RAHSIA (BAB 17)

BAB 17 : PINDAH
Amran bagaikan tidak terasa yang dia sudah hampir sebulan meninggalkan perniagaanya yang semakin berkembang itu. dia tidak sedar bahawa dia sudah berada di kampung Adam selama itu sejak dia datang selepas berpisah dengan Anis. Kemudian dia menambahkan cutinya selama dua minggu selepas Pak Husin meninggal dunia kerana dia ingin membantu Adam menguruskan semua maslah keluarganya dari segi pembelajaran Hafiz dengan Hafizah yang akan berpindah sekolah ke Kuala Lumpur.
 Ketika seminggu sebelum Adam dan Amran pulang ke bandar, mereka telah memujuk Mak Jah untuk turut mengikuti mereka pulang ke Kuala Lumpur dan terus menetap disana. Adam yang berasa kuatir akan keadaan Mak Jak serta adik-adiknya yang tinggal dikampung tanpa pengawasan orang lelaki membuatkan dia ingin membawa mereka sekali.
“Abang, kalau boleh saya nak mintak tolong dengan abang satu benda la. Boleh tak?”tanya Adam sambil menundukkan kepala.
“Tanya apa sayang?”jawab Amran yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Sebenarnya saya nak tanya abang boleh tak kalau saya ajak mak tinggal sekali dengan kita? Lagi pun kita dah tak ada apa yang nk disorokkan dengan mak pasal hubungan kita. Tapi itupun kalau abang izinkan sebab abang yang boleh buat keputusan.”balas Adam.
“Tinggal dengan kita? Adam tak kesah Hafiz dengan Hafizah tahu pasal kita?”balas Amran kembali,
“Saya pun takut jugak kalau mereka tahu pasal kita tapi lambat laun mereka akan tahu jugak pasal kita. Bukan apa, saya Cuma risau mak yang tinggal sorang diri menguruskan keluarga ni. Tapi kalau abang tak mahu atau tak suka saya faham.”jawab Adam sambil menatap mata Amran yang turut memandangnya.
“Ish. Masa bila abang kata tak suka? Abang lagi suka kalau mak tak kesah duduk dengan kita. Lagi pun meriah sikit rumah kita. Rumah kita yang besar tu kalau kita dua orang je yang tinggal, rasa sunyi sangat.”balas Amran sambil membelai rambut Adam dengan senyuman terukir.
“Betul ke abang? Serius?”
“Betul la. Sekarang Adam pergi panggil mak dengan adik-adik, biar abang yang bagi tahu.”arah Amran.
Adam yang berasa gembira dengan apa yang baharu sahaja Amran katakan, berlari pergi mendapatkan Mak Jah serta adik-adiknya. Rumah yang kelihatan usang terdengar begitu riuh dengan suara Adam memanggil nama-nama adiknya.
Mak Jah yang mendengar Adam teriak memanggil namanya berlaki anak kerana dia berfikir sesuatu yang buruk sedang terjadi kepada Adam. Namun setelah melihat wajah Adam yang penuh dengan senyuman membuatkan hatinya kembali tenang.
“Kamu ni kenapa Adam? Kamu buat mak terkejut je la.”ujar Mak Jah dengan wajah marah.
“Mari mak, abang Amran ada sesuatu yang nak bagi tau dekat mak. Hafiz! Hafizah! Cepat!”teriak Adam.
Hafiz dan Hafizah yang melihat keadaan ibu mereka yang terkejut dengan tarikan tangan Adam, tertawa kecil sambil menutup mulut mereka. Mereka yang juga turut ingin mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku, mengikuti perlahan belakang Mak Jah menuju ke ruang tamu.
Setelah mereka semua berada selesa di ruang tamu, Mak Jah bertanya kepada Amran mengenai perkara yang ingin diperkatakan. Sambil bertanya, dalam fikiran Mak Jah penuh dengan tanda tanya mengenai perkara yang hendak dibincangkan kerana dengan seyuman yang terdapat pada wajah Amran dan Adam membuatkannya kuatir dengan apa yang akan berlaku.
“Macam ni mak cik, saya dengan Adam dah bincang tadi. Kami harap mak cik, Hafiz dengan Hafizah setujulah dengan apa yang kami bincangkan ni sebab kami risau akan keselamatan mak cik,”ujar Amran sambil tersenyum melihat Adam.
“Apa ni Amran? Kamu berdua buat mak cik risaulah.”balas Mak Jah dengan wajah penuh harapan.
“Kami sebenarnya nak bawak mak cik pindah sekali dengan kami dekat Kuala Lumpur. Bukan apa, arwah dah tak ada jadi kami risau mak cik seorang diri dekat sini.”
Hafiz dan Hafizah yang mendengar kata-kata Amran, melihat Adam yang tersenyum disamping Amran sebagai tanda kebenaran apa yang dikatakan oleh Amran. Lantas membuatkan mereka melonjak keriangan sehingga membuatkan satu rumah kedengan begitu riuh tetapi Mak Jah masih keliru dengan apa yang dikatakan oleh Amran.
“Kalau mak ikut kamu berdua balik ke Kuala Lumpur, mak nak duk mana?”tanya Mak Jah kuatir.
“Itu mak jangan risau. Abang  Amran baru je beli rumah dekat bandar tu. Rumah tu terlampau besar untuk kami berdua je tinggal. Jadi kalau mak dengan adik-adik ikut sekali, meriahlah rumah tu.”balas Adam.
“Kamu tak kesah ke mak dengan adik-adik Adam dekat rumah kamu tu Amran?”tanya Mak Jah lagi.
“Mak cik, macam yang mak cik tahu sayang terlalu sayang akan Adam hingga saya harap saya dapat terus bersama dengan dia hingga akhir hayat saya. Jadi kalau saya sayang akan Adam, saya juga kene sayang keluarga Adam iaitu mak cik dengan Hafiz dan Hafizah. Saya dah anggap mak cik macam mak saya. Jadi saya tak kesah mak cik tinggal dengan saya malahan saya lagi suka mak cik tinggal sekali dengan kami”jawab Amran.
Mak Jah menganggukan kepalanya dengan perasaan gembiran dan sedih kerana dia begitu gembira untuk tinggal sekali dengan anak sulungnya itu  dan pada masa yang sama dia berasa sedih untuk meninggalkan kampung yang sudah lama dia duduki.
Apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Amran yang menyatakan perasaannya kepada Adam membuatkan Hafizah terkejut. Dia tidak menyangka bahawa abang yang selama ini dia hormati mempunyai perasaan pada Amran. Namun dia tidak bersuara kerana apabila dia melihat ibunya hanya terdiam biasa tanpa rasa terkejut membuatkannya juga turut mendiamkan diri.
Hafiz yang masih kecil tidak memahami apa yang dikatakan oleh Amran dan dikepalanya hanya memikirkan suasana bandar yang sering dia lihat di dalam televisyen bakal dia rasai dalam masa terdekat.
Mata Hafiz tidak dapat berkelip apabila melihat keindahan yang dimiliki oleh sebuah rumah banglo yang mempunyai keluasan yang lebih luas dari rumah sewanya di kampung. Hafiz bagaikan begitu terpegun melihat sebuah pintu gerbang bewarna putih dengan corak yang disalutkan dengan warna emas menghiasi bahagian hadapan rumah tersebut ketika dia bersama ibu dan kakaknya ingin memasuki rumah tadi.
Hafiz tidak menyangka bahawa kehidupannya akan berubah dengan sekelip mata dari sebuah keluarga yang hanya menduduki sebuah rumah usang penyewaan dari orang berubah menjadi sebuah keluarga yang bakal tinggal disebuah rumah yang bagaikan sebuah istana bagi dirinya. Walaupun pada penglihatan orang lain Hafiz masih seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa, namun dia begitu mengetahui bahawa sejak kehadiran seorang lelaki yang dipanggil abang Amran dalam keluarga mereka, kehidupan mereka begitu berubah.
Hafiz dapat melihat pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Amran kepada keluarganya selain membawa mereka tinggal di rumah besar ini. Sejak Adam membawa Amran datang ke kampung, Mak Jah dan arwah Pak Husin tidak lagi mengalami kesusahan dari segi kewangan. Mereka tidak lagi merungut mengenai masalah yang sering mereka hadapi.
Hafiz masih teringat apabila dia terdengar akan perbualan Pak Husin kepada Mak Jah yang memberitahu bahawa sejak kehadiran Amran dalam keluarga mereka, segala keperluan dan perbelanjaan sekolah Hafiz dan Hafizah telah ditanggung olehnya. Hafiz juga teringat apabila arwah menyatakan bahawa Amran membantu keluarga mereka atas rasa tanggungjawab seorang majikan kepada pekerjanya. Sejak itu, rasa hormat Hafiz kepada Amran semakin meningkat kerana pada pandangannya Amran merupakan seorang satria yang telah menarik keluarga mereka dari kancah kemiskinan.  
Ketika Hafiz dan Mak Jah begitu sibuk mengemasakan barangan mereka yang dibawa dari kampung, kelihatan Hafizah termenung jauh sendirian di koridor biliknya tanpa menghiraukan adiknya yang berlonjak keriangan. Keadaan Hafizah itu dapat dirasai oleh Amran yang juga turut sibuk membantu Mak Jah mengemas. Raut wajah Hafizah yang sedih membuatkan Amran mulai mendekatinya.
“Hafizah! Kenapa diam je ni? Macam tak seronok je tinggal dekat rumah abang Amran?”ujar Amran sambil menyandarkan tangannya di palang besi.
“Tak ada apa abang, Cuma Hafizah rindukan kawan-kawan dikampung.”jawab Hafizah lantas memalingkan muka.
“Abang tahu yang Hafizah tipu abang. Abang tau bukan tu je yang Hafizah sedang pikirkan. Hafizah tak nak kongsi dengan abang Amran?”
Buat seketika Hafizah terdiam. Dia masih keliru sama ada perlukah dia bertanya akan soalan yang menjadi tanda tanya kepada dirinya kini. Dia tidak mahu soalan yang akan diajukannya bakal membuat hati seorang lelaki yang sering membantu keluarganya itu terguris. Namun dia harus mendapatkan jawapan yang tepat supaya dia tidak perlu mengandaikan yang berlebihan.
“Abang Amran. Boleh Hafizah tanya satu soalan pada abang?”tanya Hafizad dengan pandangan mata yang penuh harapan.
“Tanyalah. Tak kan abang nak marah kut?”
“Sebenarnya Hafizah nak tanya apa hubungan abang dengan abang Adam? Hubungan seorang sahabat atau lebih dari itu?”ujar Hafizah.
Amran terdiam sebentar apabila mendengar soalan Hafizah itu. Namun Amran mulai tersenyum kerana dia sudah menyedari bahawa sampai masanya untuk dia menjelaskan perkara sebenar kepada Hafizah kerana selama ini dia telah bersedia untuk menerangkan perkara ini kepadanya.
“Hafizah! Baiklah abang Amran akan berterus terang dengan Hafizah mengenai perkara yang sebenar kerana bagi pendapat abang Hafizah sudah besar dan boleh fikir apa yang sedang berlaku dan abang akan terima apa sahaja hubungan yang Hafizah nak berikan kepada abang.”jawab Amran.
“Sebenarnya hubungan abang dengan abang Adam lebih dari hubungan seorang sahabat, seorang majikan dengan pekerja atau hubungan saudara. Sebenarnya abang dengan abang Adam menyintai antara satu sama lain.”tambah Amran.
Hafizah tersedah apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Hafizah mengetahui bahawa apa yang diragui selama ini adalah benar. Namun dia terdiam kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Hafizah mulai tertunduk menutup wajahnya dengan tangan sambil mengalirkan air mata.
Amran hanya melihat sahaja apa yang terjadi kepada Hafizah kerana dia tidak mahu kata-katanya menyebabkan hati gadis remaja itu menjadi semakin remuk dan hancur. Amran mengatahui bahawa hari ini pasti akan tiba walau apapun yang berlaku. Lamunan Amran terhenti apabila terdengar Hafizah kembali bersuara.
“Abang! Abang tak takut pada dosa ke?”ujar Hafizah yang membuatkan jantung Amran hampir terhenti.
Soalan itu membuatkan Amran mendiamkan diri dalam waktu yang begitu lama hingga membuatkan Hafizah menatap wajah Amran dengan penuh pengharapan agar soalan yang baru sahaja keluar dari mulutnya itu tidak akan membuat hati seorang lelaki itu terluka. Hafizah mulai menepuk bahu Amran untuk menghapuskan lamunannya itu. lantas membuatkan pemikiran bagi jawapan yang harus diberikan kepada Hafizah terhenti.
“Abang tahu yang apa abang dengan abang Adam lakukan sekang merupakan perkara yang amat berdosa dan tidak sepatutnya kami lakukan. Tapi sekarang abang Cuma harap Hafizah dengan keluarga dapat menerima kami seadanya. Kerana seperti Hafizah tahu yang masyarakat tidak akan menerima kami yang mmengan sudah ternyata jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya kami lakukan. Sekarang Cuma keluarga sahaja yang mampu menerima kami tapi kalau keluarga pun tidak mahu menerima kami dengan seadanya, kemana lagi harus kami pergi?”balas Amran dengan linangan air mata yang mulai menitis dipipinya sambil menatap dengan penuh sayu wajah Hafizah.
“Lagi pun bukan kami yang minta untuk dilahirkan seperti ini. ini semua berlaku tanpa kami rancang. Jadi abang harap sangat supaya Hafizah dapat menerima hubungan kami ini seperti ibu dan arwah ayah yang menerima kami seadanya. Boleh?”
Hafizah kembali terdiam setelah mendengar penjelasan yang diberikan oleh Amran sambil turut menitiskan air mata yang terasa begitu hangat sekali dipipinya. Kaki Hafizah mulai melangkah meninggalkan Amran  menangis sendirian menuju ke bilik barunya. Hafizah tidak mengetahui bahawa segala perbualannya dengan Amran telah didengari oleh Adam yang sedang bersembunyi di sebalik pintu agar tidak diketahui akan kehadirannya.
Malam itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan oleh Amran. Acara makan malam mereka yang pertama dikediaman yang baru berakhir dengan kesunyian yang berpanjangan sejak bermulanya acara.
Hafizah masih mendiamkan diri sepanjang malam sebagai tanda dia protes akan hubungan yang terjalin antara dua lelaki yang sepatutnya tidak mungkin berlaku. Usianya yang sudah dewasa membuatkan dia sudah tahu apa yang buruk dan apa yang baik.
Hatinya sentiasa menjerit untuk memutuskan hubungan yang terlarang itu, tetapi hatinya terhenti apabila memikirkan akan dua hati yang bakal dia sakiti dengan teruknya akibat protesnya itu. Masalah ini membuatkan dia begitu buntu dengan apa yang harus dia lakukan sehinggakan dia memutuskan untuk terus mendiamkan diri sehingga hampir seminggu.
Hafizah tidak berbicara walau sedikit pun dengan Amran dan juga Adam. Hafizah hanya melimparkan senyumannya yang manis itu kepada adik bongsunyadan juga ibu yang begitu dia sayangi. Hafizah berkelakuan seperti ini sehinggakan apabila Amran, Adam serta keluarga berkumpul sekali menghabiskan masa berehat, Hafizah akan pergi meninggalkan mereka dan terus menuju ke biilik tidurnya.
Perlakuan Hafizah sedikit sebanyak telah melukakan hati Amran yang terasa bahawa dirinya penyebab berlakunya acara masam muka antara Adam dan adiknya itu. Apabila Adam merasakan perasaan sedih Amran, membuatkan Adam nekad untuk bersemuka dengan Hafizah untuk menerangkan perkara yang sebenar.
Pintu bilik Hafizah diketuk dengan perlahan oleh Adam sambil memanggil nama adiknya itu. Hafizah yang mendengar suara Adam lanatas bangkit dari kerusi belajarnya untuk membenarkan Adam masuk. Hafizah kembali duduk di kerusi belajarnya sambil berpura-pura membawa buku yang sduah lama dibukakan diatas meja belajar itu tanpa disentuh.
Adam yang mengetahui akan telatah adik perempuannya itu, hanya tersenyum sinis sambil menuju ke katil Hafizah yang dikemas cantik. Sejurus Adam mendaratkan punggungnya diatas tilam, Adam mulai memulakan pembicaraan mereka.
“Hafizah, boleh abang tanya apa yang sedang berlaku sekarang dalam rumah ini?”ujar Adam.
Keadaan Hafizah yang tertunduk diam membuatkan Adam kembali tersenyum sendiri. Adam kembali meneruskan perbualannya.
“Abang tahu apa yang terjadi sebenarnya sekarang ni. Abang tahu yang adik sedang melakukan mogok kepada abang dan  juga abang Amran sebab hubungan kami bukan?”
“Sebenar adik tak boleh menghukum kami sehingga begini sebab semuanya sudah berlaku dan tidak dapat dielakkan. Abang tahu yang abang tidaklah sempurna seperti yang adik harapkan untuk menjadi abang kepada adik,tetapi selama abang masih bernya dimuka bumi ini abang akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dimata adik walaupun adik tak mahu menganggap abang sebagai abang adik.”ucap sambil air matanya menitis.
“Abang tahu yang adik malu sangat bila dapat abang yang tak sempurna seperti abang-abang kawan adik yang lain. Abang tahu yang adik malu sangat  tapi abang tidak akan paksa adik untuk maafkan abang dan terima abang seperti dulu, yang Cuma abang harapkan adik janganlah seksa abang Amran. Dia tidak ada kene mengena dengan apa yang terjadi. Dia tidak pernah paksa abang untuk mencintai dia dan semua ini berlaku atas kerelaan diri abang sendiri.”tambah Adam.
Penjelasan Adam membuatkan air mata yang menitis di wajah Hafizah mulai  membasahi buku yang berada di atas meja tulisnya. Penjelasan Adam membuatkan Hafizah kembali sedar bahawa dia tidak mempunyai hak walau sedikitpun untuk menghukum kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Hafizah juga merasakan yang dia tidak layak untuk menhukum Adam sebegitu atasa kesalahan yang dia lakukan tanpa memikirkan pengorbanan yang telah dia lakuakan kepada adik-adiknya sehinggakan mereka berjaya dalam pendidikan. Hafizah yang mulai sedar akan kesalahannya berlari meninggalkan merka yang masih mempunyai bekas titisan air mata, lalu memeluk erat tubuh seorang lelaki yang selama in telah mencuba sebaik mungkin untuk melindungi dan menyediakan keperluan yang secukupnya kepada keluarga.
“Abang, Hafizah mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki atas apa yang telah Hafizah lakukan kepada abang dan juga abang Amran. Hafizah mintak maaf, abang. Hafizah tak sepatutnya menghukum abang macam tu. Maafkan Hafizah, abang.”ucap Hafizah.
“Abang maafkan adik dan abang pun nak mintak maaf sebab tak mampu menjadi abang yang baik untuk adik-adik abang. Maafkan abang ye adik?”balas Adam.
Perbualan mereka yang pada mulanya diawalkan dengan perasaan yang begitu dingin antara satu sama lain diakhiri dengan perasaan yang sungguh menyedihkan yang disertai dengan titisan air mata yang mengalir membasahi kedua-dua pipi adik beradik itu. Perbualan itu membawa kepada perhubungan yang lebih baik antara Adam dan juga Hafizah. Adam mempunyai harapan yang sungguh tinggi agar semua ini tidak akan menjadi perbalahan dalam keluarga mereka lagi.



Comments

Popular Posts