berlari keluar kembali ke dalam wad dengan diikuti dokter yang ditanggungjawabkan merawat Adam bersama dengan beberapa orang jururawat.
Setelah mereka memasuki bilik wad itu, Mak Jah, Hafiz dan Hafizah diseruruh untuk tunggu ditempat menunggu sementara dokter sedang memeriksa Adam.
Terdiam sebentar Adam apabila melihat sepatang batu nisan yang jelas tertulis nama ‘Muhd Amran bin Amir’ diatasnya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika itu. Adam tidak menyangka bahawa seorang lelaki yang selama ini telah menjaga, melindungi dan membawakan perubahan yang besar kepada keluarganya terutama dirinya, kini telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.
Titisan tangisan yang berusaha untuk ditahan akhirnya mengalah. Titisan air mata itu kini mengalir dengan derasnya hingga menitik diatas pusara itu. Mak Jah yang hanya berdiri di belakang Adam hanya mampu melihat keadaan Adam yang sedang meratapi pemergian Amran.
Namun, Adam perlu kuatkan diri untuk menempuhi semua yang bakal dilalui olehnya setelah pemergian Amran kerana dia tahu kehidupannya bukan lagi seperti dahulu yang hanya memikirkan diri dan keluarganya sahaja untuk terus hidup diatas bumi ini. Kini dia sedar kerana dia juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memastikan keluarga Amran juga mendapat hak yang sepatutnya mereka miliki.
Tangisan Adam terhenti apabila dia teringat akan sepucuk surat yang diberikan kepadanya oleh peguam Amran, Lisa. Sebelum Adam datang ke pusara, Lisa telah datang kerumah bersama dengan ahli keluarga Amran iaitu Anis, Sarah dan Khairi. Mereka datang ke rumah Adam adalah untuk membacakan wasiat yang telah ditulis oleh Amran sebelum dia meninggal dunia.
Adam yang sedang duduk terdiam sambil menundukkan kepala berasa ingin lari dari pertemuan itu. Adam berasa tidak sanggup untuk mendengar wasiat Amran kerana bagi dirinya Amran masih hidup walaupun bukan sebagai jasad yang penuh tetapi hidup sebagai semangat yang sentiasa berada dihatinya. Lantas membuatkannya berasa belum masanya untuk dia mendengar wasiat yang ingin disampaikan oleh Lisa.
Namun, Adam tidak dapat melakukan apa-apa kerana dia perlu menghormati kemahuan keluarga Amran yang lebih lama bersama dengan Amran berbanding diriny. Adam merasakan mereka lebih berasa terseksa dengan pemergian Amran ini berbanding dengan dirinya yang hanya mula berkenalan dan mengenal hati budi Amran sepuluh tahun yang lalu.
Lantas membuatkan Adam akur dengan kemahuan keluarga Amran terutamanya Anis yang merupakan bekas isteri Amran yang telah banyak berkorban demi Adan dan arwah Amran.
“Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu saya ingin mintak maaf daripada pihak Encik Adam dan Mak Jah kerana kehadiran kami yang secara tiba-tiba ni. Seperti yang diketahui semua, saya disini alah untuk memberitahu wasiat yang telah ditulis oleh Encik Adam sebelum beliau meninggal dunia.”jelas Lisa.
Keadaan dua keluarga yang sebelum saling bertanya khabar apabila bertemu kini kian mulai senyap bila mendengar penjelasan daripada Lisa. Pertemua dua buah keluarga itu bagaikan tiada apa yang berlaku antara mereka. Mereka bagaikan tidak mengambil berat akan perhubungan yang terjalin antara arwah Amran dan juga Adam walaupun pada hakikatnya hubungan yang mereka jalin itu terang-terangan telah melukai hati Anis dan juga anak-anaknya yang kini telah mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan apa punca penceraian ibu dan ayah mereka.
Namun, keadaan yang sedang bermain sekarang sungguh berbeza dengan apa yang sering digambarkan dalam drama-drama melayu. Walaupun hubungan yang terjalin antara mereka begitu baik, perasaan hiba dan sedih masih menghiasi pertemuan itu.
“Mula-mula saya akan beritahu wasiat yang telah dituliskan arwah Encik Amran kepada keluarga Puan Anis. Rumah yang sedang diduduki oleh Puan Anis yang sebelum ini diduduki bersama Encik Amran telah ditukarkan kepada Puan Anis sepenuhnya. Untuk anak-anak pulak Encik Amran telah sediakan sejumlah wang untuk mereka untuk kegunaan mereka iaitu sebanyak satu juta ringgit setiap seorang. Selain itu, Encik Amran juga ada beberapa rumah sewa yang sedang beliau usahakan dan usaha beliau ini akan diambil alih oleh Encik Khairi.”
“Untuk keluarga Encik Adam pula, Encik Amran telah memberikan syarikat perabut beliau untuk diusahakan oleh Encik Adam dengan sebaik mungkin dan bagi Cik Hafizah dan Encik Hafiz wang simpanan sebanyak lima ratus ribu telah diberikan kepada anda berdua.”
Hanya itu sahaja yang Adam ingat akan wasiat yang telah disampaikan oleh Lisa kerana fikirannya masih teringat akan Amran. Dia tidak menumpukan sepenuh perhatian akan perkara yang disampaikan oleh Lisan sehinggalah semuanya tamat. Akan tetapi sebelum Lisa meninggalkan rumah Adam bersama keluarga Anis, Lisa ada memberikan sepucuk surat kepada Adam yang tertulis dengan rapi ‘Khas untuk kekasihku, ADAM’.
Adam yang baharu saaja teringat akan surat itu, lantas membukanye di sebelah pusara Amran.
Assalamualaikum, Adam.
Sekiranya Adam sedang membaca warkah abang ini, bermakna abang sudah pergi meninggalkan Adam buat selamanya. Ini bermakna abang sudah tiada disisi Adam untuk menjaga Adam dan juga mak. Terlebih dahulu abang nak mintak maaf kepada Adam atas segala dosa yang telah abang lakukan kepada Adam sama ada kecil atau besar. Abang juga nak mintak maaf kerana telah menarik Adam yang tidak berdosa dalam dunia yang jelas segala penuh dosa. Abang tahu kalau bukan kerana abang, Adam tidak akan melakukan perkara yang begitu terkutuk iaitu mencintai abang.
Adam.
Abang harap stelah ketiadaan abang disisi Adam, Adam dapat menjalini kehidupan yang penuh dengan cabaran ini dengan lebih sempurna. Abang harap Adam dapat mencari seorang permaisuri yang dapat mengantikan abang sebagai tempat Adam berkongsi suka dan suka. Abang nak Adam tinggal dunia yang sedang kita jalani ini. Tetapi jauh di dalam hati abang, abang berasa sungguh bahagia sepanjang Adam berada disamping Adam kerana Adam yang sering memberikan semangat ketika abang jatuh, menceriakan abang ketika abang gundah. Jadi abang yakin sekiranya Adam berkahwin kelak, Adam akan menjadi seorang suami yang baik dan soleh.

Tangisan Adam yang sebelum ini sudah kering, mulai kembali mengalir apabila mengetahui permintaan Amran yang terakhir. Lantas membuatkan Adam kembali teringat akan janji yang telah dilakukannya kepada Amran pada malam sebelum kemalangan itu. Benar kata orang, apabila seseorang itu akan meninggalkan kita, mereka sungguh berbeza berbanding sebelumnya.

Comments

Popular Posts