RAHSIA (BAB 15)

BAB 15 : KEMALANGAN
“Pak Husin, tadi saya bagi lima puluh ringgit, semua barang dua puluh ringgit tapi kenapa Pak Husin bagi baki dua puluh ringgit je?”ujar seorang pelanggan kepada Pak Husin.
“Maaf nak. Salah Pak Husin. Ni lagi sepuluh ringgit. Tima kasih ye? Datang lagi.”ucap Pak Husin.
Hari ini Pak Husin kelihatan berbeza dengan hari yang sebelumnya. Semua yang dilakukannya ketika berada di kedai menjadi kucar kacir disebabkannya sehingga membuatkan dia tersalah mengira harga barangan yang dibeli oleh pelanggan.
Walaupun Pak Husin cuba untuk memberika perhatian yang sepenuhnya kepada kerja namun fikirannya masih tidak dapat melupakan dengan apa yang dia dengar semalam. Pak Husin masih terkejut mendengar perbualan Adam dengan Amran.
Pah Husin masih tidak mempercayai bahawa hubungan Amran dengan Adam bukanlah sekadar hubungan majikan dengan pekerja atau abang dengan adik. Pak Husin tidak percaya bahawa hubungan yang terjalin antara Amran dengan Adam adalah hubungan percintaan.
Air mata mulai mengalir di pipi Pak Husin apabila memikirkan anak sulungnya itu yang sebelum ini gigih membantu keluarga tanpa sebarang rungutan dan berusaha menjadi seorang anak yang baik dimata orang tuanya adalah seorang lelaki yang menyukai kaum sejenisnya.
Hal ini membuatkan Pak Husin menjadi buntu kerana dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya. Pak Husin tidak tahu bagaimana dia ingin bersemuka dengan Adam setelah mengetahui hal ini sehinggakan Pak Husin meninggalkan rumah pagi tadi tanpa bersarapan terlebih dahulu seperti sebelumnya. Hal ini membuatkan Mak Jah, Adam dan Amran berasa hairan dengan kelakuan Pak Husin.
Pak Kamal yang melihat Pak Husin sedang mengesat air matanya mulai menghampiri Pak Husin kerana berasa kuatir dengan keadaan sahabatnya itu yang begitu berbeza.
“Husin, kamu ni kenapa? Buat kerja semuanya tak betul? Ni aku tengak kamu macam baru lepas menangis je ni? Kamu kenapa Husin?”tanya Pak Kamal.
Mendengar pertanyaan Pak Kamal membuatkan Pak Husin berasa serba salah untuk menjawab soalan itu. Ini kerana buruk atau baik pun kelakuan Adam, dia masih anak Pak Husin dan tidak patut sama sekali Pak Husin membuka pekong Adam kepada Pak Kamal walaupun Pak Kamal merupakan sahabat baiknya.
“Tak ada apalah Kamal, Cuma mata aku ni sakit sikit. Tu yang berair tu. Bukannya aku menangis. Kamu jangan risaulah. Pasal yang aku buat silap tu aku mintak maaflah. Kerugian tu kamu potonglah dari gaji aku nanti. Boleh?”jawab Pak Husin.
“Pasal rugi tu kamu tak usahlah risaukan. Aku tak ambik kesah pun. Yang aku kesahkan sekarang ni kamu. Aku tengak kamu ni lain macam je?”balas Pak Kamal.
“Tak ada apalah Kamal. Kamu jangan risau ye?”
Pak Husin terus melakukan kerjanya setelah menjawab soalan Pak Kamal itu. Pak Kamal yang melihat Pak Husin tidak menghiraukannye berlalu pergi meninggalkan kedainya untuk pulang kerana dia percaya dengan sahabatnya itu dalam menguruskan kewangan kedai runcitnya.
Namun, setelah Pak Kamal hilang dari pandangan mata, Pak Husin kembali memikirkan keadaan anaknya itu. Dia masih berasa serba salah dengan keputusan yang harus dilakukannya sama ada ingin memarahi hubungan mereka itu atau membiarkannya. Jauh difikirannya mengetahui sekiranya perkara ini dapat dielak oleh Adam pasti dia menjauhi perkara yang amat ditentang oleh agama ini. Tetapi Adam masih meneruskannya. Mungkin Adam sudah mencuba untuk menjauhi dari perasaannya itu akan tetapi segala usahanya itu tidak mampu mengubah apa-apa. Pak Husin juga berasa dia tidak patut meletakkan segala kesalahannya kepada Amran kerana itu juga merupakan kesalahan anaknya itu.
Akibat lamunan yang panjang, Pak Husin tidak perasaan akan suasana kedai runcit mulai gelap akibat malam makin menjelma. Baru dia tersedar bahawa dia harus pulang kerumah kerana waktu kerjanya sudah habis. Pintu besi yang menutupi kedai runcit itu ditarik dengan perlahan. Bunyi pintu yang sudah uzur kedengaran sungguh kuat hingga boleh didengar oleh jiran setempat.
Setelah memastikan segala pintu dikunci, Pak Husin memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Hari itu Pak Husin hanya berjalan kaki untuk pergi ke kedai runcit kerana motosikal yang sering dinaikinya meragam tiba-tiba. Walaupun jarak antara rumah dengan kedai tidaklah jauh tetapi keadaan jalan raya yang tidak mempunyai kemudahan lampu jalan membuatkan keadaan begitu gelap apabila malam menjelma. Pak Husin yang keluar rumah terburu-buru pagi tadi terlupa untuk membawa lampu suluh yang sering digunakannya.
Kaki Pak Husin melangkah perlahan sambil memperhatikan keadaan sekeliling yang begitu gelap. Jauh di perasaannya merasakan sedikit gementar walaupun selama ini Pak Husin terkenal dengan seni bela dirinya. Namun, Pak Husin tidak suka untuk menerima murid untuk memberikan ilmu bela dirinya itu kerana baginya masih ada lagi yang lebih berkemahiran dalam jurusan bela diri.
Fikiran Pak Husin kembali didatangi dengan masalah Adam. Pak Husin memikirkan cara yang harus dilakukannya ketika bersemuka dengan Adam di rumah nanti. Dia tidak sanggup melihat perhubungan mesra Adam dengan Amran dihadapan matanya dan dia juga tidak sanggup untuk melukakan hati anak sulungnya itu sekiranya dia bersuara atau memarahi anaknya itu. Fikiran Pak Husin begitu bercelaru sehinggakan sesekali Pak Husin mengurut kepalanya yang berasa sedikit pening kerana masalah yang difikirkannya.
Tiba-tiba satu cahaya yang amat terang menyuluh tepat ke matanya hingga membuatkan langkah Pak Husin terhenti dan yang hanya kedengaran seretan tayar yang cuba untuk berhenti dengan tiba-tiba. Satu dentuman yang amat kuat kedengaran dan kelihatan Pak Husin sudah terbaring diatas jalan raya dengan dilumuri darah yang begitu banyak diseluruh badannya. Orang kampung yang tinggal berhampiran mulai keluar dari kediaman mereka untuk melihat bunyi apa yang begitu kuat kedengaran itu. Selang beberapa minit, penduduk kampung mulai berkerumun di sekeliling Pak Husin sambil menunggu ketibaan ambulan.
Bunyi siren ambulan mulai kedengaran begitu kuat memecahkan kebisingan kenderaan yang berada diatas jalan raya. Pembantu perubatan yang berada di dalam ambulan mula memasangkan topeng oksigen di mulut Pak Husin untuk memastikan Pak Husin terus bernafas dengan lancar. Nadi Pak Husin yang semakin lama semakin lemah membuatkan pembantu perubatan yang bertugas di dalam ambulan itu menjadi kelam kabut untuk memastikan Pak Husin terus berada dalam keadaan yang baik.
Mak Jah dan Hafizah yang berada didalam ambulan menangis teresak apabila melihat Pak Husin yang berada dalam keadaan yang amat kritikal. Tiada apa yang dapat dibuat oleh mereka untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh Pak Husin ketika itu. Hanya berdoa sahaja yang dapat dilakukan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya menyelamatkan Pak Husin.
Amran yang sedang memandu keretanya mengikuti ambulan dari belakang turut berasa gelisah memikirkan keadaan Pak Husin. Adam dan Hafiz yang turut berada dalam kereta itu hanya mampu mengalirkan air mata ketakutan. Mereka beresa takut untuk kehilangan ayah yang selama ini mereka sayangi dan hormati. Rasa tidak sanggup untuk kehilangan Pak Husin membuatkan tangisan Adam tidak dapat dihentikankan.
Amran melirik ke Adam untuk melihat keadaannya. Kesedihan yang dialami membuatkan Adam hanya tertunduk menutup air tangisan yang keluar dari matanya. Amran yang melihat berasa kasihan dengan situasi yang dialami oleh Adam membuatkan Amran meraih lembut tangan Adam dan mengenggamnya dengan penuh erat.
“Adam, jangan la menangis macam ni. Insyallah ayah akan selamat. Kalau Adam terus menangis macam ni, apa pun tak jadi.”ujar Amran.
“Abang, saya takut abang. Saya takut kehilangan ayah. saya takut sangat bila memikirkan orang yang kami sayangi mungkin akan meninggalkan kami.”balas Adam sambil teresak menahan tangis.
“Abang tahu Adam takut, tapi Adam sebagai abang sepatutnya memberikan semangat kepada adik-adik. Tenangkan mereka. Tapi kalau Adam pun takut, Adam bayangkan pulak perasaan mereka? Mereka lagi takut.”tambah Amran.
Adam hanya terdiam mendengar kata-kata Amran sambil memalingkan badannya untuk melihat keadaan Hafiz yang duduk dikerusi belakang. Hafiz menagis ketakutan sambil tangannya menggigil. Keadaan itu membuatkan Adam kembali sedar bahawa dia harus menjadi kuat walau apa pun yang bakal berlaku nanti. Dia perlu menjadi kuat untuk adik-adiknya.
Tangisan yang membasahi pipinya mulai dikeringkannya. Dia mulai menarik nafas sedalam yang mungkin untuk menguatkan dirinya dan berusaha menerima apa yang berlaku dan menjadi orang yang kuat untuk keluarganya.
Amran yang melihat keadaan Adam yang kini sudah berhenti menangis, menarik kepala Adam sambil memberikan kucupan di dahi Adam. Adam bersyukur kerana Amran berada disisinya memberikan semangat kepada dirinya. Sekiranya Amran tiada, Adam tidak tahu ingin membuat apa pada ketika itu.
Setelah hampir dua puluh minit, ambulan yang membawa Pak Husin berhenti di bahagian kecemasan hospital. Kelihatan pembantu perubatan menarik stretcher yang membawa Pak Husin memasuki bilik kecemasan dengan terburu-buru. Adam yang hanya melihat dapat merasakan bahawa keadaan Pak Husin lebih teruk daripada apa yang dibayangkan sebelum ini. Lantas membuatkan air matanya mulai mengalir kembali. Namun tangisannya dihapuskan dengan segera kerana Adam mulai teringat akan pesanan Amran tadi.
Mak Jah, Hafizah dan Hafiz terduduk diam diatas kerusi yang telah disediakan sambil terus menangis teresak. Mereka masih tidak mempercayai dengan apa yang telah terjadi kepada keluarga mereka pada ketika itu. Mereka merasakan ini semua bagaikan mimpi yang akan berakhir sebentar lagi. Akan tetapi itu semua hanyalah untuk menyedapkan hati mereka.
Adam hanya tersandar didinding dengan lamunan yang kosong. Wajah Adam kelihatan begitu kusut dan amat berbeza dengan keadaan yang selalu dilihat. Amran yang turut berdiri disisi Adam hanya mampu memberikan semangat kepada Adam kerana dia juga turut berasa sedih dengan apa yang berlaku kepada Pak Husin. Selama Amran mengenali Pak Husin, Amran telah menganggap Pak Husin sebagai ayahnya sendiri kerana sikap Pak Husin yang baik membuatkan Amran berasa begitu selesa berasa disampingnya.
Amran dapat merasakan perasaan takut dan terkejut yang dialami oleh Adam apabila Amran memegang tangan Adam. Tangan Adam yang lembut menggigil terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Amran yang tidak dapat melakukan apa-apa hanya mampu memberikan semangat kepada Adam.



Comments

Popular Posts