RAHSIA (BAB 18)

BAB 18 : ULANG TAHUN
Air panas yang mengalir dari pancuran membasahi setiap lekuk badan Adam tanpa meninggalkan sebarang bahagian pun. Air yang hangat membuatkan Adam rasa begitu selesa membersihkan badan walaupun waktu pagi. Air yang menyusuri tubuh Adam membuatkan kenangan ketika di kampung kembali hinggap di lamunannya.
Kenangan mandi air paip yang menjadi sejuk ketika pagi, menjadi panas ketika tengah hari yang membuatkan sesekali kemalasan hinggan pada tubuh Adam untuk mandi. Ketika itulah laungan suara ibu yang disayanginya mulai hinggap ditelingganya supaya mandi untuk ke sekolah.
Kenangan itu masih segar diingatannya kerana kenangan silamlah yang membuatkan dirinya tidak hanyut dibuai kemewahan yang diberikan Amran kepadanya. Pegangan itu jugalah yang diberikan Adam kepada adik-adiknya kerana Adam tidak mahu mereka bermegah diatas perkara atau benda yang bukan milik mereka.
Kadang kala Adam mengetahui bahawa Amran berasa kesal dengan sikap Adam yang sering mengingatkan adik-adiknya supaya tidak terlalu hidup dengan kemewahan yang sedang diterima oleh mereka. Bagi Amran segala kemewahan yang diberikannya adalah untuk keluarga baharunya itu. Penyataan Adam membuatkan dia terfikir bahawa Adam tidak pernah menganggap dirinya sebahagian daripada keluarga sehingga mereka masih berasa janggal dengan kehidupan atau kemewahan yang telah disediakan.
Apabila Amran bertanya mengenai hal ini, jawpan yang sama sering keluar dari mulut Adam yang menyatakan bahawa Amran sepatutnya menyediakan kemewahan yang secukupnya kepada Khairi dan Sarah terlebih dahulu sebelum memberikan kemewahan kepada adik-adiknya.
Keperibadian Adam membuatkan Amran semakin mencintai lelaki itu. Amran begitu pasti bahawa lelaki yang kini berada disampingnya mampu memberikan kebahagian kepada dirinya kelak. Namun, kadang – kadang Amran membelikan baranga-barang yang diinginkan Hafizah dan Hafiz tanpa pengetahuan Adam. Adam pernah memarahi Amran apabila mengetahui yang dia membelikan talipon bimbit keluaran terbaru kepada Hafiz dan Hafizah. Namun, Amran hanya tersenyum dan menutup telingganya ketika suara Adam mulai memenuhi ruangan rumah itu.
Setelah selesai mandi, Adam keluar dari sebalik dinding kaca yang menjadi pengahalang antara bahagian basah dan kering sambil menuju ke singki. Adam melihat tubuhnya yang berotaot dengan penuh perasaan bangga atas usahanya selama ini untuk membentuk tubuh yang cantik. Perbezaan yang ketara dapat dirasai oleh Adam dengan tubuhnya yang dahulu ketika baru datang ke ibu kota ini. Adam mersakan dirinya mempunyai begitu banyak perbezaan.
Adam melihat dirinya buat kali yang terakhir dengan pakaian sut yang lengkap berwarna hitam sebelum terdengar akan panggilan daripada Hafiz.
“Abang! Abang! Cepat, abang Amran dah tunggu dengan bawah ni”teriak Hafiz memecahkan lamunan Adam.
Stelah mendengar teriakan yang bingit itu, Adam meninggalkan biliknya dengan kadar yang segera supaya dia tidak perlu mendengar teriakan adik bongsunya itu lagi. Adam menuruni tangga dari aras dua rumah banglo itu dengan perlahan supaya dia tidak terjatuh seperti pertama kali dia memasuki rumah itu dahulu. Kenangan itu membuatkan Adam tersenyum seketika ketika menuruni tangga kerana teringgat keadaan lucu yang dia alami.
Amran yang sedang menunggu sambil senyuman terukir diwajahnya dihadapan pintu rumah dengan sut yang sama seperti di tubuh Adam tetapi mempunyai sekuntum bunga mawar merah di dada kirinya. Ketika Amran  melihat Adam menuruni tangga dengan gerakan yang perlahan membuatkan Amran terbayang seperti melihat seorang putera raja menuruni tangga istana dengan perasaan yang bangga dan senang dambil dihiasi dengan rupa paras yang sungguh kacak.
Amran meraih tangan Adam sambil mendaratkan satu ciuman di tangannya seperti yang dilakukan oleh putera raja kepada Cinderella ketika memasuki ruangan tari menari di istana yang cantik. Perbuatan Amran membuatkan Adam tersenyum malu kerana pada masa yang sama dilihat oleh ibu dan adik-adiknya. Mak Jah hanya tersenyum sambil melihat kebahagiaan yang terukir diwajah Adam.
“Mak, Adam pergi dulu ye. Kami mungkin balik lambat malam ni. Mak tak payahlah tunggu kami.”kata Adam sambil salam tnagn ibunya.
Ketika Adam pergi meninggalkan ibunya sambil menuju ke kereta, Amran yang berada dibelakang terhenti seketika sambil kembali berpusing kepada Mak Jah.
“Mak. Saya mintak izin pergi dulu ye? Saya nak keluar kejap dengan Adam. Insyallah, nanti kita jumpa lagi. Mak jaga diri dan jaga Hafizah dengan Hafiz baik-baik ye masa saya tak ada nanti. Tolong tengok-tengokkan Adam untuk saya. Halalkan makan dan minum saya selama ni ye mak?”pesan Amran kepada Mak Jah dengan linangan air mata ketika mencium tangan wanita tua itu.
“Amran, kenapa kamu cakap macam ni? Kamu janganlah takutkan mak macam ni?”balas Mak Jah.
Amran melangkah keluar dari pintu rumah itu sambil memberikan senyuman yang termanis kepada Mak Jah dan Hafizah dengan Hafiz yang berada disampingnya. Kelakuan Amran membuatkan Mak Jah berasa kuatir dengan keadaan mereka. Hafiz dan Hafizah turut berasa hairan dengan perlakuan aneh Amran pada malam itu.
Sebuah restoran yang diterangi dengan lampu yang mempunyai pelbagai jenis warna menarik perhatian Adam. Namun, keadaan restoran yang hanya menempatkan mereka berdua membinggungkan Adam buat seketika. Sebuah restoran mewah yang menggunakan tema buluh sebagai daya penarik untuk tetamu membuatkan Adam terdiam seketika untuk mengamati keadaan sekeliling.
Meja makan yang seratus peratus diperbuat daripada buluh menaikkan lagi suasana hutan yang cuba di tekankan dlam restoran ini tetapi sebuah meja yang mempunyai dekorasi yang  berbeza berbanding yang lain membuatkan Adam terkejut sebentar.
Sebuah meja buluh yang dilapik dengan kain berwarna merah sambil dihiasi dengan cahaya liling yang menerangi di tengah meja menaikkan suasana romentik. Seorang pelayan restoran yang berdiri di samping meja menyambut dengan penuh senyuman apabila mereka menghampiri.
Pelayan tersebut menarik sebuah kerusi yang berada disamping Adam sambil mempersilakannya duduk. Perkara yang sama dilakukan kepada Amran. Kini, mereka kelihatanpenuh dengan perasaan bahagian ketika mereka saling memandang satu sama lain. Adam hanya tersenyum gembira apabila melihat kejutan yang telah disediakan oleh Amran sempena ulang tahun hubungan mereka itu.
Adam tidak menyangka apabila seorang lelaki yang pada luarannya mempunyai perwatakan yang ganas seperti lelaki yang lain mampu mengingati ulang tahun mereka dan menyediakan kejutan yang sama sekali tidak dijangka.
“Terima kasih, abang. Sebab ingat hari ni hari apa.”ucap Adam kepada Amran dengan lirikan mata yang manja sambil memegang tangannya.
“Sama-sama. Cuma ini je yang abang mampu berikan kepada Adam sebagai hadiah ulang tahun kita. Abang harap Adam suka dengan kejutan ini?”balas Amran.
“Ini sudah cukup bagi saya. Bagi saya, yang penting abang sentiasa di samping saya. Say tak sangka yang abang ada masa nak buat semua ni?”soal Adam lagi.
“Abis Adam ingat bila abang hilang tengah hari semalam abang pergi mana?”soal Amran menduga.
Lantas Adam baru teringat akan kejadian yang berlaku semalam apabila Amran tiba-tiba menghilangkan diri ketika waktu makan tengah hari. Amran meninggalkan pejabat dengan tergesa-gesa tanpa memberitahu apa-apa sehingga membuatkan Adam risau akan tingkah lakunya itu.
Ingatan semalam terhenti apabila hidangan yang terlebih dahulu telah dipesan oleh Amran sudah sampai dimeja makan.Adam dan Amran mula menjamu hidangan yang telah dipesan khas dengan penuh perasaan sambil memerhatikan antara satu sama lain. Jelingan mata menjadi mainan mereka berdua ketika menjamu selera.
“Adam boleh janji dengan abang tak?”soalan Amran memecah kesunyian di restoran itu.
“Janji? Janji apa abang?”balas Adam kehairanan.
Amran terdiamseketika sambil mengatur bicara.
“Abang nak Adam berjanji dengan abang, sekiranya abang pergi dulu sebelum Adam, Adam tolong tengokkan anak-anak abang baik-baik ye? Tolong pastikan mereka berjaya dalam apa sahaja yang mereka mahukan? Boleh Adam?”pinta Amran.
“Abang kenapa cakap macam? Abang ada masalah ke? Abang sakit ke?”jawab Amran dengan wajah kuatir.
“Tak ada apa Adam, Cuma boleh ke Adam janji dengan abang?”
Adam terdiam memikirkan permintaan Amran yang tidak pernah keluar dari mulutnya. PermintaanAmran itu membuatkan dia berasa takut sekiranya sesuatu perkara yang tidak dijangka akan berlaku kepada Amran. Namun, Adam tidak mahu merosakkan suasana romentik itu hilang kerana perasaan kuatirnya itu. lantas, membuatkan Adam mengangguk sebagai tanda setuju dengan senyuman yang manis.
“Terima kasih, Adam. Tapi abang ada lagi satu permintaan. Abang harap Adam dapat lakukan untuk abang?”pinta Adam lagi.
“Untuk abang akan saya lakukan apa sahaja. Saya janji.”
“Abang nak mintak dengan Adam sekiranya abang dah tiada di sisi Adam untuk menjaga Adam dengan keluarga, abang nak Adam tinggalkan dunia kita yang sememangnya berdosa ini.Abang nak Adam kembali ke pangkal jalan. Carilah isteri yang mampu membahagiakan Adam dan memberikan keturunan kepada Adam. Tinggalkanlah dunia ini Adam.”
“Abang dah la. Tolong jangan cakap macam ni lagi. Abang buat Adam rasa takut. Abang tolonglah jangan tinggalkan Adam. Adam mohon.”balas Adam kepada soalan Amran dengan titisan air mata yang menitis dipipinya.
Amran yang melihat keadaan Adam, mengubah kedudukannya ke samping Adam sambil memegang erat tangannya. Amran berasa bersalah kerana telah membuatkan lelaki yang dicintainya menitiskan air mata pada malam yang sepatutnya menjai malam yang bahagia bagi mereka.
“Abang mintak maaf pada Adam sekiranya kata-kata abang tadi telah membuat hati Adam terguris, abang janji abang tak akan ungkit perkara ini lagi tapi abang nak Adam janji terlebih dahulu yang Adam akan lakukan apa yang abang katakan tadi untuk abang?”
“Adam janji abang.”
Terdengar perlahan disebalik esakan tangisan Adam menyatakan dia akan menunaikan segala permintaan yang Amran inginkan tadi. Amran yang berasa gembira dengan jawapan Adam, menarik tubuh Amran berdiri dari kerusinya sebelum memberikan pelukan yang erat sebagai  tanda terima kasih atas jawapan yang diberi Adam tadi. Lantas, satu kucupan kasih mendarat di bibir Adam dengan sentuhan yang sungguh mesra.

Comments

Popular Posts